Saturday, March 2, 2013

Puteriku Sayang (Mac) : 'Permata Solehah'

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu ini, merupakan minggu ujian bagi sekolah kami. Tiga madah dengan tujuh kelas, perlu disiapkan kertas soalannya kemudian diperiksa dengan kadar segera. Mungkin dek kerana itulah, persediaan saya untuk berprogram bersama mereka pada bulan ini agak tidak tidak sempurna.
Ala kadar, asal ada.
Sampai suatu ketika, saya hampir membuat keputusan untuk menangguhnya pada tarikh lain. tapi bila difikir-fikir entah esok lusa mungkin ada perkara lain pula yang Allah rancangkan untuk kita.

Subhaanallah!
Ada ketikanya bila kita berasa tidak yakin dan kurang persediaan, akhirnya kita akan menyedari bahawa yang tinggal hanyalah kebergantungan dan tawakkal kita kepada ALLAH swt. Semua yang telah berlansung, tidak lain hanyalah kerana izin dan inayah dariNYA.. Alhamdulillah.


 Seperti kelazimannya, program dimulakan dengan solat Zohor berjemaah dan slot tazkirah yang bertajuk
'Diantara kaca dan permata'.


 Slot kedua : Pembentangan Kertas Kerja 'Wanita vs Muslimah'.
Terhibur benar mereka dengan tayangan video Cik Beah Osem!


 Usai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami teruskan program dengan slot LDK: 'Salah Siapa?'
Semasa sesi menyalahkan diri sendiri, keadaan aman. Tetapi sebaik sehaja sesi 'menembak' dibuka, semua muslimat-muslimat ini menjadi power puff girl!  Semangat menembak dan defend diri sendiri!


 Alhamdulillah setelah sama-sama bangun awal subuh tadi untuk Qiamullail, para puteri ini beriadah di dataran kawasan sekolah.


 Dalam usaha untuk menjadi muslimah solehah, jalinan ukhuwah sesama mereka juga memainkan peranan yang sangat penting. Semoga 'Ulat Ukhuwah' ini dapat membantu dalam menyuburkan lagi bibit-bibit mawaddah dan mahabbah sesama muslimah. ^_^


 Semua bersemangat mahu menang!


Aktiviti riadah kedua yang dikendalikan oleh pelajar senior.


Mereka ini adalah diantara kakak-kakak senior yang menetap di aspuri. Tanpa bantuan mereka, saya tidak akan mampu mengendalikannya seorang diri. Dari bab makan saya, pengurusan teknikal dan belakang tabir, merekalah yang banyak membantu. Setinggi-tinggi ucapan syukran jazilan dari ustazah buat kalian semua. ^_^


Slot penutupan diakhiri dengan laungan qasidah, doa wehdah dan sesi bersalaman.


Dalam banyak-banyak foto yang diambil, saya yang paling berkenan dengan gambar ini untuk diabadikan sebagai primer photo bagi Puteriku Sayang bulan ini.


Menghela nafas panjang..

'Alhamdulillah..Alhamdulillah..'


3 comments:

  1. Teruskan usaha... ^_^ Allah bersama Kalian...

    ReplyDelete
  2. Teruskan Usaha Kalian..
    insyaAllah, Allah membantu Kalian Semua....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Terima kasih banyak atas sokongan dan taujihat dari saudara. =)

    ReplyDelete