Sunday, December 20, 2009

Aku Sayang Dia



Ukhuwah..
Terjalin bukan kerna dia punya nama.
Bukan kerana dia punyai pangkat.
Bukan kerana harta.
Bukan kerana rupa.
Bukan kerana dia dianggap ‘perfect’.

Tetapi ukhuwah itu terjalin atas satu ikatan aqidah yang satu.
ISLAM DAN IMAN.
Ukhuwah itu tersangat istimewa.Terletak bukan pada pertemuan.
Tidak juga pada manisnya ucapan dibibir.
Tapi terletaknya pada ingatan seseorang terhadap teman di dalam doanya.
Sebaik-baik teman,bila kita teringat padanya..
Ia mengingatkan kita kepada Allah.

Nafsah Dulajis..
Seorang gadis lincah.
Dialah insan istimewa itu..
Dia selalu mengingatkan aku pada Allah.
Mengingatkan aku di waktu suka dan duka,dikala sedih dan tawa.
Aku sangat menyayangi dirinya.
Tidak dapat aku bayangkan jika dia tiada di sisiku.
Kami punya cita-cita yang sama.
Matlamat dan perjuangan yang satu.
Dialah pendorong dan pemberi aku kata-kata semangat.
Aku perlukan dia.Kami perlukan dia.

YA ALLAH..Hamba yang lemah ini yakin..
Hanya Engkau yang kami sembah dan
hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.
YA ALLAH..Lindungilah dia sentiasa.
Semoga dia didalam jagaan dan Inayah Mu.
PadaMU aku memohon Ya Rabbi..

p/s:Sama-sama doakan kesihatannya..
Rindu CHAQ...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hati ini sangat rindu dengannya..tak dapat dizahirkan rasa hati.teringat dirinya walaupun dia telah pulang ke pangkuan keluarganya. hati ini tetap risau tentang kesihatannya. semoga chaq cepat sembuh...amin..

    ReplyDelete
  3. Baru terbaca ni.
    Nangis... :(
    syukran Ina. moga ukhuwwah ini untuk Allah saja. Line clear. ^_^

    ReplyDelete