Sunday, August 31, 2014

Cari Rumah Sebelum Tangga

Bismillahi Walhamdulillah..

Melangkah ke alam pertunangan merubah diri, cara pemikiran dan perancangan seorang individu. Baik pihak lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya perlu memikirkan perancangan masa hadapan yang bakal dihadapi.

Antara beberapa perkara yang perlu dan penting untuk diberi perhatian, menurut buku 'Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta' tulisan Tuan Shamsuddin Kadir ialah :  


1) Harta bujang yang dihormati oleh pasangan dan Mentua
Rumah adalah termasuk dalam kategori harta bujang yang disanjung oleh pasangan dan iba bapa mertua. Memiliki rumah sebelum berkahwin memperlihatkan diri kita sebagai individu yang matang dan berfikiran jauh ke hadapan. Bakal ibu bapa mertua dan pasangan juga akan bertambah yakin dengan kualiti yang ada pada diri kita.

2) Harta bujang yang tidak menambahkan nilai kepada ibu dan bapa mertua
Kereta, televisyen besar, radio, kamera dan sebagainya tidak menambahkan nilai kepada ibu dan bapa mentua. Sebaliknya, ini menunjukkan kita tidak pandai meletakkan keutamaan dalam berbelanja. Ada ibu bapa yang melihat kita masih mentah kerana aset yang kita ada itu tidak menjadi keperluan.

3) Bahaya membeli rumah impian apabila mula berkahwin
Rumah yang mempunyai 2 atau 3 bilik sudah memadai untuk dibeli. Ini kerana hanya kita berdua yang tinggal di rumah itu. Sekiranya kita mendapat zuriat, anak itu biasanya tidur bersama di dalam bilik kita. Selepas berkahwin 5 tahun dan ke atas, baru keperluan memiliki rumah yang lebih besar itu ada.

4) Kereta yang sesuai sebelum dan sewaktu berkahwin
Sekiranya kita membeli kereta, pilih kereta yang berharga dalam lingkungan RM30,000 ke bawah sebagai kereta permulaan hidup kita. Sebaik-baiknya adalah kereta terpakai. Lebih baik kita membelinya secara tunai untuk kereta yang berharga belasan ribu ringgit sahaja.

Bagi perkara-perkara di atas, sudah tentu ia tidak terletak di atas bahu pihak lelaki sahaja. Bagi pendapat saya, pihak perempuan juga perlu memainkan peranan yang sama untuk meringankan dan membantu bakal pasangannya. Belajarlah menyimpan, menabung dan merancang kewangan dari sekarang. InsyaAllah. sedikit sebanyak mungkin kita boleh membantu dan memudahkan urusan walimah nanti.

Wallahu Subhaanahu Wataala A'lam... :)

No comments:

Post a Comment