Friday, March 12, 2010

Rentetan daripada pentaklifan baru..'Amar Maaruf,Nahi Mungkar!'

Mengajak kepada yang ma’ruf dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar.
Salah satu tanggungjawab semua,kearah menegakkan syariat dan agamaNya.
Apatah lagi di bahu mereka-mereka yang bergelar ‘Pelajar Pengajian Islam’.
Mengaji agama.
Faham agama.


Tetapi diamal?Belum tentu..
Mungkin ya,mungkin tidak..Ikut mood..
Memberi contoh teladan yang baik sahaja..entah kenapa berat sungguh!!
Solat berjemaah,menjaga amanah,saling menghormati..
Seringan itu,entah kenapa terasa sungguh berat!!Susah!!Malas!!Leceh!!
Sedangkan kalam dan perintahNya dibaca,sungguh!


{Taatlah kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin diantara kamu} An Nisa-59

Walhal,masyarakat sekeliling itu terus memerhati.
Mencari-cari seseorang yang ingin dijadikan contoh terdekat.
Mencari-cari seseorang yang boleh dijadikan idol.

{Hai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan}
As Saff:2-3

Usahlah menjadi FITNAH kepada institusi pengajian agama mu!
Usahlah menjadi FITNAH kepada masyarakat!
Usahlah menjadi FITNAH kepada para daie!
Usahlah menjadi FITNAH bagi agama tempat kau bersandar!

Menaqalkan sebuah pepatah Arab..

“ Barangsiapa memberi peringatan/nasihat dengan kalamnya maka,kelak kalamnya itu akan hilang.
Namun barangsiapa yang memberi peringatan dengan perbuatannya maka,anak panah itu akan tepat mengenai sasarannya”.

Astaghfirullahi lie walakum..
Wa nau’uzubillahi min zaalik~

3 comments:

  1. Salam ziarah sahabat ^_^ kenal aku lagi? hehe

    moga terus berjuang dalam menegakkan kalimah SYAHADAH di sana

    ReplyDelete
  2. Wsalam.mstila ingat.jumpa ja ndak,kn?ya.sama jg bt shbt dsana..sm2 bd0a,m0ga kaki ini thabat d jalanNYA..

    ReplyDelete
  3. Semoga menjadi pemimpin ikutan anak buah. InsyaAllah.

    ReplyDelete