Namun, beberapa minggu selepas itu salah seorang ahli WISA iaitu Saudari Nurussakinah bte Melih telah menyampaikan hajat dan jemputan daripada AJK masjid di kampungnya supaya kami mengadakan sedikit program untuk penduduk di sana bersempena dengan bulan puasa ini. Setelah mengadakan sedikit perbincangan, akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan slot forum interaktif buat penduduk Kg. Kulambai, Kota Belud.
12 Ogos 2012- Semalam kami telah menyelesaikan program di daerah Beaufort bersama anak-anak yatim Al-Aman. Dan hari ini, kami akan bergerak pula ke Kota Belud sepertimana yang dirancang. Pada saat-saat akhir dihari program akan berlansung, satu demi satu sahabat kami memaklumkan keuzuran diri mereka untuk menghadiri program. Apabila moderator kami juga tiba-tiba tidak dapat menghadirkan diri, itu merupakan saat cemas bagi kami! Akhirnya, kami berlima sahaja yang dapat hadir dan memulakan perjalanan dengan menaiki sebuah kereta.
Mahu tidak mahu, perancangan harus diteruskan! Berikutan masa yang agak sempit, kami mencuba yang terbaik untuk membawa slot ini. Dan Alhamdulillah, ada moderator gantian yang tampil menyelamatkan keadaan. Dengan tajuk 'Ramadhan Memperkasa Ketaqwaan Ummah', tiga orang panel telah pun ditaqdim untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Dari kiri : Moderator forum, Saudari
Nurussakinah Melih, panel pertama Saudara Lasafarudi Lahadi, panel kedua
Saudari Azlinah Abdul Gani dan panel ketiga saudari Julia Syazmira
Antara perkara-perkara yang disebutkan adalah berkenaan sirah pensyariatan ibadah puasa, ibadah-ibadah sunat yang boleh dilazimi di bulan Ramadhan, kebaikan dan kesan ibadah puasa menurut perspektif perubatan, mengupas persoalan bagaimana puasa boleh membentuk jati diri seorang muslim sejati dan perbezaan suasana bulan Ramadhan di tanah air dan di negara Mesir. Sebenarnya kami agak kecewa kerana memandangkan masa tidak mengizinkan, ada beberapa perkara yang tidak sempat disebut dan dikongsikan.
Walaubagaimana pun, kami sangat berharap agar forum ini mampu memberi pengisian dan kefahaman kepada masyarakat tentang ibadah puasa. Tayangan video yang diselang-selikan dengan soal jawab oleh panelis diharap mampu menarik tumpuan para hadirin dan menambah kefahaman mereka tentang tajuk yang dibincangkan.
Sama seperti program-program yang terdahulu, sebaik sahaja selesai majlis kami pun bergerak meninggalkan kawasan program. 'Terpaksa berbuka puasa di dalam kereta lagilah nampaknya tu!'
Apapun, Alhamdulillah! ^_^
Antara penduduk kampung yang sudi bertandang
Di luar masjid ada sedikit sumbangan bahan mentah dan pakaian kepada mereka yang memerlukan
Program kali ini tidak seramai yang sebelum-sebelumnya apapun ribuan terima kasih atas kesungguhan dan kesanggupan sahabat sahabiah sekalian untuk meluangkan masa
TYDP 2 merangkap Ketua Mahasiswi Sabah, Saudari Kartika Haplan mewakili BKPSM menerima cenderamata daripada AJK masjid Kg.Kulambai, Kota Belud
Selesai satu lagi program.
Menarik nafas lega. Panjang..
Alhamdulillah...~
No comments:
Post a Comment