Thursday, May 20, 2010

Hiburan..?Bijaklah Memilih!

Posting sebelum ini telah menerangkan kepada kita betapa bahayanya Budaya Hedonisme yang telah memberikan penafsiran yang salah mengenai hiburan.
Sebagai manusia biasa,fitrahnya kita memang memerlukan sesuatu untuk menghiburkan hati dan merasa santai.Hiburan yang dibolehkan,ialah hiburan yang tidak melalaikan,bahkan sebaiknya hiburan itu boleh membawa manfaat dan berguna pula. Bila disebut hiburan,yang paling sinonim dengannya ialah muzik ataupun lagu.

Lagu-lagu dan rentak muzik yang kita dapat dengar pada hari ini..macam-macam.
Mesej yang ingin disampaikan juga pelbagai.Dan sudah tentunya golongan remaja adalah golongan yang disasarkan.
Namun,berhatilah-hatilah dalam memilih hiburan.Di Malaysia kita dapat lihat kemasukan album-album artis barat terlalu banyak.Sepertimana yang pernah disebut sebelum ini,lihat saja pada cover album tersebut..(Atoooi..tak rugi pun kalau tak tengok..lagi baik tak payah tengok,ye!)Lihat pula pada lirik-lirik yang dinyayikan.Betapa perkataan-perkataan yang boleh saya katakan 'tidak beradab' meniti dari bibir ke bibir..menjadi siulan anak muda.


Kalau kena pada tempatnya..
Hiburan itu sangat indah..
Hiburan itu menenangkan..
Hiburan itu mendidik..
Hiburan itu mengajar..
Hiburan itu membawa kita menyelusuri SIRAH..
Hiburan itu mengajar kita mengenal ISLAM..
Hiburan itu bisa mendekatkan kita kepada SANG PENCIPTA..

Carilah hiburan yang berguna..
Berhiburlah dengan wasilah yang dibenarkan ISLAM,akan kau temui betapa manisnya nikmat Islam yang tidak pernah melarang umatnya dari berhibur tetapi penuh dengan adab dan batas-batasnya.

:: I LOVE NASYID!

Ucapan tahniah sepatutnya kita berikan kepada artis nasyid yang benar-benar membawa mesej Islam di dalam lagu-lagu mereka,dan bukannya sekadar untuk mencari populariti semata.Bagi saya,pada hari ini lagu-lagu Nasyid boleh menjadi satu medium yang sangat baik dan sesuai untuk kita belajar sambil berhibur.

Lihat sahaja bagaimana mudahnya anak-anak kecil menghafal nama-nama Allah,sifat-sifat Allah,nama-nama Rasul,Malaikat,bulan-bulan Islam,niat puasa Ramadhan,doa-doa harian dan sebagainya dengan cara melagukannya.Jika ditanya kepada orang dewasa,tidak mustahil masih ramai yang tergagap-gagap tidak tahu.Alangkah baiknya bilamana sejak kecil lagi anak-anak ini sudah dididik untuk mengenali ISLAM secara tidak lansung.


Lihat pula bagaimana kita boleh menyelusuri Sirah para Nabi terdahulu dengan lagu-lagu nasyid ini.Kisah Nabi Nuh dan bahteranya,Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya,kisah bagaimana Allah menghancurkan tentera bergajah dengan Burung Ababil,kisah Isra’ Mikraj bagainda saw dan terlalu banyak lagi yang boleh disebut.

Dewasa ini,realitinya kita lebih suka mendengar daripada membaca.Fakta! Lantas ambillah peluang ini untuk kita belajar secara tidak lansung melalui muzik.
Maksud saya,alangkah lagu-lagu sebegini jauh lebih baik berbanding lagu-lagu lain yang tidak jelas ataupun yang lansung tiada mesejnya.


Namun,ada segolongan masyarakat pula yang mengkritik dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap lagu-lagu nasyid hari ini yang berunsurkan cinta sesama manusia.Saya tersenyum.Mungkin mereka ingin lagu-lagu nasyid yang ada sepatutnya berunsurkan ketuhanan secara total,dan itu tiada salahnya.Tetapi bagi saya lagu-lagu seperti Insan bernama Kekasih,Hanya Tuhan yang Tahu,Impian kasih,Kasih-Kekasih dan sebagainya adalah lebih baik berbanding lagu-lagu kontemporari yang berunsurkan cinta yang kita dengar pada hari ini.

Kenapa saya mengatakan demikian??Kerana lagu-lagu nasyid sebegini sebenarnya mendidik dan mengajar kita secara tidak lansung akan batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam itu sendiri.Sejujurnya saya lebih suka mendengar lirik-lirik yang melagukan..

‘Ya Allah..ku mohon apa yang telah Kau takdirkan..Ku harap ia adalah yang terbaik buatku..’
‘Kerna takdir yang akan menentukan impian kasih..’

dan sebagainya berbanding…

'Lelah hati ini meyakinkan mu cinta ini membunuh ku..'
‘Dewi..Belahlah dadaku..Agar kau tahu..agar kau mengerti..'
..dan tak tahulah apa lagi. Bagi saya,lagu-lagu nasyid seperti ini dari satu sudut,ada baiknya.Lebih-lebih lagi untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada remaja-remaja kita hari ini.So..apa yang baik,ambil.Apa yang buruk,kita tinggalkan!

Lagu-lagu artis Antarabangsa yang membawa aliran nasyid, juga amat baik pada pengamatan saya. Saya pernah menerima luahan sesorang bilamana saya mengajaknya untuk sama-sama 'melayan' lagu Nasyid.Katanya.'Eleh..apa kelas lagu-lagu orang Melayu..Lagu omputeh lagi best!'Tersenyum lagi~


Fine!Tiada masalah!Artis-artis seperti Yusof Islam,Sami Yusof dan Maher Zain adalah di antara artis luar Negara yang saya minati kerana lagu-lagu yang di bawa oleh mereka mempunyai mesej yang mendalam sekali.Lagu-lagu seperti My Ummah,Try Not To Cry,You came to Me,Open Your Eyes,Thank You Allah bisa saja menyebabkan manik jernih menitis hiba.
Apabila mendengar..janganlah sekadar mendengar.
Tetapi hayatilah lirik dan mesej yang hendak disampaikan.Ada 'dakwah'nya di situ.

Kesimpulannya,yang hendak dikatakan bukanlah ‘Jom Berhibur!’.
Tetapi sekadar peringatan bersama..Apabila kita ingin hiburan,bijaklah memilih.
Berhiburlah secara sederhana dan betul pula pada caranya…Selamat Mendengar lagu-lagu yang mendidik jiwa anda!

*Syabas buat penasyid-penasyid Tanah Air yang sejak dulu berjuang menyebar dan mengenalkan ISLAM melalui medan seni ini.Teruskan perjuangan kalian!(^_^)

No comments:

Post a Comment