Tuesday, May 4, 2010

Naiklah Tangga Itu!

Kata orang..’Usaha itu tangga kejayaan’.
Sejak sekolah rendah lagi,sudah dibiasakan dengan pepatah itu.
Nama pun masih budak,aku mengiyakan saja!
‘Betul..betul..betul..’Bak kata Upin dan Ipin.


Dewasa ini,lantas diri berfikir..apakah makna tersirat disebalik pepatah yang sudah lama dikenali bertahun-tahun lamanya.
Kenapa tidak kita sebut,’Usaha lif kejayaan’? Ataupun ‘Usaha bot kejayaan’..?‘Usaha helikopter kejayaan’ mungkin
..??
Lebih laju,lebih mudah,kan?Lebih cepat sampainya..
Tapi ‘tangga’..?Kenapa ‘tangga’..??


TANGGA....KEJAYAAN

Kejayaan..sesuatu yang subjektif,berbeza pula maknanya bagi tiap-tiap individu.
Ada yang meletakkan dengan memperolehi markah tertinggi di dalam kuliah adalah kejayaan.Bagi sesetengah pula ia bukanlah kejayaan sehinggalah dia berjaya memperolehi Anugerah Dekan contohnya.Ada pula yang meletakkan IMTIAZ sebagai kejayaan tertinggi buat dirinya.Ataupun dia sekadar lulus sahaja,dia sudah bisa merasa manisnya sebuah kejayaan.Nampak berbeza,namun sebenarnya membawa satu makna yang pasti!Iaitu satu keinginan untuk kita mencapai sesuatu yang diharapkan setelah berusaha untuk mendapatkannya.


Kejayaan boleh kita umpamakan sebagai sesuatu yang terletak tinggi di atas sesebuah puncak.
Untuk mendapatkannya,maka kita perlu berusaha dan mencuba yang terbaik sebelum kita menyerah kalah.Lumrahnya mahukan yang terbaik,kenalah berkorban sedikit.No pain,no gain..Betul tak?

Itulah yang dimaksudkan dalam pepatah tadi..TANGGA!
Tangga itulah yang menjadi platform untuk kita sampai ke puncak tinggi tadi.
Tangga itu kena kita naiki satu persatu..
Melangkah setapak demi setapak..
Sanggup bertatih walaupun kita sedar yang hakikatnya,belum tentu kita akan sampai ke puncak itu.
Saat menaiki,saat melangkah dan saat bertatih itu,sudah tentu kadang-kala kita akan terjatuh ataupun tergelincir.Kita tahu,kita akan menempuh sedikit ujian dan kepayahan sebelum sampai ke puncak,namun teruskanlah menaiki tangga itu!
Jangan berhenti ataupun berputus asa!
Biar terjatuh,namun ada semangat yang membuatkan kita lantas bangkit semula dan meneruskan pendakian.

Realitinya hari ini,semua dari kita inginkan kejayaan!
Mahu jadi yang terbaik!
Mahu jadi insan yang berguna!
Mahu setiap yang diimpikan menjadi kenyataan!

Namun,berapa orang yang sanggup menaiki tangga tadi?
Berapa orang yang sanggup bersusah-payah dan berpenat-lelah untuk menaiki tangga tadi?
Berapa orang pula yang sanggup bersabar dalam meneruskan pendakiannya?
Berapa ramai yang sanggup menahan sakit perit bilamana terjatuh tatkala mendaki?
Tidak ramai.Aku boleh menjawab sebegitu!
Kita semangat mengatakan
,’Aku mahu lulus!’..’Aku mahu najah!’..’Aku mahu imtiaz!’..

Tapi kita malas berusaha!
Kita malas menelaah!
Kita malas untuk melawan sifat malas itu sendiri!
Kalaulah boleh diubah pepatah tadi daripada ‘tangga’ menjadi ‘lif’ atau sebagainya yang lebih laju,lebih cepat,lebih senang..mahunya senyum sampai ke telinga agaknya!
Kita mahu yang senang tanpa perlu banyak ‘melangkah’.
Tanpa perlu bersusah-payah dan berpenat-lelah.

‘Alahhh..aku berusaha pun belum tentu lulus,kan?’
‘Aku datang kuliah,bukan faham juga..!”
‘Aku ikut kelas tambahan pun,belum tentu boleh dapat Mumtaz!’

Ya.Mungkin..
Tapi mungkin juga kita terlupa…yang sesungguhnya..
ALLAH itu Maha Melihat..(setakat mana usaha dan keazaman kita..?)
ALLAH itu Maha Adil..(tidak sesekali akan menzalimi hambaNya yang telah berusaha)
ALLAH itu Maha Pengasih..(rahmatNya sentiasa ada bagi mereka yang yakin akan bantuanNya)
Dan ALLAH jua Maha Mendengar..(akan doa hambaNya yang memohon)
SUBHANALLAH..


‘Perang Exam’ akan bermula tidak lama lagi disini..Boleh dikira dengan jari!
Pada mulanya,aku menetapkan posting sebelum ini merupakan yang terakhir lantaran fatrah imtihan ini,namun dalam kesibukan ini aku dapat lihat ada rakan yang makin rajin dan semakin kuat dia berusaha.
Sementara itu,ada juga yang seakan sudah putus asa.Seolah-olah minatnya telah hilang.Berusaha baginya sudah tidak perlu.Lantaran itulah tulisan ini terhasil buat renungan,muhasabah dan motivasi kita sebelum memulakan ‘peperangan’!

Ayuh,kita naiki tangga tu bersama-sama!
Kau,aku dan kita semua!
Apabila aku terjatuh,pimpinlah aku.
Dan apabila kau pula hampir tergelincir,tangan ini akan aku hulurkan untukmu..

*Untuk berjaya kita hanya perlukan DUIT!Betul..kita memang perlukan duit!
DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL..
Paling penting,pergantungan kita pada Allah dan berbaik sangkalah padaNYA..
Semoga kejayaan itu milik bersama..Amin..^_^

No comments:

Post a Comment