Wednesday, March 20, 2013

Sukan Muhibah Sekolah-Sekolah JHEAINS Kali Ke-9

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.

Satu lagi tugasan luar telah pun selesai dan berjalan dengan baik.
Saya,Ustazah Filzah Haziyah bersama 2 orang lagi guru lelaki telah ditugaskan sebagai guru pengiring bagi membawa pelajar-pelajar SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut untuk menyertai kejohanan sukan sekolah-sekolah agama JHEAINS yang lazimnya akan diadakan pada saban tahun.

Tahun ini, tuan rumah bagi kejohanan ini adalah SMAI Pantai Manis,Papar. 
Diantara sekolah-sekolah yang turut serta bagi memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini adalah SMAI.Tambunan, SMAI.Beaufort, SMAN. Toh Puan Hajah Rahmah,Kinarut, Maahad Tahfiz dan SMAI.Pantai Manis,Papar sendiri.

Alhamdulillah, tahun ini tiada lagi insiden seperti pergaduhan dan perbalahan diantara sekolah-sekolah berlaku. Kerana dari apa yang saya sendiri dengar, sebelum ini ada sahaja isu yang menjadi bual mulut, seusai kejohanan ini. 

Syukur. Segala puji hanyalah bagi Allah swt yang menyatukan hati-hati manusia.

Menurut pendapat saya, begitulah yang sepatutnya. Namanya sahaja  pun sudah Sukan Muhibah. Sewajarnyalah  saat ini menjadi  peluang terbaik bagi semua pelajar yang berlainan sekolah saling berkenalan dan menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka dan bukan yang sebaliknya.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, mempertaruhkan puluhan pingat dari pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, lompat tinggi, lompat jauh,badminton, ping pong dan acara balapan.

Walaupun agak keletihan, saya dapat lihat para pelajar ini berasa seronok dan teruja dengan penyertaan pada kali ini.

 Diantara sukan yang terawal dipertandingkan ialah bola tampar bagi kategori Puteri (A) dan (B)
Tahniah bagi kumpulan puteri (B) TPHR yang telah berjaya menjadi johan menumpaskan pasukan lawan yang lain!


 Ke mana sahaja kita berada, adab dan akhlak diutamakan.
Puteri-Puteriku Sayang yang solehah..^_^


 Indoor Games..Ping Pong!
Wakil double dari SMAN.TPHR


 Diantara pemain-pemain bola jaring menengah bawah


 Kejohan kali ini lebih istimewa dengan penyertaan dari pelajar-pelajar Maahad Tahfiz yang turut memberi saingan hebat!


 Pasukan bola tampar lelaki TPHR yang berjaya merangkul pingat gangsa 


Sebahagian pelajar-pelajar dari sekolah SMAI.Beaufort


 Atlet-atlet balapan bersaing hebat sesama mereka.


 Majlis perasmian penutupan kejohanan sukan kali ke-9


 Walaupun yang besar kami tidak mampu miliki,
yang kecil-kecil pun jadilaaahhh...^_^ 


 Alhamdulillah.. Tempat ke-3 pun ok!
Tahniah kepada semua atlet SMAN. Toh Puan!


Jumlah sebenar pelajar yang menyertai kejohanan ini lebih kurang 90 orang. Tapi ini sahaja yang sempat bergambar bersama kami.


Mula-mula diajak buat tangan '1 Malaysia'. Tapi tiada kaitan!
Jadi..'Kami gembira bah dapat nombor 3!' ^___^ 


Menghadiri kejohanan ini membuatkan saya banyak berfikir dan melihat.
Hinggakan akan ada entri mengenainya akan menyusul InsyaAllah
Apapun, Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada semua atlet SMAN. Toh Puan Hajah Rahmah yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh!

'Syukran Jazilan, Pasha!!!!'

No comments:

Post a Comment