Monday, February 8, 2010

Alhamdulillah Selalu

Hidup umpama roda.
Adakalanya diatas,ada waktunya akan turun kebawah.
Bagai cuaca alam yang ada cerah dan mendungnya.
Juga bagai lauatan yang ada masanya bergelora ..adakalanya tenang sekali.
Begitulah hidup ini direncanakan..

Tika ujian datang menguji serangkali merungut,

mengundang rasa sedih nestapa..
Ucaplah ALHAMDULILLAH..
Akan kau dapati ujian itu sebenarnya satu rahmat..
Tanda Allah masih sayang padamu..
Tanda Allah tidak mahu kau terleka jauh..
Tanda Allah sedang menguji kekuatan imanmu..
Tanda Allah sedang mentarbiyyah dirimu..




Ucaplah ALHAMDULILLAH selalu..maka..
Ujian yang berat terasa ringan..
Rezeki yang sedikit terasa serba cukup..
Biar tidak mewah tetapi kau bersyukur..
Biar sedikit tetapi berkat..
Mungkin hina di sisi manusia tapi mulia di pandangan Allah..
Berbanding kau di pandang tinggi oleh manusia namun redha Allah tiada.

Ucaplah ALHAMDULILLAH selalu..
Dalam susah apatah lagi di waktu senang.
Janganlah derhaka pada Allah.. 1001 nikmat telah diberi namun sentiasa merasa tidak puas.
Semua keinginan mesti dipenuhi.
Jadilah hamba yang bersyukur..
Nescaya kau akan sedari semua yang kau punyai disisimu sudah terlalu banyak..
Alhamdulillah~

Allah swt berfirman :

(Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih) 14:7

*Cuti musim sejuk kali ni sibuk sangat..Banyak program yang kena dijalankan.
Sibuk..Memang sibuk.Tapi,disebalik semua tu,banyak benda baru yang dipelajari.
See??ALHAMDULILLAH…~

Sunday, February 7, 2010

Al Kisah Mansurah~Kaherah

‘Ya Allah..sempatkah ni?Habislah kali ni…’
Jalan yang sesak di jalaraya-jalanraya Mesir melambatkan lagi pergerakan tremco yang di pandu oleh Abu Ayaa. Hati berdebar.Duduk tak senang.Fikiran menerawang jauh.
‘Mudah-mudahan sempat untuk Ina sampai sebelum mesyuarat bermula’,hati bermonolog sendiri.

Al Kisahnya..kemarin,Ina dan adik-adik banat yang lain telah sepakat untuk membuat rehlah 'persendirian' ke Mansurah.Sebenarnya selesai sahaja Fatrah Imtihan yang lalu perancangan itu telah dibuat awal.6hb Februari kami akan berangkat.Tetapi secara kebetulan mesyuarat AJKT juga akan dijalankan pada tarikh yang sama.
Disitulah bermula dilema Ina..samada jadi untuk ke Mansurah atau batalkan sahaja niat tu.

Actually,Ina memang fikir untuk membatalkan saja hasrat untuk ke Mansurah memandangkan ada waktu lain yang lebih sesuai.Masalahnya..Ina sudah berjanji dengan adik-adik untuk turut sama.Tidak sampai hati rasanya untuk mengatakan ‘tidak’..haa..di situlah kelemahan Ina!Lagipun kalau Ina tarik diri secara automatik budjet yang dirancang untuk menyewa tremco akan berubah..lagi sekali…tidak sampai hati..Tapi mesyuarat juga amat penting bagi Ina.Tidak pernah sekali Ina terfikir untuk tidak menghadirinya secara sengaja.


Jadi Ina buat keputusan untuk menyelamatkan kedua-dua situasi ni.Ina akan ke Mansurah tapi dengan syarat kena balik awal supaya dapat menghadiri mesyuarat malam nanti.Mahu dijadikan cerita,waktu yang kami tetapkan untuk bertolak ke Kaherah tersasar memandangkan kena tunggu adik-adik yang ada hal mereka sendiri.Sedih.Sepatutnya rancangan kami untuk bertolak sebelum maghrib terpaksa ditangguhkan .

Saat itu..Ina asyik berdoa..mudah-mudahan sempat sampai ke Kaherah.Ina sebenarnya agak kurang selesa untuk ditunggu.Sangat tidak selesa.Sepanjang perjalan macam-macam perasaan yang timbul.
Rasa bersalah!

Sedih!
Risau!…Tapi Ina mengaku semua tu salah Ina juga.Malam itu,keadaan jalanraya amat sesak..zahmah giddan..Jam menunjukkan pukul 7 dan kami masih berada di Mansurah.Tanpa disedari..pipi terasa basah..nangislah tu!Ina rasa bersalah sangat malam tu..sangat-sangat. Akhirnya,perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit ke Kaherah menjadi 4 jam!! Alhamdulillah kami sampai di Kaherah jam 10 malam.
10 malam!!huhu..Realitinya Ina memang sudah terlewat untuk menghadiri mesyuarat!
Realitinya Ina sudah buat rakan-rakan AJKT lain terpaksa menunggu!

Lantas menjadi satu pengajaran yang besar buat diri..
Seorang sahabat menasihati Ina.Nasihatnya pendek tetapi dalam maksudnya.
‘Utamakan kemaslahatan umat daripada kemaslahatan diri’..
Diri terpanah!Lantas menjawab..’ Betul betul betul…’.
Terima kasih banyak pada dia.Buat semua rakan-rakan AJKT yang lain..dengan rasa rendah diri Ina minta maaf sangat.Insyallah kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Untuk diri Ina pula..belajarlah dari kesilapan…~

Friday, February 5, 2010

Prog WiSa~ One Soul ( Wanita Solehah )



- Merupakan program kedua WiSa ( Mahasiswi Sabah ) sesi 2009/2010 yang ditaklifkan kepada saya selaku Timbalan Yang Di Pertua II,BKPSM.

- Saya dedikasikan program ini khas buat Penasihat WiSa,Nafsah Dulajis yang berada di Malaysia.Semoga dia sihat-sihat saja dan gembira kerana akhirnya program ini berjaya dilaksanakan.

- Semoga objektif program ini terlaksana dan mendapat keberkatan dari Nya..

- Ayuh kita buka minda,fahami sebaiknya intipati yang dapat diambil sepanjang 'talk-show' berlansung..Apa yang baik moga dapat dijadikan panduan untuk kita sama-sama menjadi wanita yang solehah..










Wednesday, February 3, 2010

Fahami~Daulah Islamiah


Dewasa kini,negara-negara seluruh dunia menghadapi krisisnya yang tersendiri.
Masing-masing dengan agendanya yang tersendiri.
Masing-masing ada misi dan visi yang disasari.
Pembangunan material diagung-agungkan tanda kemajuan dan ketamadunan.
Sedangkan,pembangunan rohaniah yang patut dididik dalam setiap lapisan anggota masyarakat tercicir tanpa disedari. Lantaran itu,bermaharajalela-lah kepincangan dari sudut aqidah,pendidikan,sosial dan sebagainya.Di sana sini jenayah dan maksiat menjadi ‘permandangan’ yang sudah biasa dijamu mata.Sebaliknya majlis-majlis ilmu dan keagamaan berlansung sunyi jika dibandingkan dengan konsert-konsert yang dipenuhi lautan manusia yang dahagakan hiburan dan kebebasan.
Itu realiti yang patut kita akui!
Sepertimana negara-negara Islam lain di dunia,begitu jugalah kondisi negara kita,Malaysia.Gelaran diberi..’Negara Islam’.Namun kita masih belum buta untuk melihat dan menyedari bahawa banyak kepincangan dan kecacatan yang berlaku.Masih banyak yang perlu dibetulkan.Masih banyak yang perlu dibaiki.Usahlah martabat Islam yang suci itu dicampur-adukkan dengan maksiat-maksiat yang berlaku di dalamnya.


Daulah Islamiah..
Sebuah impian bagi mereka yang mencintai AgamaNYA..
Sebuah impian bagi mereka yang rindukan sebuah negara yang mana tertegaknya syariat Islam. Impian itu milik semua!
Impian itu sentiasa disebut-sebut,dengan harapan ia akan terlaksana kelak!

Namun..dalam seribu yang menyebut,berapa ramai yang faham?
Berapa ramai yang faham apa yang di maksudkan dengan kalimah ‘Daulah Islamiah’?
Selepas berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah saw,tertubuhlah Daulah Islamiah di bumi Madinah yang berada di bawah pemerintahan utusan Allah,baginda Muhammad saw.

Daulah Islamiah ialah sebuah negara dimana syiar Islam benar-benar mempunyai kekuatan hukum di dalamnya.Tidak disempitkan dengan batasan kedudukan,kaum,keturunan atau warna kulit.Ini kerana di dalam Islam tidak wujud apa yang dinamakan Sekularisme,iaitu pemisah antara urusan keagamaan dan keduniaan.
Maka,kepelbagaian kaum dan bangsa bukanlah satu penghalang untuk merealisasikan sebuah negara Islam dimana hukum-hakam Islam berdaulat di dalamnya.Ini terbukti bilamana Rasulullah saw dengan jayanya telah memerintah Madinah dengan cemerlangnya sebagai sebuah Daulah Islamiah yang mana rakyatnya terdiri daripada umat Islam,Yahudi dan Nasrani.

Bukanlah mustahil untuk kita menjadikan Malaysia itu sebuah Daulah Islamiah.Namun ia akan menjadi mustahil apabila kita masih belum faham apa sebenarnya yang diperlukan untuk mencapai dan menubuhkannya.

FAHAMI makna Daulah Islamiah yang sebetul-betulnya..
Akan dijumpai jalan-jalan dan wasilah untuk menubuhkannya..
InsyAllah..
Semoga kita diberi kefahaman itu..
Bagi yang faham , Alhamdulillah..
So..Bergerak!!Sebarkan kefahaman!!

( Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran ) Al Baqarah :269

Monday, February 1, 2010

Ma'rad Kitab 2010


MAARAD KITAB diadakan saban tahun di Kota Kaherah.
Saban tahun juga menerima kunjungan ribuan manusia dari pelbagai negara.
Sebuah ‘hadiah’ yang amat berharga bagi pencinta ilmu.

Wahyu Pertama kepada Baginda Muhammad saw..

(Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan*
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah*
Bacalah, dan Tuhanmu-lah Yang Maha Pemurah*
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam*
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya) Al Alaq:1-5





2 kitab pertama yang dibeli tahun ni.
Kitab-kitab lain akan menyusul kemudian..

Saturday, January 30, 2010

Berlalunya Januari

Macam-macam yang dihadapi bulan ni..
Suka..Duka..Gementar..Gembira..
Alhamdulillah..Petang tadi sudah diselesaikan Imtihan Fasa 1..
Yang terbaik sudah dilakukan..Doa jangan putus..
Moga-moga Allah memberi 'rezeki' pada semua..Amin..
Ma'arad Kitab di kota Kaherah kembali lagi!!
Tanamkan sikap suka membaca!
Cari ilmu..Suka ilmu..Cintakan ilmu!
Niatkan ilmu yang diperoleh kelak bukan untuk dibanggakan apatah lagi sekadar 'sijil'..
Agama Allah mahu ditegakkan..di situ perlunya Ilmu!
Membaca jambatan ilmu..
Jom g Maa'rad ramai-ramai..!

Masuk fatrah cuti 'winter'..
AJKT akan bermesyuarat kelak..
Banyak aktiviti yang dirancang,Insyallah akan dilaksanakan..
Semoga Allah membantu dan memudahkan urusan..

Mahu 'larikan' diri dari Kaherah buat sementara waktu..
Apa yang di cari..?
Senyuman.....^_^

Tuesday, January 26, 2010

Hadith: Kebajikan dan Dosa



*Daripada An Nawaas bin Samaan ra daripada Nabi saw,baginda telah bersabda :
( Kebajikan itu adalah akhlak yang baik dan dosa itu sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya) H.R Muslim


*Daripada Waabisoh bin Ma’bad ra katanya,(Aku telah datang menemui Rasulullah saw,lantas baginda bersabda :’Engkau datang untuk bertanyakan tentang kebajikan?Aku menjawab :’Benar’.Maka baginda pun bersabda :’Mintalah fatwa(bertanyalah) kepada hatimu,kebajikan adalah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya,manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada,sekalipun pelbagai fatwa telah diberi oleh manusia (bahawa ia adalah halal atau haram).



*******************************************************

Hadith ke 27 dari kitab Hadith 40,Iman Nawawi..Menerangkan makna ‘Kebajikan’ dan ‘Dosa’ secara am.
Kalam Rasulullah saw agak ringkas tapi mudah difahami dan dicerna akal.
Dapat diambil kesimpulan dari hadith ini bahawa HATI juga berperanan untuk menentukan yang mana satu kebajikan dan mana satu ialah dosa.Namun..bertanyalah pada HATI yang bersih.
HATI yang berpegang teguh pada suruhan dan menjauhi laranganNYA.
HATI yang taqwanya hanya pada Allah swt.
Kerana jika ditanya pada HATI yang gelap,pada hati yang hilang Nur Hidayah itu..
Ya..ia juga lantas akan memberikan jawapan..
Namun..akibatnya..??

Kebajikan dirasa seakan-akan dosa..
Berbuat baik,beribadah,beramal,berakhlak mulia terasa pelik di zaman ini.
Adakalanya malu kerana dipandang 'lain dari yang lain'..
Niat ingin melakukan yang baik-baik..namun dicantas..sepi.


Sebaliknya dosa pula terasa seperti satu kebajikan..
Malu untuk melakukannya sudah lama hilang,lantaran kebiasaan.
Dosa disisiNYA bagai tiada apa..
Melakukannya begitu sahaja..

Moga-moga hati yang sentiasa berbolak-balik ini sentiasa takut dan taat kepada Allah swt dan dijauhi dari bisikan syaitan yang sentiasa bermain dengan hati.

*Hadith terakhir yang dibentangkan sebelum fatrah imtihan bermula tempoh hari.Majlis Tafaquh Fiddin ‘bercuti’ seketika dan akan bersambung semula kelak,InsyaAllah..