Thursday, September 22, 2011

Budaya Emo: Dimana Jati Diri Pemuda Islam?

Mendepani isu-isu semasa hari ini, merupakan satu tanggungjawab besar bagi setiap individu Muslim terutamanya mereka yang bergelar Daie. Masalah yang melanda umat Islam saban hari perlu diambil cakna, agar kita dapat memikirkan jalan keluar dan kembali menyusun gerak kerja dakwah demi menegakkan kembali syiar agama Islam yang tinggi.

Memetik salah satu tajuk utama di dada akhbar tempatan 2 hari yang lalu, adalah menjadi suatu kerisauan bilamana melihat remaja dan belia Malaysia hari ini sangat mudah terpengaruh apabila trend Emo@ Gothic sudah menjadi suatu budaya yang semakin menular di negara kita. Budaya kuning yang dibawa masuk ke negara kita hari ini, jelasnya merupakan satu ancaman besar bagi golongan muda Malaysia dan umat Islam khususnya!

SIAPA MEREKA..?

Kumpulan ini agak mudah dikenali. Mereka biasanya memakai celak di mata, berseluar ketat dan berambut panjang serta berwarna sambil menutupi sebahagian wajah mereka.

Dikatakan, antara ritual dan amalan kumpulan ini adalah mengelar tangan, menjilat darah sendiri, melakukan seks bebas, melakukan perjumpaan beramai-ramai di suatu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan artis Barat yang membawakan imej kumpulan Emo seperti My Chemical Romance,Jimmy Eat World dan sebagainya. Melalui lirik-lirik lagu kumpulan sebegini, mereka biasanya membawa mesej yang negatif dan mengajak kepada kemusnahan diri sendiri secara senyap. Dengan keadaan remaja yang khayal dek penangan pil ekstasi,heroin dan syabu, lantas ada diantara mereka yang mula menghayati lirik berkenaan dan mula mencederakan diri dengan senjata tajam.

'And though you're dead and gone, believe me your memory will carry on'
(Walaupun anda telah mati, percayalah kenangan anda akan terus kekal)
Di antara lirik lagu yang didendangkan


KE MANA PERGINYA JATI DIRI PEMUDA ISLAM?

Satu hakikat yang perlu kita akui adalah, remaja dan golongan belia negara kita sudah hilang jati dirinya! Lihat sahaja mereka ini. Tanpa perlu bertemu empat mata dengan mereka , saya mampu mengenali mereka.

Bukan Dominic atau Christina..!

Bukan Raju atau Priyanka..!

Bukan Ah Seng mahupun Mei Ling..!

Kebanyakannya anak-anak melayu, Islam! Musa, Hasan, Khalid atau Ahmad..Semuanya nama-nama panggilan yang tentunya membawa makna dan maksud yang baik.



Budaya Emo@Gothic yang sudah lama 'membiak' di Malaysia dan dikatakan semakin menular ke seluruh negara

Dengan kondisi seperti ini, nampaknya musuh-musuh Islam sudah tidak perlu berkerja keras. Datangkanlah apa sahaja imej dan trend terbaru..Black Metal,Punk, Skin Head, Hip Hop..dengan mudah akan menjadi ikutan anak muda tanpa paksaan. Lantas tujuan utama mereka untuk menjauhkan umat Islam daripada pegangan Al Quran,Sunnah dan syariat Islam akan terlaksana dengan sendirinya!

Sepanjang tempoh menuntut ilmu di bumi Mesir ini, tidak pernah sekali pun aku berselisih atau terserempak dengan golongan remaja sebegini. Tiada Emo, tiada Skinhead, Black Metal atau sebagainya. Yang ada hanya golongan remaja yang tipikal, t-shirt berseluar jeans mahupun berjubah. Dari situ, dapat disimpulkan bahawa mereka segolongan remaja yang mempunyai jati diri yang sangat kuat! Walaupun sepertimana yang kita tahu, Mesir yang menggamal dasar langit terbuka turut menerima saluran-saluran kaca tv yang tidak terbatas dari mana-mana negara. Jadi, hiburan dan segala bentuk budaya kuning yang masuk, adalah sama seperti kita malahan mungkin lebih teruk. Tetapi, jelasnya mereka dapat mengatasinya dengan mengekalkan jati diri dan keperibadian mereka yang tersendiri.

Generasi pemuda yang berjati diri Islami tentunya akan lahir hasil daripada asuhan dan tarbiyyah sejak di kecil lagi

Remaja muslim sebenar adalah remaja yang berpegang teguh pada Al Qura dan As Sunnah. Daripada cara pergaulan, cara berpakaian, dan sebagainya dituruti mengikut kehendak agama sepenuhnya. Biar apa juga trend dan fesyen terkini didatangkan, dia tetap dengan pendirian dan jati dirinya, kerna dia yakin..dengan menjaga syariat dan agama Allah, maka Allah swt akan menjaganya pula.

Kembalikan pemuda pemudi Islami harapan agama!

4 comments:

  1. ~Kitalah itu..yang diharapkan untuk mentajdid minda dan merubah cara berfikir remaja2 kita. towards remaja muslim soleh dan solehah, InsyaAllah!~ (sori menyibuk.. hehee)

    ReplyDelete
  2. nice post..menarik3..sekadar satu pkongsian mengenai remaja mesir yg d sebutkan d atas..remaja mesir satu masa dlu pun pernah diserang dgn budaya ni..tp dapat dibendung dri terus menular di kalangan remaja..pernah dlu dceritakan oleh sorg doktor kuliah, ada satu kelompok remaja dri satu kawasan ni, mula terpengaruh dgn budaya ni..bimbang dgn situasi ni,ibubapa dan jiran tetangga remaja2 kawasan ni mengambil tindakan mmbotakkan remaja2 yg tlibat ( botak kepala msa tu d kira aib )..so dgn botaknya kepala drg, drg x kluar rumah sbb malu..dlm tempoh tu la ibubapa jalankan peranan sterusnya tuk nasihat dan didik anak2..dlm kes ni, dpt kita nmpak, peranan paling pnting dlm mmbanteras budaya ni bmula dri rumah, sterusnya masyarakat stempat, dan sterusnya..tidak d nafikan juga peranan yg prlu dimainkan oleh pihak2 yg lain..namun segalanya harus bmula d rumah..

    ReplyDelete
  3. BintulQaryah : Insyallah,sama2 berusaha tuk jadi muslim/ah yang dikatakan..tuk sama2 mengislah biah sonsang yang berleluasa hari ni..Aamin..(syukran dik...ada plak menyibuk =p)

    ReplyDelete
  4. Lasa : Wahh,syukran atas perkongsian yang menarik..Patut pun,ndak pernah tngk budaya tu di Mesir. Bagusnya..Btul3..semuanya bermula dari rumah. =)

    ReplyDelete