Saturday, May 29, 2010

Senyuman

'Setiap dari kita akan diuji.Allah akan menguji tanda Allah sayangkan kita.
Kamu berdua pun akan diuji.Seorang belum ada rezki untuk najah,itu ujian buatnya.
Yang seorang pula Alhamdulillah,Allah bagi rezki najah,tapi Allah akan menguji dari sudut lain pula.Mungkin Allah akan uji dengan masalah-masalah yang mendatang.Itu ujian buat Lina..'

'Natijah menjadi seorang muslim/ah ialah menderita.Menderita kerana ketabahan dan kesabarannya terhadap hawa nafsu yang membawa kepada dosa.Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang Muslim dan syurga bagi orang kafir..'

Alhamdulillah..Allah mentarbiyyah lagi.
Alhamdulillah..akan sembuh.
Alhamdulillah..akan tersenyum kembali.
Hidup terlalu berharga untuk ditangisi..
Senyumlah..

Monday, May 24, 2010

Permata Ayah Bonda

Alhamdulillah..
Segala puja dan puji kepada ALLAH SWT.Dengan izinNya,Ust Kamaruddin dan isteri,Kak Maimun telah selamat menyambut cahaya mata sulung mereka pada 23 Mei 2010 yang lalu.
Zuyyin Al Kauthar..Insyallah nama yang dipilih oleh kedua ibu dan ayah bagi puteri cilik ini.
Tumpang gembira dapat jadi makcik..(^_^)


PERMATA AYAH BONDA..
Suka sangat lagu ni..Acik tujukan buat Zuyyin ek?! (^_^)

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di dambaDibelai

Dimanja mesra Kaulah racun,kau penawar
Senyuman dan tangisanmuPengubat duka dan lara

C/O
Engkau umpama sebutir permata

Diperlubukkan kasih nan bersinar,
bercahaya Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan airmataYang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang..

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan

Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnahBernoktah di penghujungnya

C/O
Tiada yang lebih membahagiakan

Melihat dirimu kian membesar
Dewasa Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupanTuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O
Waktu bisa merubah segalanya

Dewasalah dalam rahmat dan kasih IlahiRedahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda….


** Pakcik Zuyyin kat Dumyat doakan..moga-moga si cilik menjadi kesinambungan perjuangan ISLAM satu hari kelak..Amin..
Alfu Mabruk buat kakak dan Ustaz!

Thursday, May 20, 2010

Hiburan..?Bijaklah Memilih!

Posting sebelum ini telah menerangkan kepada kita betapa bahayanya Budaya Hedonisme yang telah memberikan penafsiran yang salah mengenai hiburan.
Sebagai manusia biasa,fitrahnya kita memang memerlukan sesuatu untuk menghiburkan hati dan merasa santai.Hiburan yang dibolehkan,ialah hiburan yang tidak melalaikan,bahkan sebaiknya hiburan itu boleh membawa manfaat dan berguna pula. Bila disebut hiburan,yang paling sinonim dengannya ialah muzik ataupun lagu.

Lagu-lagu dan rentak muzik yang kita dapat dengar pada hari ini..macam-macam.
Mesej yang ingin disampaikan juga pelbagai.Dan sudah tentunya golongan remaja adalah golongan yang disasarkan.
Namun,berhatilah-hatilah dalam memilih hiburan.Di Malaysia kita dapat lihat kemasukan album-album artis barat terlalu banyak.Sepertimana yang pernah disebut sebelum ini,lihat saja pada cover album tersebut..(Atoooi..tak rugi pun kalau tak tengok..lagi baik tak payah tengok,ye!)Lihat pula pada lirik-lirik yang dinyayikan.Betapa perkataan-perkataan yang boleh saya katakan 'tidak beradab' meniti dari bibir ke bibir..menjadi siulan anak muda.


Kalau kena pada tempatnya..
Hiburan itu sangat indah..
Hiburan itu menenangkan..
Hiburan itu mendidik..
Hiburan itu mengajar..
Hiburan itu membawa kita menyelusuri SIRAH..
Hiburan itu mengajar kita mengenal ISLAM..
Hiburan itu bisa mendekatkan kita kepada SANG PENCIPTA..

Carilah hiburan yang berguna..
Berhiburlah dengan wasilah yang dibenarkan ISLAM,akan kau temui betapa manisnya nikmat Islam yang tidak pernah melarang umatnya dari berhibur tetapi penuh dengan adab dan batas-batasnya.

:: I LOVE NASYID!

Ucapan tahniah sepatutnya kita berikan kepada artis nasyid yang benar-benar membawa mesej Islam di dalam lagu-lagu mereka,dan bukannya sekadar untuk mencari populariti semata.Bagi saya,pada hari ini lagu-lagu Nasyid boleh menjadi satu medium yang sangat baik dan sesuai untuk kita belajar sambil berhibur.

Lihat sahaja bagaimana mudahnya anak-anak kecil menghafal nama-nama Allah,sifat-sifat Allah,nama-nama Rasul,Malaikat,bulan-bulan Islam,niat puasa Ramadhan,doa-doa harian dan sebagainya dengan cara melagukannya.Jika ditanya kepada orang dewasa,tidak mustahil masih ramai yang tergagap-gagap tidak tahu.Alangkah baiknya bilamana sejak kecil lagi anak-anak ini sudah dididik untuk mengenali ISLAM secara tidak lansung.


Lihat pula bagaimana kita boleh menyelusuri Sirah para Nabi terdahulu dengan lagu-lagu nasyid ini.Kisah Nabi Nuh dan bahteranya,Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya,kisah bagaimana Allah menghancurkan tentera bergajah dengan Burung Ababil,kisah Isra’ Mikraj bagainda saw dan terlalu banyak lagi yang boleh disebut.

Dewasa ini,realitinya kita lebih suka mendengar daripada membaca.Fakta! Lantas ambillah peluang ini untuk kita belajar secara tidak lansung melalui muzik.
Maksud saya,alangkah lagu-lagu sebegini jauh lebih baik berbanding lagu-lagu lain yang tidak jelas ataupun yang lansung tiada mesejnya.


Namun,ada segolongan masyarakat pula yang mengkritik dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap lagu-lagu nasyid hari ini yang berunsurkan cinta sesama manusia.Saya tersenyum.Mungkin mereka ingin lagu-lagu nasyid yang ada sepatutnya berunsurkan ketuhanan secara total,dan itu tiada salahnya.Tetapi bagi saya lagu-lagu seperti Insan bernama Kekasih,Hanya Tuhan yang Tahu,Impian kasih,Kasih-Kekasih dan sebagainya adalah lebih baik berbanding lagu-lagu kontemporari yang berunsurkan cinta yang kita dengar pada hari ini.

Kenapa saya mengatakan demikian??Kerana lagu-lagu nasyid sebegini sebenarnya mendidik dan mengajar kita secara tidak lansung akan batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam itu sendiri.Sejujurnya saya lebih suka mendengar lirik-lirik yang melagukan..

‘Ya Allah..ku mohon apa yang telah Kau takdirkan..Ku harap ia adalah yang terbaik buatku..’
‘Kerna takdir yang akan menentukan impian kasih..’

dan sebagainya berbanding…

'Lelah hati ini meyakinkan mu cinta ini membunuh ku..'
‘Dewi..Belahlah dadaku..Agar kau tahu..agar kau mengerti..'
..dan tak tahulah apa lagi. Bagi saya,lagu-lagu nasyid seperti ini dari satu sudut,ada baiknya.Lebih-lebih lagi untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada remaja-remaja kita hari ini.So..apa yang baik,ambil.Apa yang buruk,kita tinggalkan!

Lagu-lagu artis Antarabangsa yang membawa aliran nasyid, juga amat baik pada pengamatan saya. Saya pernah menerima luahan sesorang bilamana saya mengajaknya untuk sama-sama 'melayan' lagu Nasyid.Katanya.'Eleh..apa kelas lagu-lagu orang Melayu..Lagu omputeh lagi best!'Tersenyum lagi~


Fine!Tiada masalah!Artis-artis seperti Yusof Islam,Sami Yusof dan Maher Zain adalah di antara artis luar Negara yang saya minati kerana lagu-lagu yang di bawa oleh mereka mempunyai mesej yang mendalam sekali.Lagu-lagu seperti My Ummah,Try Not To Cry,You came to Me,Open Your Eyes,Thank You Allah bisa saja menyebabkan manik jernih menitis hiba.
Apabila mendengar..janganlah sekadar mendengar.
Tetapi hayatilah lirik dan mesej yang hendak disampaikan.Ada 'dakwah'nya di situ.

Kesimpulannya,yang hendak dikatakan bukanlah ‘Jom Berhibur!’.
Tetapi sekadar peringatan bersama..Apabila kita ingin hiburan,bijaklah memilih.
Berhiburlah secara sederhana dan betul pula pada caranya…Selamat Mendengar lagu-lagu yang mendidik jiwa anda!

*Syabas buat penasyid-penasyid Tanah Air yang sejak dulu berjuang menyebar dan mengenalkan ISLAM melalui medan seni ini.Teruskan perjuangan kalian!(^_^)

Sunday, May 16, 2010

Hedonisme Pembunuh Remaja Islam!


Malaysia..Palestin..
Dua Negara yang majoriti penduduknya beragama Islam..
Lantas,kita diberi title negara Islam yang sememangnya lebih sesuai buat Bumi Palestin yang menjadi saksi peristiwa Isra Mikraj Baginda saw satu ketika dulu.
Dua negara yang berpegang pada dustur yang sama, Al Quran dan As Sunnah bagi mempertahankan dan menegakkan agama Haqq ini.


Namun,disebalik persamaan itu,dua negara ini sangat berbeza.
Usah dilihat daripada sudut keamanan.
Sedang mereka sudah berpuluh tahun tidak lena tidur sepanjang malam,kita pula ‘terlalu aman’ hingga ‘tertidur mati’.
Sedang mereka dengan susah payah mencari sesuap makanan,kita pula terlalu ‘senang’ hingga tanpa sedar kita sebenarnya yang telah menyebabkan saudara seislam di sana tertindas.
Sedang pemuda pemudi mereka tiada henti berjuang mempertahankan maruah diri,negara dan Islam,kita dapat lihat betapa ‘hancurnya’ pemuda pemudi kita pada hari ini.Pemuda pemudi yang diharapkan untuk menjadi pemimpin dan harapan negara satu hari kelak,secara sedar atau tidak sebenarnya telah dijajah oleh musuh-musuh Allah swt melalui perang saraf.Ya,mungkin mereka tidak akan menguasai kita melalui peperangan,lantas mereka akan ‘membunuh’ pemuda pemudi ini agar dengan sendirinya kita akan ‘menyerah diri’
.


Sepertimana firman Allah yang mengkhabarkan,bahawa mereka ini tidak sesekali akan berdiam diri selagi kita tidak tunduk pada agama mereka.Lantaran itu pelbagai taktik dan perancangan telah dibuat dan dijalankan tanpa kita sedari.

Allah berfirman,
(Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu) Al Baqarah : 120

:: HEDONISME & REMAJA

Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud keseronokan dan kemeriahan.
Budaya Hedonisme pula merupakan satu fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, BUDAYA didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan. Manakala HEDONISME pula ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini, dan seterusnya merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu.

Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat, anak-anak muda kini telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar, gaya pemakaian yang menjolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita boleh melihat album-album lagu Barat yang berlambak di pasaran tempatan. Perhatikan saja gaya pemakaian dan fesyen golongan penyanyi ini. Dengarkanlah pula jenis bahasa yang digunakan. Jelasnya budaya ini sangat bertentangan dengan budaya Timur yang sudah sebati dengan pemuda pemudi Malaysia dan lebih-lebih lagi ianya bertentangan dengan cara hidup Islam itu sendiri!

Tanpa kita sedar,kita sendiri yang telah memberi ‘kebenaran’ bagi budaya kuning ini masuk ke dalam negara kita. Budaya Hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat hidup yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya-foya.Lantas budaya melepak,merempit,mencuri,membuli,vandalisme dan berhibur bagi mereka adalah satu keseronokan dan kepuasan yang harus dipenuhi!

Hari ini kita dapat lihat betapa kita telah disuntik dengan doktrin-doktrin Barat untuk memusnahkan umat Islam itu sendiri secara halus.Para remaja terlalu di’sibuk’kan oleh rancangan-rancangan hiburan semasa.Akademi Fantasia,Mentor,Gangstarz,Malaysian Idol,One In A Million,My Stars LG,konsert-konsert artis luar negara masuk secara bertubi-tubi!
Hiburan,hiburan dan hiburan!

Entah kita betul-betul tidak sedar akan bahayanya realiti itu pada hari ini atau kita juga telah ‘khayal’ hasil suntikan doktrin-doktrin tadi.Ia bertambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Semua ini sudah cukup menampakkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah hiburan itu satu keseronokan!
Hiburan satu nikmat!
Hiburanlah yang kita perlukan!
Hiburanlah segalanya!

Sedangkan kita maklum,melalui rancangan-rancangan sebeginilah,sedikit demi sedikit ia akan mempengaruhi cara hidup masyarakat itu sendiri.Cara berpakaian,pergaulan yang tidak terbatas dan semakin kurangnya minat untuk belajar dan menguasai ilmu.Lantaran itu,hiburan yang tidak terkawal tadi sudah tentu akan merosakkan pemikiran anak muda dan lebih-lebih lagi rohaninya.

Hasilnya..
Dunia dan Akhirat akan terpisah jauh.
Dosa dan pahala menjadi tiada beza.
Halal dan haram tidak lagi manjadi peraturan hidup.


Gejala sosial yang semakin teruk pada hari ini merupakan natijah daripada budaya Hedonisme.Realiti ini dapat kita lihat bila mana para remaja dan anak-anak muda lebih suka berkumpul di tempat-tempat yang dipenuhi maksiat seperti pub,kelab malam,pusat karaoke,pusat hiburan dan sebagainya berbanding bersama keluarga di rumah,majlis-majlis ilmu dan tempat-tempat ibadah seumpamanya.Maka dari sinilah akan lahirnya seribu satu masalah sosial dan kemasyarakatan seperti minum arak,mereka menari terkinja-kinja dibawah pengaruh pil khayal,dan tentunya pergaulan yang membataskan antara lelaki dan perempuan sudah tidak wujud lagi!Rentetan daripada itu, akan semakin berleluasalah kes-kes rogol,zina,liwat,sumbang mahram dan pembuangan bayi.
Semuanya berpunca dari hiburan yang disalah tafsirkan dan tidak terkawal!

Pernah satu hari tatkala menonton salah satu filem Malaysia yang kami ‘export’ di Mesir ini,perasaan sedih,kecewa dan sangat menakutkan bilamana salah satu babak menunjukkan suasana di dalam sebuah pub di Malaysia.Ayat pertama yang terpacul keluar dari mulut..’Astaghfirullah..sedihnya tengok remaja Malaysia ni!!’.Kesedihan bertambah bilamana melihat mereka yang menjadi ‘boneka’ di dalam pub itu anak-anak Melayu yang Islam!!
Lantas kekecewaan bertukar menjadi kemarahan.
’Kenapalah perlu diwujudkan tempat-tempat maksiat ini?!
Tunggulah..satu hari nanti,kalau aku diberi amanah menjadi pemimpin negara,sarang-sarang maksiat inilah yang aku akan tutup pertama sekali!!’.
Emosi seorang gadis terhambur...

:: SEKULARISME & HEDONISME

Pada masa kini, Kemunculan fahaman Sekularisme yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu telah banyak menghancurkan pemikiran umat Islam.

Menurut Muhammad Naquib al-Attas ,Sekularisme bermaksud pembebasan manusia dari segi agama dan metafizik.Ia juga dapat didefinisikaan sebagai satu ideologi atau ajaran yang membina seluruh pengarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain dari ibadah keagamaan di atas asas kepentingan, keperluan, ukuran, dan nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolak ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia. Sekiranya diteliti Hedonisme sebenarnya merupakan salah satu cabang fahaman Sekularisme. Ajaran Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya dan salah satunya ialah Hedonisme iaitu mereka menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk.

:: WUJUDKAH JALAN PENYELESAIAN..??

Melihat realiti yang ada di depan mata pada hari ini,seumpama sudah tiada jalan lain untuk menghalangnya dari terus berleluasa.Seumpama kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menerima sahaja lantaran dunia moden yang tanpa sempadan ini.
TIDAK!Bukan itu penyelesaiannya.
Jalannya jelas!
Allah telah memberi kita panduan,cuma kita yang terlepas pandang!

Allah swt berfirman,
(Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu)
Al Baqarah : 208


Jumpa tak jawapannya..??
‘Masuklah ke dalam ISLAM secara
KESELURUHAN’!!
Keseluruhan.Bukan dengan cara kita mengasingkan satu aspek dari aspek yang lain.
Bukan dengan cara kita ambil mana yang kita mahu,kita tolak mana yang kita rasakan kita tidak perlu.
Siapa kata Islam menghalang dari berhibur?
Kita berhibur..berhibur mengikut cara Islam.Berhibur yang dibenarkan syarak dan tidak melalaikan.
Kita bergaul..bergaul mengikut cara Islam.Bergaul yang ada batas-batasnya antara lelaki dan perempuan,antara yang tua dan muda,antara individu dan masyarakat.
Pendek kata, semua apa yang kita lakukan,kita lakukan mengikut ajaran yang Islam sebenar bawa.
Kita bermuamalat,bersosial,berakhlak,memimpin..hatta perkara-perkara yang kita anggap kecil seperti makan,minum,beriadah,bangun,duduk,belajar..semua hal.Semuanya kita lakukan mengikut cara Islam.
Islam itu bersifat syumul.Biarpun ia telah dibawa oleh Baginda Rasulullah saw ribuan tahun yang lalu,namun percayalah hingga hari ini,ia tidak luput di telan zaman,tidak mamah di jamah usia.
Malah Islam lah satu-satunya jalan penyelesaian bagi semua masalah umat pada hari ini!
Yakinlah!
Islamlah jalan keluarnya!
Islamlah jalan yang kita cari-cari selama ini!

Oleh itu,pemuda pemudi harapan negara,harus bangkit!
Sedarlah bahawa kitalah pahlawan dan srikandi dalam
memperjuangkan Islam ini! Kitalah yang ditunggu-tunggu!
Kitalah yang akan membawa perubahan itu!
Sama-sama kita mengislah diri dan seterusnya menginfakkan diri pada jalan dakwah!
Sama-sama kita membawa kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar!

Hakikat sebuah perjuangan..
Di akhir zaman ini,memegang ISLAM ibarat mengenggam bara api..
Di genggam kita sakit,di lepas ia akan padam’…

Namun yakinlah..
‘Sesiapa yang membantu Agama Allah,nescaya Allah akan membantunya..
Cuma memerlukan sedikit pengorbanan dan kesabaran..
Menanti nusroh datang tanpa diundang..’

Saturday, May 15, 2010

Dekat PadaMU


Semakin dekat fatrah Imtihan ini..
Semakin banyak ujianNya..
Semakin DIA menguji..
Semakin DIA mentarbiyyah diri..



Moga tiap langkah ini..
Di bawah redhaNYA..
Di bawah petunjukNYA..
Di bawah InayahNYA..
Aku tidak ingin ‘mencipta’ takdirku sendiri..
Aku ingin..
DIA yang menentukannya untukku..
Kerna DIA-lah yang lebih tahu apa yang lebih layak dan terbaik buatku..
Lantaran itu..
Aku hanya ingin dekat lebih dekat denganNYA.. Lebih dekat..Lebih dekat..

Ayat-ayat cinta dari DIA..
{(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati akan menjadi tenteram) Ar Ra’du : 28

Judi halal??Haram??


Terkejut dan kecewa bilamana mendapat berita bahawa Kerajaan Malaysia telah memberikan lesen judi kepada syarikat BERJAYA yang bersempena dengan Kejohanan Piala Dunia yang akan berlansung pada Jun ini.

Hairan..Kenapa boleh sampai ke tahap ini??
Hairan..kenapa yang jelas-jelasnya Allah haramkan kita halalkan??
Mungkin kita sekadar membaca Al Quran,tetapi tidak menghayati makna dan hukum yang tersirat pada Kalam Allah swt ini..

(Mereka bertanya kepadamu(Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir) 2:219

(Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan) 5:90

(Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) 5:91


Sedih bilamana ISLAM itu 'dihancurkan' oleh tangan-tangan saudara seislam sendiri..Kesal..

Thursday, May 13, 2010

Kita adalah mata rantai perjuangan!


'Apabila kita hidup hanya untuk kita,hidupnya amatlah singkat.
Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita,hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam.Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini..kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat).Ingatlah!Bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya..Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang ...'
~ As Syahid Hassan Al Banna~

Saturday, May 8, 2010

Hidup Untuk ISLAM!

Kalam Taujihat Buat Sahabat..


'' Hendaklah setiap penuntut ilmu itu meniatkan bahawa tujuan sebenar ia menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia,sijil dan pangkat..Tetapi hendaklah diniatkan kerana mencari redha Allah swt,menghapuskan kejahilan dalam dirinya dan menghidupkan agamaNya..serta berazam untuk mengembalikan keagungan ISLAM..kerana kekalnya keagungan Islam itu hanyalah melalui ILMU PENGETAHUAN..'' ~ Imam Burhanuddin Az Zarnuji..

Thursday, May 6, 2010

Ke mana ia menghilang??

Nilainya terlalu mahal untuk dinukilkan..
Keistimewaannya membuat ia sukar untuk diterjemah..
Kepentingannya terlalu berharga untuk diketepi..
Dengan ukhuwah,dulu aku bisa tersenyum..
Dengan ukhuwah,dulu aku bisa merasakan sebuah kebahagiaan..
Dengan ukhuwah masalah besar,aku nampak kecil..
Dengan ukhuwah,terasa manisnya nikmat ISLAM itu..

Namun kini..
Entah kemana hilangnya ia..
Entah kemana ia lari..
Aku mencari di mana silapnya..
Terus tercari-cari..
Tertanya..apakah khilaf yang telah terlanjur ku buat?
Yang pasti..Tidak pernah terlintas untuk ku lakukan..

Mungkin baginya..
Ia perkara kecil..perkara yang ringan cuma..
Lantas membiarkan sahaja ia berlarutan..
Hari demi hari..
Minggu demi minggu..
Hinggalah masuk bulan demi bulan..



Dan aku..semakin resah..
Semakin merasakan sebuah kesedihan..
Semakin merasakan sebuah kejauhan..
Semakin merasakan sebuah kehilangan..
Ada sesuatu yang hilang..!Aku perasan itu..!
Bagiku ukhuwah itu terlalu besar maknanya..
Terlalu bernilai harganya..
Terlalu sayang untuk ku biarkan ia hilang..

Aku menangis dan menangis bagaikan anak kecil..
Mereka mengatakan aku manja!Aku cenggeng!
Aku sudah tidak peduli..
Mereka mengatakan ia cuma satu perkara yang enteng..
Tidak…tidak bagi aku..
Kerana bagi ku ukhuwah itu satu perkara yang besar..
Salah satu nikmat dalam Islam..yang seharusnya seorang muslimah yang baik jaga ia sebaiknya..

Terfikir sejenak..
Mungkin..aku sahaja yang berfikiran begitu..??
Mungkin..aku sahaja yang beranggapan sedemikian..??

Kalaulah dia tahu..
Sudah terlalu banyak manik jernih ini tertumpah kerananya..
Kalaulah dia tahu..
Betapa dia telah menyakitkan aku..
Kalaulah dia tahu..
Betapa ini menganggu pembelajaranku..
Kalaulah dia tahu..
Kalaulah dia mengerti..
Kalaulah dia cuba memahami..
Kalaulah..

Aku berusaha mencari penyelesaian..
Aku masih cuba bersabar..
Namun,seolah tiada harapan..
Mungkin..
Mungkin..
Aku hanya perlu melangkah pergi…~

Rasulullah bersabda mafhumnya

" Janganlah kamu saling memutuskan hubungansilaturahmi,janganlah kamu saling belakang-membelakangi,janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki.Sebaiknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tida hari"..

Hadith riwayat Imam Malik,Bukhari,Abu Daud,Tarmidzi dan Nasaie.

Tuesday, May 4, 2010

Naiklah Tangga Itu!

Kata orang..’Usaha itu tangga kejayaan’.
Sejak sekolah rendah lagi,sudah dibiasakan dengan pepatah itu.
Nama pun masih budak,aku mengiyakan saja!
‘Betul..betul..betul..’Bak kata Upin dan Ipin.


Dewasa ini,lantas diri berfikir..apakah makna tersirat disebalik pepatah yang sudah lama dikenali bertahun-tahun lamanya.
Kenapa tidak kita sebut,’Usaha lif kejayaan’? Ataupun ‘Usaha bot kejayaan’..?‘Usaha helikopter kejayaan’ mungkin
..??
Lebih laju,lebih mudah,kan?Lebih cepat sampainya..
Tapi ‘tangga’..?Kenapa ‘tangga’..??


TANGGA....KEJAYAAN

Kejayaan..sesuatu yang subjektif,berbeza pula maknanya bagi tiap-tiap individu.
Ada yang meletakkan dengan memperolehi markah tertinggi di dalam kuliah adalah kejayaan.Bagi sesetengah pula ia bukanlah kejayaan sehinggalah dia berjaya memperolehi Anugerah Dekan contohnya.Ada pula yang meletakkan IMTIAZ sebagai kejayaan tertinggi buat dirinya.Ataupun dia sekadar lulus sahaja,dia sudah bisa merasa manisnya sebuah kejayaan.Nampak berbeza,namun sebenarnya membawa satu makna yang pasti!Iaitu satu keinginan untuk kita mencapai sesuatu yang diharapkan setelah berusaha untuk mendapatkannya.


Kejayaan boleh kita umpamakan sebagai sesuatu yang terletak tinggi di atas sesebuah puncak.
Untuk mendapatkannya,maka kita perlu berusaha dan mencuba yang terbaik sebelum kita menyerah kalah.Lumrahnya mahukan yang terbaik,kenalah berkorban sedikit.No pain,no gain..Betul tak?

Itulah yang dimaksudkan dalam pepatah tadi..TANGGA!
Tangga itulah yang menjadi platform untuk kita sampai ke puncak tinggi tadi.
Tangga itu kena kita naiki satu persatu..
Melangkah setapak demi setapak..
Sanggup bertatih walaupun kita sedar yang hakikatnya,belum tentu kita akan sampai ke puncak itu.
Saat menaiki,saat melangkah dan saat bertatih itu,sudah tentu kadang-kala kita akan terjatuh ataupun tergelincir.Kita tahu,kita akan menempuh sedikit ujian dan kepayahan sebelum sampai ke puncak,namun teruskanlah menaiki tangga itu!
Jangan berhenti ataupun berputus asa!
Biar terjatuh,namun ada semangat yang membuatkan kita lantas bangkit semula dan meneruskan pendakian.

Realitinya hari ini,semua dari kita inginkan kejayaan!
Mahu jadi yang terbaik!
Mahu jadi insan yang berguna!
Mahu setiap yang diimpikan menjadi kenyataan!

Namun,berapa orang yang sanggup menaiki tangga tadi?
Berapa orang yang sanggup bersusah-payah dan berpenat-lelah untuk menaiki tangga tadi?
Berapa orang pula yang sanggup bersabar dalam meneruskan pendakiannya?
Berapa ramai yang sanggup menahan sakit perit bilamana terjatuh tatkala mendaki?
Tidak ramai.Aku boleh menjawab sebegitu!
Kita semangat mengatakan
,’Aku mahu lulus!’..’Aku mahu najah!’..’Aku mahu imtiaz!’..

Tapi kita malas berusaha!
Kita malas menelaah!
Kita malas untuk melawan sifat malas itu sendiri!
Kalaulah boleh diubah pepatah tadi daripada ‘tangga’ menjadi ‘lif’ atau sebagainya yang lebih laju,lebih cepat,lebih senang..mahunya senyum sampai ke telinga agaknya!
Kita mahu yang senang tanpa perlu banyak ‘melangkah’.
Tanpa perlu bersusah-payah dan berpenat-lelah.

‘Alahhh..aku berusaha pun belum tentu lulus,kan?’
‘Aku datang kuliah,bukan faham juga..!”
‘Aku ikut kelas tambahan pun,belum tentu boleh dapat Mumtaz!’

Ya.Mungkin..
Tapi mungkin juga kita terlupa…yang sesungguhnya..
ALLAH itu Maha Melihat..(setakat mana usaha dan keazaman kita..?)
ALLAH itu Maha Adil..(tidak sesekali akan menzalimi hambaNya yang telah berusaha)
ALLAH itu Maha Pengasih..(rahmatNya sentiasa ada bagi mereka yang yakin akan bantuanNya)
Dan ALLAH jua Maha Mendengar..(akan doa hambaNya yang memohon)
SUBHANALLAH..


‘Perang Exam’ akan bermula tidak lama lagi disini..Boleh dikira dengan jari!
Pada mulanya,aku menetapkan posting sebelum ini merupakan yang terakhir lantaran fatrah imtihan ini,namun dalam kesibukan ini aku dapat lihat ada rakan yang makin rajin dan semakin kuat dia berusaha.
Sementara itu,ada juga yang seakan sudah putus asa.Seolah-olah minatnya telah hilang.Berusaha baginya sudah tidak perlu.Lantaran itulah tulisan ini terhasil buat renungan,muhasabah dan motivasi kita sebelum memulakan ‘peperangan’!

Ayuh,kita naiki tangga tu bersama-sama!
Kau,aku dan kita semua!
Apabila aku terjatuh,pimpinlah aku.
Dan apabila kau pula hampir tergelincir,tangan ini akan aku hulurkan untukmu..

*Untuk berjaya kita hanya perlukan DUIT!Betul..kita memang perlukan duit!
DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL..
Paling penting,pergantungan kita pada Allah dan berbaik sangkalah padaNYA..
Semoga kejayaan itu milik bersama..Amin..^_^

Sunday, May 2, 2010

JADUAL IMTIHAN FASA 2

JADUAL IMTIHAN FASA 2,TAHUN 3 SYARIAH ISLAMIAH,AL AZHAR,KAHERAH.
29/5/2010 (Sabtu)- Al Quran
1/6/20101 (Selasa)- Fiqh Muqaran
5/6/2010 (Sabtu)- Usul Fiqh
8/6/2010 (Selasa)- Fiqh Mazhabie
12/6/2010 (Sabtu)- Qodoya Fiqhiyah Mua'asarah
15/6/2010 (Selasa)- Quah Bahas Qodoya
19/6/2010 (Sabtu)- Hadith Ahkam
22/6/2010 (Selasa)- Quah Bahas Usul Fiqh

* Jam 1-4 petang(Mesir)..jam 7-10 malam (Malaysia).
Ayah Ibu..doakan Ina..^_^


Sekali lagi akan menghadapi Imtihan Fasa kedua untuk tahun ini.
Alhamdulillah..Moga-moga diberi kemudahan dan kesihatan untuk melalui hari-hari mendatang.
Di kesempatan ini,Ina mohon kemaafan setulusnya atas segala kesilapan kata dan terkasar tingkah yang membekas di jiwa kalian.Sejujurnya tidak pernah terniat untuk melakukan yang demikian.Mohon dimaafkan..

Menjelang fatrah Imtihan yang bakal kita tempuh bersama tidak lama lagi,marilah kita meminta maaf kepada semua dan memaafkan orang lain pula.Kerana kita tidak tahu,mungkin kita pernah membuat seseorang itu menangis dan berkecil hati kerana kita,yang natijahnya kelak ia menjadi hijab kepada pertolongan Allah kepada kita di dewan peperiksaan nanti.Mungkin kita terlupa atau memandang enteng perkara yang dianggap kecil ini.Tapi,tidak bagi Ina.Kerana pentingnya untuk kita menjaga hubungan dengan Allah swt samalah pentingnya juga dengan kita menjaga hubungan sesama manusia..

Sekali lagi,maaf dipinta jauh dari lubuk hati dan Ina akan mendoakan semua rakan-rakan disini juga.Doakan kejayaan bersama..!
Salam BiTaufiq Wan Najah..!