Wednesday, August 15, 2012

Charity de Tour Ramadhan 2012 : R.A.Y Al-Aman, Beaufort

Semulia bulan Ramadhan yang dianugerahkan oleh Allah swt pada kami hari ini, Alhamdulillah kami dapat meneruskan lagi program kebajikan, Charity de Tour Ramadhan 2012. Selepas menjejaki Kota Belud pada minggu lalu, sahabat-sahabat yang lain telah melawat pula rumah anak yatim kedua iaitu R.A.Y As-Sakinah, Papar. Disebabkan tanggungjawab kerja, saya tidak dapat bersama mereka pada siri lawatan kedua itu. Namun, alhamdulillah khabarnya semua berjalan dengan baik.

Sabtu, 11 0gos 2012 - Tour kali ini nampaknya tidak menerima jumlah penyertaan aktivis seperti yang sebelumnya. Lawatan kali ini, kami hanya berkonvoi dengan dua buah kereta dengan beberapa orang sahabat dan sahabiah yang sudi meluangkan masa.


Rumah anak yatim Al-Aman ini terletak hanya beberapa kilometer saja dari pekan Beaufort. Sebaik sahaja kaki kami menjejak masuk ke kawasan ini, kami menyedari ada perbezaan ketara dengan rumah anak yatim yang sebelum-sebelumnya. Persekitarannya ternyata lebih kondusif, selesa dan fasilitinya juga lebih baik.

R.A.Y Al-Aman menampung lebih kurang 50 orang anak yatim, putera dan puteri sekitar umur 7 hingga 18 tahun. Walaupun anak-anak kecil ini sudah tidak mempunyai ayah mahupun ibu, namun akhlaknya.. Subhaanallah! 'Nakal' itu sememangnya sifat seorang kanak-kanak, tetapi mereka cukup beradab. ^_^

Seperti biasa, sesi Ice-Breaking dimulakan dan dikendalikan oleh sahabat saya Mohd. Sofwan Sulaiman yang sememangnya terkenal dengan kebolehannya berinteraksi dengan kanak-kanak


 Sesi LDK yang dikendalikan oleh sahabat saya Shaima' Arsyad dan Zafiqah Mardin bersama adik-adik muslimat yang solehah, Insyallah..


 Sudah dua kali berturut-turut mendapat adik-adik lelaki dalam slot LDK .. ^_^


Sesi latihan dalam kumpulan bersama adik-adik muslimin


Sesi ceramah yang disampaikan oleh Saudara Lasafarudi Lahadi yang menyentuh tentang ibadah,
 khususnya ibadah solat dan kesilapan-kesilapan yang jarang diperhatikan oleh umat Islam


Slot LDK kedua.. Praktikal solat bersama adik-adik muslimat


Mutiara hikmah yang dititipkan oleh Ust.Abdul Razak.. 
'Sesungguhnya Allah swt bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang membuat kebaikan 16:128' ... 'Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan pendirianmu  47:7'
Kalam Allah ini acapkali didengari namun entah mengapa, pada hari itu ia benar-benar meresap di dalam hati-hati kami... Syukran Ustaz!


Mengukir satu lagi kenangan dan pengalaman bersama anak-anak kecil ini..


Seperti biasa, selesai sahaja sesi penyampaian sumbangan kepada R.A.Y Al-Aman, kami pun beredar. Perasaan sedih,gembira dan sayu bercampur-baur di dalam diri kami. Semoga jika ada peluang, kami akan bertemu lagi.. Insyallah..

Alhamdulillah~




No comments:

Post a Comment