Friday, April 13, 2012

SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut



 Bangunan utama @ pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik pengetua,penolong-penolong kanan, bilik guru lelaki dan perempuan, pejabat am, bilik lajnah imtihan dan bilik tingkatan 6 /pra-U



Ini sekolah kami.
SMA Toh Puan Hajjah Rahmah yang dulunya terletak di Sembulan, Kota Kinabalu kini telah berpindah tempat dan berubah pula wajahnya. Namun, ia tetap sekolah yang sama.
Hari ini sekolah menengah agama ini terletak di Kinarut, Papar. Agak jauh berbanding lokasi sebelumnya, tetapi Alhamdulillah semua itu tidak menghalang ibu bapa mahupun pelajar untuk menjadi sebahagian daripada warga sekolah yang agak terkenal ini.

Perancangan ku untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master terpaksa ditunda buat masa ini. Insyallah, di dalam masa yang akan datang dan dimurahkan rezeki, akan diukir semula cita-cita itu.
Gambate ne!

Untuk memulakan perjalanan hidup ku yang serba baru di alam pekerjaan ini, kembali berbakti di sana sudah tentu menjadi impian ku. Dan tentu sekali, sejak aku masih bergelar seorang mahasiswi lagi aku sudah mula bercita-cita dan merancang untuk menjejakkan kaki ke sekolah itu.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk minggu ke tiga keberadaan ku di sekolah ini. Melihat para pelajar di sana, mereka yang bertudung labuh, mereka yang beruniform ungu (pustakawati) dan biru (pengawas sekolah) membuat ku tersenyum sendiri.  Ya,aku pernah menjadi seperti mereka. Seorang anak muda yang datang berteleku untuk mencari ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan untuk mendewasakan dan mentarbiyah diri. Namun hari ini, aku bukan lagi berada di kalangan mereka. Hari ini aku bergelar seorang pendidik.

'Ustazah..', panggilan anak-anak murid ku itu pada mulanya sangat kekok untuk ku membahasakan diri. Tetapi, lama-kelamaan aku mula dapat membiasakannya. ^_^

Sekolah SMA Toh Puan Hajjah Rahmah yang baru ini mempunyai 2 bangunan utama, asrama pelajar putera, asrama pelajar puteri, makmal sains, perpustakaan, surau dan kawasan tempat letak kereta.
Diharap perkongsian ini, dapat mengubati rindu sahabat-sahabat pada 'sekolah' lama kita, walaupun berbeza pada rupa dan keadaanya.


Kawasan masuk ke tengah sekolah yang merupakan dataran tempat pelajar mengadakan perhimpunan mingguan


Koridor menuju ke bangunan yang menempatkan kelas pelajar-pelajar 


 Bilik yang cantik dan mendamaikan ni ialah bilik lajnah imtihan (unit peperiksaan)


Kawasan tempat letak kereta guru-guru dan pelawat 


Bilik-bilik utama yang ditempatkan di dalam bangunan pentadbiran sekolah


Blok bagi kelas tingkatan 1,2 dan 4


Jom masuk .. lawat-lawat sekolah kita..!


Surau pelajar putera dan puteri yang tiada di sekolah lama kita dulu..
Cantik, kemas dan agak luas juga~



Blok yang menempatkan kelas-kelas tingkatan 3 dan 5


Dan bagi ku..aku gembira berada di sini pada hari ini.
Mencuba yang terbaik untuk membalas kembali bakti yang telah ku kutip dahulu dan semoga ada jasa yang bisa ditabur untuk sekolah ini dan khususnya pelajar-pelajarnya.

Aduhai..
Tempat jatuh lagi kan dikenang..
Ini kan pula sekolah tersayang..!


11 comments:

  1. syukran lina upload gambar2 nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Afwan kak neng~ Syukran juga sudi lawat blog Ina..=)

      Delete
  2. cantiknya sekolah skrg...:)...hr tu singgah di MUIS nmpk sek lama, aku ckp cuti ka pasal teda org..rupanya sdh pindah di Kinarut..sian aku kelambatan tau...hahaha

    ReplyDelete
  3. Besarnya kekuasaan tuhan.....betapa beruntungnya generasi sekarang ibaratkan mendapat durian runtuh.Bukan macam kami dulu....binasa baaaaa.......hi..hi..

    Untung kamula...labu! labi! Dari kamu saja kalau tidak berjaya....

    Semoga Allah merahmati kamu..Teruskan berusaha dan jangan lupa Allah sentiasa berada bersama orang yang mengingatinya

    ReplyDelete
  4. alahai. menangis hamba terjumpa entri ini. terpaksa pindah sekoalah ambik STPM tahun lalu atas sebab-sebab tertentu, rindunya dengan Toh Puan :'( sekarang tengah ambik STPM di SMK Lohan Ranau. wish me luck .. anyway, terima kasih atas entri dan gambar-gambar ini.

    ReplyDelete
  5. baru terbaca pula blog ni :D belum lg sampai hajat melawat sekolah baru ni,mcm dipedalaman pla sdh tu :D Toh Puan tatap TOP ONE !!!

    ReplyDelete
  6. salam. boleh saya tahu no telefon sekolah ini? TQ

    ReplyDelete
  7. Shukran ustzh. Wlwpn baru tahun lalu keluar sekolah tp rasa mcm bertahun2 sda keluar. Rindunya tphr dgn guru2 ustzh2 yg berbiwa & menginspirasikan. Tgk jkla tenaga pengajarnya majoriti kelahiran top1 jg..(: Pastu ukhuwah di antara pelajar dgn guru2 di sekolah mhupun aspura aspuri smua mcm keluarga ja

    ReplyDelete
  8. Syukran kerana mewujudkan blog yang bermakna ini. Meskipun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke lokasi baru ini, namun di sanubari nama SMAPTHR tetap mekar dan harum sepanjang masa. Teruskan usaha murni ini. Alumni TPHR 1985-90....wassalam.

    ReplyDelete