Sunday, May 2, 2010

JADUAL IMTIHAN FASA 2

JADUAL IMTIHAN FASA 2,TAHUN 3 SYARIAH ISLAMIAH,AL AZHAR,KAHERAH.
29/5/2010 (Sabtu)- Al Quran
1/6/20101 (Selasa)- Fiqh Muqaran
5/6/2010 (Sabtu)- Usul Fiqh
8/6/2010 (Selasa)- Fiqh Mazhabie
12/6/2010 (Sabtu)- Qodoya Fiqhiyah Mua'asarah
15/6/2010 (Selasa)- Quah Bahas Qodoya
19/6/2010 (Sabtu)- Hadith Ahkam
22/6/2010 (Selasa)- Quah Bahas Usul Fiqh

* Jam 1-4 petang(Mesir)..jam 7-10 malam (Malaysia).
Ayah Ibu..doakan Ina..^_^


Sekali lagi akan menghadapi Imtihan Fasa kedua untuk tahun ini.
Alhamdulillah..Moga-moga diberi kemudahan dan kesihatan untuk melalui hari-hari mendatang.
Di kesempatan ini,Ina mohon kemaafan setulusnya atas segala kesilapan kata dan terkasar tingkah yang membekas di jiwa kalian.Sejujurnya tidak pernah terniat untuk melakukan yang demikian.Mohon dimaafkan..

Menjelang fatrah Imtihan yang bakal kita tempuh bersama tidak lama lagi,marilah kita meminta maaf kepada semua dan memaafkan orang lain pula.Kerana kita tidak tahu,mungkin kita pernah membuat seseorang itu menangis dan berkecil hati kerana kita,yang natijahnya kelak ia menjadi hijab kepada pertolongan Allah kepada kita di dewan peperiksaan nanti.Mungkin kita terlupa atau memandang enteng perkara yang dianggap kecil ini.Tapi,tidak bagi Ina.Kerana pentingnya untuk kita menjaga hubungan dengan Allah swt samalah pentingnya juga dengan kita menjaga hubungan sesama manusia..

Sekali lagi,maaf dipinta jauh dari lubuk hati dan Ina akan mendoakan semua rakan-rakan disini juga.Doakan kejayaan bersama..!
Salam BiTaufiq Wan Najah..!

No comments:

Post a Comment