Showing posts with label SMA Toh Puan Hajjah Rahmah. Show all posts
Showing posts with label SMA Toh Puan Hajjah Rahmah. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

Warna-warni Majlis Ihtifal 2013

Alhamdulillah.
Selesai satu lagi program tahunan terbesar sekolah kami siang tadi.
Majlis Ihtifal bagi sesi 2012,  telah diadakan di tempat yang sama iaitu dewan Saa'dah , Wisma Muis pada 30 April 2013 yang lalu.
Di tengah-tengah kesibukan, hanya beberapa gambar ini yang sempat diambil untuk dikongsikan bersama.

Usai ucapan perasmian oleh Pengarah JHEAINS, persembahan nasyid dipersembahkan.


Diantara penerima hadiah bagi pelajar cemerlang tingkatan 1,2 dan 3. 


Anak-anak kami yang paling 'bongsu' mempersembahkan dikir barat mereka. 


Dif-dif kehormat kami yang turut hadir pada majlis Ihtifal tahun ini. 


Sebahagian daripada pelajar puteri yang merupakan penerima-penerima sijil STAM dan SMU sesi 2012


Guru-guru dan juga merangkap rakan sekerja saya; cikgu Hasni, ustazah Idah dan cikgu Hirdawati
Cantik-cantik semuanya.. ^_^


Anugerah tokoh pelajar cemerlang dianugerahkan kepada Nazira Shamad,
 dan diwakili oleh ibu dan bapa beliau. Tahniah!


Warga pendidik SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang saya hormati.
Dari kiri : Cikgu Musalleh, ustaz Auzani, ustaz Sahuddin, dan ustaz Safri.


Semoga kejayaan mereka semua diberkati Allah swt. Amin! Tahniah!

Wednesday, March 20, 2013

Sukan Muhibah Sekolah-Sekolah JHEAINS Kali Ke-9

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.

Satu lagi tugasan luar telah pun selesai dan berjalan dengan baik.
Saya,Ustazah Filzah Haziyah bersama 2 orang lagi guru lelaki telah ditugaskan sebagai guru pengiring bagi membawa pelajar-pelajar SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut untuk menyertai kejohanan sukan sekolah-sekolah agama JHEAINS yang lazimnya akan diadakan pada saban tahun.

Tahun ini, tuan rumah bagi kejohanan ini adalah SMAI Pantai Manis,Papar. 
Diantara sekolah-sekolah yang turut serta bagi memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini adalah SMAI.Tambunan, SMAI.Beaufort, SMAN. Toh Puan Hajah Rahmah,Kinarut, Maahad Tahfiz dan SMAI.Pantai Manis,Papar sendiri.

Alhamdulillah, tahun ini tiada lagi insiden seperti pergaduhan dan perbalahan diantara sekolah-sekolah berlaku. Kerana dari apa yang saya sendiri dengar, sebelum ini ada sahaja isu yang menjadi bual mulut, seusai kejohanan ini. 

Syukur. Segala puji hanyalah bagi Allah swt yang menyatukan hati-hati manusia.

Menurut pendapat saya, begitulah yang sepatutnya. Namanya sahaja  pun sudah Sukan Muhibah. Sewajarnyalah  saat ini menjadi  peluang terbaik bagi semua pelajar yang berlainan sekolah saling berkenalan dan menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka dan bukan yang sebaliknya.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, mempertaruhkan puluhan pingat dari pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, lompat tinggi, lompat jauh,badminton, ping pong dan acara balapan.

Walaupun agak keletihan, saya dapat lihat para pelajar ini berasa seronok dan teruja dengan penyertaan pada kali ini.

 Diantara sukan yang terawal dipertandingkan ialah bola tampar bagi kategori Puteri (A) dan (B)
Tahniah bagi kumpulan puteri (B) TPHR yang telah berjaya menjadi johan menumpaskan pasukan lawan yang lain!


 Ke mana sahaja kita berada, adab dan akhlak diutamakan.
Puteri-Puteriku Sayang yang solehah..^_^


 Indoor Games..Ping Pong!
Wakil double dari SMAN.TPHR


 Diantara pemain-pemain bola jaring menengah bawah


 Kejohan kali ini lebih istimewa dengan penyertaan dari pelajar-pelajar Maahad Tahfiz yang turut memberi saingan hebat!


 Pasukan bola tampar lelaki TPHR yang berjaya merangkul pingat gangsa 


Sebahagian pelajar-pelajar dari sekolah SMAI.Beaufort


 Atlet-atlet balapan bersaing hebat sesama mereka.


 Majlis perasmian penutupan kejohanan sukan kali ke-9


 Walaupun yang besar kami tidak mampu miliki,
yang kecil-kecil pun jadilaaahhh...^_^ 


 Alhamdulillah.. Tempat ke-3 pun ok!
Tahniah kepada semua atlet SMAN. Toh Puan!


Jumlah sebenar pelajar yang menyertai kejohanan ini lebih kurang 90 orang. Tapi ini sahaja yang sempat bergambar bersama kami.


Mula-mula diajak buat tangan '1 Malaysia'. Tapi tiada kaitan!
Jadi..'Kami gembira bah dapat nombor 3!' ^___^ 


Menghadiri kejohanan ini membuatkan saya banyak berfikir dan melihat.
Hinggakan akan ada entri mengenainya akan menyusul InsyaAllah. 
Apapun, Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada semua atlet SMAN. Toh Puan Hajah Rahmah yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh!

'Syukran Jazilan, Pasha!!!!'

Saturday, March 2, 2013

Puteriku Sayang (Mac) : 'Permata Solehah'

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu ini, merupakan minggu ujian bagi sekolah kami. Tiga madah dengan tujuh kelas, perlu disiapkan kertas soalannya kemudian diperiksa dengan kadar segera. Mungkin dek kerana itulah, persediaan saya untuk berprogram bersama mereka pada bulan ini agak tidak tidak sempurna.
Ala kadar, asal ada.
Sampai suatu ketika, saya hampir membuat keputusan untuk menangguhnya pada tarikh lain. tapi bila difikir-fikir entah esok lusa mungkin ada perkara lain pula yang Allah rancangkan untuk kita.

Subhaanallah!
Ada ketikanya bila kita berasa tidak yakin dan kurang persediaan, akhirnya kita akan menyedari bahawa yang tinggal hanyalah kebergantungan dan tawakkal kita kepada ALLAH swt. Semua yang telah berlansung, tidak lain hanyalah kerana izin dan inayah dariNYA.. Alhamdulillah.


 Seperti kelazimannya, program dimulakan dengan solat Zohor berjemaah dan slot tazkirah yang bertajuk
'Diantara kaca dan permata'.


 Slot kedua : Pembentangan Kertas Kerja 'Wanita vs Muslimah'.
Terhibur benar mereka dengan tayangan video Cik Beah Osem!


 Usai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami teruskan program dengan slot LDK: 'Salah Siapa?'
Semasa sesi menyalahkan diri sendiri, keadaan aman. Tetapi sebaik sehaja sesi 'menembak' dibuka, semua muslimat-muslimat ini menjadi power puff girl!  Semangat menembak dan defend diri sendiri!


 Alhamdulillah setelah sama-sama bangun awal subuh tadi untuk Qiamullail, para puteri ini beriadah di dataran kawasan sekolah.


 Dalam usaha untuk menjadi muslimah solehah, jalinan ukhuwah sesama mereka juga memainkan peranan yang sangat penting. Semoga 'Ulat Ukhuwah' ini dapat membantu dalam menyuburkan lagi bibit-bibit mawaddah dan mahabbah sesama muslimah. ^_^


 Semua bersemangat mahu menang!


Aktiviti riadah kedua yang dikendalikan oleh pelajar senior.


Mereka ini adalah diantara kakak-kakak senior yang menetap di aspuri. Tanpa bantuan mereka, saya tidak akan mampu mengendalikannya seorang diri. Dari bab makan saya, pengurusan teknikal dan belakang tabir, merekalah yang banyak membantu. Setinggi-tinggi ucapan syukran jazilan dari ustazah buat kalian semua. ^_^


Slot penutupan diakhiri dengan laungan qasidah, doa wehdah dan sesi bersalaman.


Dalam banyak-banyak foto yang diambil, saya yang paling berkenan dengan gambar ini untuk diabadikan sebagai primer photo bagi Puteriku Sayang bulan ini.


Menghela nafas panjang..

'Alhamdulillah..Alhamdulillah..'


Saturday, February 2, 2013

Puteriku Sayang (Februari) : 'Baginda Idola Kami!'

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah swt, perancangan yang telah diatur telah pun berjalan dengan lancar dengan izin Allah swt. Pada tahun lalu, program Puteriku Sayang yang hanya dapat diadakan sekali sahaja, adalah satu program terbuka tanpa anjuran mana-mana kelab ketika itu. Di tahun kedua saya berkhidmat di sekolah ini, saya mengambil keputusan dan peluang  untuk menjadikannya satu program khas buat pelajar puteri di bawah anjuran Kelab Halaqah Ilmiah sekolah, memandangkan saya juga ditaklifkan untuk menjadi guru penasihat bagi kelab ini.

'Baginda Idola Kami!' adalah tema yang telah dipilih untuk bulan ini bersempena bulan kelahiran Rasulullah saw dan juga semangat sambutan Maulidur Rasul yang masih tersisa dikalangan kami. Seperti tahun yang sudah, Puteriku Sayang diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Aspuri dan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah sendiri.

Jumaat (1.2.2013).
Program kami bermula dengan solat Zohor berjemaah dan slot tazkirah yang diadakan di surau sekolah.
Usai para pelajar menjamah makanan tengahari, program diteruskan dengan slot pembahagian kumpulan dan pencarian trademark terbaik bagi kumpulan masing-masing. Ternyata tahun ini jumlah peserta adalah lebih ramai berbanding tahun lalu. Oleh kerana itu, kesemuanya ada 12 buah kumpulan dengan ahli seramai 10-11 orang. Kumpulan pada tahun ini adalah seperti yang berikut :

1. Kumpulan Humairah :  'Kami cinta Rasulullah!'
2.Kumpulan Siti Hajar :  'Jihad..Fi sabilillah!'
3. Kumpulan Fatimah Az-Zahra :  'Muslimah..Fight for Islam! InsyaAllah!'
4. Kumpulan Srikandi Asiah :  'Jihad,Allahu Akbar!'
5. Kumpulan Zinnirah :  'Zinnirah..Subhaanallah!'
6. Kumpulan Srikandi Aishah :  'Hayya bil Jihad2x..Takbir!'
7. Kumpulan Rabiatul Adawiyah :  'Islam is our way..!'
8. Kumpulan Sumayyah :  'Sumayyah..InsyaAllah boleh! Takbir!'
9. Kumpulan Srikandi Mashitah :  'Muslimah..Siapa kita? Mashita!'
10. Kumpulan Ainul Mardiyah :  'Be a great Muslimah!'
11. Kumpulan Siti Khadijah :  'Kami mukmimah sejati!'
12. Kumpulan Maryam al-Batul :  'Kami cinta Allah..Takbir! Kami cinta Rasulullah..Selawat!!'


LDK 1: Insan Teragung.
Setiap kumpulan diminta untuk berkongsi satu cerita/sirah mengenai Rasulullah yang mana membawa satu contoh sifat dan akhlak mulia Rasulullah saw yang boleh kita contohi.


Selesai LDK 1, kami berqasidah.
Ya, mereka nampak sangat berminat dan mula menyukainya! Saya memperkenalkan mereka dengan burdah Ya Hanana dan Solatun Mubin.. Dan favorite mereka...'Solaaatun..bissalamil mubin..' ^_^


Bagi saya, mereka bukan sekadar pelajar yang saya ajar di dalam kelas..


Tetapi, mereka sudah saya anggap seperti adik-beradik saya sendiri..


Doa saya..
Semoga Allah menjadikan mereka semua segolongan muslimah yang solehah dan berjaya bukan sekadar dalam bidang akademik, tetapi juga cemerlang dari sudut syakhsiahnya. Amin~


 Setelah tentatif hari pertama diakhiri dengan slot muhasabah, hari kedua pula dimulakan dengan Qiammulail, dan solat Subuh yang mengambil tempat di surau sekolah bersama-sama pelajar putera.


 Riadah Muslimah : Dimulakan dengan sesi warming up dan jogging. 
Game pertama: '1..2.. Allahu Akbar!!'


Game 2: 'Di mana ia..??'
Setiap kumpulan perlu membahagikan kumpulan kepada dua bahagian. Sebahagiannya perlu berlari mencari klu dan lainnya perlu menjawab soalan kuiz 'Kenali Rasulullah saw!'


 Antara wakil-wakil peserta kuiz ^_^


Walaupun kesemuanya ada 12 kumpulan, tetapi para peserta perlu mencari hanya 3 klu sahaja yang telah disembunyikan. Kumpulan yang terpantas dan terhebat, telah pun menemuinya!
'Rasulullah saw idola dan mentor kami..!!'


Sesi penutupan diadakan setelah mereka penat beriadah.
Rata-rata mereka berasa gembira dengan penganjuran program sebegini. Dan harapan mereka supaya Puteriku Sayang diadakan dengan lebih kerap ataupun sebulan sekali. Di samping itu juga.. 
'Lain kali lama la sikit ustazah kita buat..3 hari 2 malam ka gitu.. =)'
Saya : 'Gulpp..InsyaAllah..InsyaAllah..' ^__^


Atas permintaan mereka, kami berqasidah lagi sebelum program melabuhkan tirainya.
Dan akhir sekali, kami sama-sama membaca doa Wehdah.
Ya Allah, semoga hati-hati para puteri ini saling bertaut dan mempunyai matlamat yang satu untuk Islam.


Kenangan..Program Puteriku Sayang bersama lebih kurang 120 orang pelajar puteri
SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut.
Alhamdulillah..~


Secara peribadinya, saya berterima kasih banyak kepada guru-guru yang memberikan sokongan kepada saya untuk menjayakan program baik untuk mereka-mereka ini. Tidak lupa, kepada ajk Kelab Halaqah Ilmiah dan pelajar senior puteri-puteri tingkatan 5 dan 6 yang sangat banyak membantu saya. Tanpa mereka, saya tidak akan mampu untuk merealisasikan program ini.

InsyaAllah, jika Allah swt memberikan kelapangan waktu dan kudrat, semoga kita akan ditemukan lagi di dalam program yang akan datang. Sesungguhnya segala yang baik itu semuanya datang dari DIA, Allah swt yang maha Pemurah.

Terima kasih, Allah!


Monday, January 28, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H : SMAN TPHR

بسم الله الرحمن الرحيم

 'Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah'.
Itulah tema bagi sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di seluruh negara pada tahun ini.
Kali terakhir saya mengikuti perarakan ini adalah pada tahun 2012. Semuanya terjadi tanpa dirancang, apabila kami semua dihantar pulang ke tanah air berikutan Revolusi yang melanda negara Mesir pada tahun berkenaan.

Tanpa persiapan semantap kontinjen lain, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) tetap menerima pelawaan pihak penganjur semata-mata untuk meraikan dan memeriahkan lagi sambutan hari kebesaran umat Islam ini.

Hari ini pula, saya bersama kontinjen SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut selaku guru pengiring bagi pelajar-pelajar ini. Alhamdulillah.. Pengalaman baru lagi yang Allah berikan untuk saya.


 Pelajar puteri SMAN Toh Puan Hajah Rahmah yang turut menyertai kontinjen perarakan pada tahun ini


Para pelajar bersiap sedia seawal jam 6.00 pagi sebelum memulakan perarakan


Pelajar putera yang mewakili kontinjen SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut seramai 50 orang


Inilah sepanduk Maulidur Rasul sekolah kita untuk tahun ni! 
Kaligrafi indah dengan bentuk sebilah pedang ini berjaya mendapat tempat kedua bagi pertandingan sepanduk bagi sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat negeri Sabah. Mabruk!


   
Baki pelajar putera puteri yang berjumlah lebih kurang 450 orang mula bergerak untuk berarak bersama-sama kontinjen sekolah


Tuuuuu diaaa...! ^_^ 

Di antara kontinjen lain yang memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini


Semoga penyertaan sebahagian besar umat Islam di sini, pada hari ini bukanlah semata-mata untuk merebut gelaran juara bagi setiap kategori pertandingan, tetapi tidak lain semoga kecintaan kita kepada Rasulullah saw semakin bertambah dan meningkat. Aamin..

Ya Nabi salam alaika,
Ya Rasul salam alaika,
Ya Habib salam alaika,
Solawatullah alaika....~