Sepertimana yang kita maklumi, isu negara Palestin ini bukanlah semata-mata merupakan isu agama, bahkan jauh lebih dari itu isu ini merupakan isu global dan alam sejagat. Melihat kepada pendirian rejim Israel yang enggan berganjak, umat manusia sedunia yang masih prihatin mengambil inisiatif untuk memperkuatkan lagi tindakan memboikot barangan keluaran negara Israel bagi tujuan melumpuhkan sumber ekonominya sedikit demi sedikit. Syukur, kerna masih ada yang prihatin!
Kita tidak mampu berjihad bersama mereka, lantaran itu memboikot adalah pilihan buat kita!
Sejujurnya saya sendiri tidak menyedari bahawa beberapa hari yang lalu, restoran makanan segera yang terkenal Mc Donald's (Malaysia) telah mengadakan promosi dengan memberikan burger percuma kepada semua pelanggannya. Hal ini menerima pelbagai reaksi daripada orang awam. Ada yang bersangka baik dengan mengatakan ianya merupakan satu cara bagi Mc Donald's menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan-pelanggannya, namun ada juga yang berpendapat bahawa apa yang dilakukan ini adalah merupakan satu usahanya untuk terus mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia.
It's about the ACT!
Gambar di atas menunjukkan dua tindakan yang berbeza. Ajaibnya, di luar negara orang yang bukan Islam sangat berani dan lantang menyuarakan tindakan mereka untuk memboikot salah satu syarikat utama yang menyumbangkan dana kepada Israel iaitu Mc Donald's. Namun, lihatlah situasi umat Islam di Malaysia hari ini. Kita 'cair' hanya dek kerana sebiji burger yang dihidangkan.
DI MANA SENSITIVITI kita selaku umat Islam yang seagama dengan saudara-saudara di bumi Gaza?
TIDAK MALUKAH kita dengan mereka yang berada di negara Barat?
APA USAHA yang telah kita lakukan untuk membantu mereka di Palestin selama ini?
Saya tertarik dengan satu persoalan. Kenapa agaknya Israel tidak menyerang umat Islam di Malaysia?
Kenapa sejak berpuluh tahun yang lalu, serangan terhadap bumi suci Palestin tidak pernah berhenti? Malah terus-menerus dihujani tembakan peluru yang memusnahkan harta benda malahan nyawa rakyatnya.
Selama ini, sejak dari kecil kita sudah kenal Mc Donald's dan pelbagai lagi produk lain yang merupakan penyumbang-penyumbang utama bagi meningkatkan tahap ekonomi rejim Israel. Malah tidak hairanlah, jika hari ini kita dapat lihat betapa ramai dan panjangnya barisan mereka yang berbaris untuk mendapatkan makanan percuma tadi. Saya mengerti, bagi seseorang yang merupakan penggemar tegar fast food sebegini adalah sukar baginya untuk menolak 'tawaran' istimewa tadi. Lantas saya memikirkan, apa yang boleh kita lakukan hari ini adalah berhenti daripada terus melariskan dan mempromosikan produk-produk ini!
... 'Happy Meal'...
Anak-anak kecil!
Cukuplah memanjakan generasi hari ini dengan sesuatu yang boleh membunuh umat Islam tanpa kita sedari.
'Along, kalau along tolong ummi, nanti ummi belanja makan Mc Donald's, nak tak?' Cukuplah!
Seandainya benar, generasi hari ini sudah terjerat dan sudah tidak mampu hidup lagi tanpa McD, generasi pada masa akan datang perlu kita selamatkan! Perlu kita jaga! Perlu kita pupuk kesedaran tadi sejak dari kecil!
Kenyataan ini mungkin ada benarnya, walaupun pahit.
Hari ini kita aman tanpa serangan rejim Israel kerana kita sudah lama 'dibunuh'! Buktinya, hari ini kita memang tidak boleh hidup tanpa McD, Starbucks, Coca Cola dan sebagainya. Ironinya sudahlah dibunuh, kita menjadi 'alat' pula untuk membantu rejim Israel dan sekutunya untuk menghancurkan dan melenyapkan bumi Palestin. Sedangkan mereka di sana, sebenarnya digeruni! Digeruni para penzalim Zionis dek kerana cara hidup mereka yang teguh berpegang kepada agama Allah swt.
Entri ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan mereka. Namun, untuk sejenak marilah kita bermuhasabah.
Tatkala rakyat Palestin di sana langsung tidak punyai pilihan samada untuk dibunuh atau pun tidak, lantas adakah wajar kita tidak mempunyai pilihan lain selain memilih McD, Coca Cola atau pun pelbagai lagi jenis produk,juadah dan makanan Malaysia yang boleh mengisi perut kita ini?
Sedarlah! Kita bukannya dilarang untuk tidak makan sehingga kebuluran! Kita hanya perlu membuat pilihan!
Lantas, benarkah tiada lagi pilihan untuk kita..??? Benarkah?
Love Palestine, Save Gaza!
assalamulaikum..
ReplyDeletesaya hanya ingin menyuarakan kata setuju disetiap baris kata yang telah anda coretkan..
teruskan usaha, klu boleh iklankan di mana2 media yang ada.. facebook atau mna2 saja... biarkan semua org tahu..
berdoalah kita, semoga agama islam semakin kukuh dan dipelihara allah..amin.
Faceboik juga mnghntar dana ke israel:) jika nak noikot mari kita boikot kesemuanya
DeleteWaalaikumussalam saudara.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkunjung. Sama-samalah kita berusaha untuk membantu saudara kita di sana. Mungkin tidak mampu turun berperang, lantas melalui medan penulisan ini mungkin menjadi salah satu cara untuk kita menyebarkan kefahaman dan kesedaran.
Semoga Allah memelihara kita semua..Amin~
LOVE PALESTINE, SAVE GAZA!
Assalamualaikum...sy setuju ngn sume 2...ape yg kite tau skg ni,rakyat negara kita kononnya sdg boikot produk2 yahudi sbb israel serang palestin..dh berpuluh thn produk dorg ade kt malaysia,knp dl xnk protes supaya produk2 2 xmsuk malaysia...tggu ade negara islam kena serang ngn yahudi,br nk boikot sane sini...skg memang kita xde pilihan tp kalo kita buat pilihan dr awl dl mgkn kita ada pilihan...
ReplyDeleteAnoymous : Waalaikumussalam.. Realiti hari ini macam tulah. So, kalau kita dah x dapat tahan nak makan juga semua2 ni, yg penting, generasi baru perlu diberi pendedahan dan didikan awal. Semoga Allah mengira semua ini sbg usaha kita untuk membantu palestin. Amin~
ReplyDeleteSaya amat menyokong pandangan saudara/i..saya juga sedang memboikot apa jua barangan ataupun servis yang bersangkut paut dengan israel yahudi tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak lagi barangan yang belum didedahkan. Maka marilah kita sama2 melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam membantu memusnahkan rejim Israel yang kejam ini..AllahuAkbar!!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSila penuhkan ilmu sejarah dlm diri sendiri sebelum mengeluarkan kata2 yg berunsur fitnah rakyat islam msia..fikirkan kenapa palestin d serang tp msia xda d serang oleh israel..ketahui ape punca..msia xder ape2 kepentingan bg israel dan jgn mgatakan individu msia yg mengunyah macd adelah menyokong tindakan israil..cari pgetahuan yg mendalam dan fahami dahulu bukti mcd msia menyokong israil atau mcd msia hanyalah satu perniagaan francais yg xder kene mgena dgn pemberi bantuan israil..sbelum menulis sila penuhkan ilmu pgetahuan yg meluas terutama sejarah yer...
Terima kasih Anoymous.
ReplyDeleteInsyaAllah proses menuntut ilmu tu tidak pernah ada noktahnya bagi makhluk bernama manusia. Daripada pembacaan dan researchlah kita akan dapat ilmu dan pengetahuan.
Syukran sudi singgah dan saya harap saudara/ri pun rajin2 membaca ya.
:)