Saturday, February 2, 2013

Puteriku Sayang (Februari) : 'Baginda Idola Kami!'

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah swt, perancangan yang telah diatur telah pun berjalan dengan lancar dengan izin Allah swt. Pada tahun lalu, program Puteriku Sayang yang hanya dapat diadakan sekali sahaja, adalah satu program terbuka tanpa anjuran mana-mana kelab ketika itu. Di tahun kedua saya berkhidmat di sekolah ini, saya mengambil keputusan dan peluang  untuk menjadikannya satu program khas buat pelajar puteri di bawah anjuran Kelab Halaqah Ilmiah sekolah, memandangkan saya juga ditaklifkan untuk menjadi guru penasihat bagi kelab ini.

'Baginda Idola Kami!' adalah tema yang telah dipilih untuk bulan ini bersempena bulan kelahiran Rasulullah saw dan juga semangat sambutan Maulidur Rasul yang masih tersisa dikalangan kami. Seperti tahun yang sudah, Puteriku Sayang diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Aspuri dan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah sendiri.

Jumaat (1.2.2013).
Program kami bermula dengan solat Zohor berjemaah dan slot tazkirah yang diadakan di surau sekolah.
Usai para pelajar menjamah makanan tengahari, program diteruskan dengan slot pembahagian kumpulan dan pencarian trademark terbaik bagi kumpulan masing-masing. Ternyata tahun ini jumlah peserta adalah lebih ramai berbanding tahun lalu. Oleh kerana itu, kesemuanya ada 12 buah kumpulan dengan ahli seramai 10-11 orang. Kumpulan pada tahun ini adalah seperti yang berikut :

1. Kumpulan Humairah :  'Kami cinta Rasulullah!'
2.Kumpulan Siti Hajar :  'Jihad..Fi sabilillah!'
3. Kumpulan Fatimah Az-Zahra :  'Muslimah..Fight for Islam! InsyaAllah!'
4. Kumpulan Srikandi Asiah :  'Jihad,Allahu Akbar!'
5. Kumpulan Zinnirah :  'Zinnirah..Subhaanallah!'
6. Kumpulan Srikandi Aishah :  'Hayya bil Jihad2x..Takbir!'
7. Kumpulan Rabiatul Adawiyah :  'Islam is our way..!'
8. Kumpulan Sumayyah :  'Sumayyah..InsyaAllah boleh! Takbir!'
9. Kumpulan Srikandi Mashitah :  'Muslimah..Siapa kita? Mashita!'
10. Kumpulan Ainul Mardiyah :  'Be a great Muslimah!'
11. Kumpulan Siti Khadijah :  'Kami mukmimah sejati!'
12. Kumpulan Maryam al-Batul :  'Kami cinta Allah..Takbir! Kami cinta Rasulullah..Selawat!!'


LDK 1: Insan Teragung.
Setiap kumpulan diminta untuk berkongsi satu cerita/sirah mengenai Rasulullah yang mana membawa satu contoh sifat dan akhlak mulia Rasulullah saw yang boleh kita contohi.


Selesai LDK 1, kami berqasidah.
Ya, mereka nampak sangat berminat dan mula menyukainya! Saya memperkenalkan mereka dengan burdah Ya Hanana dan Solatun Mubin.. Dan favorite mereka...'Solaaatun..bissalamil mubin..' ^_^


Bagi saya, mereka bukan sekadar pelajar yang saya ajar di dalam kelas..


Tetapi, mereka sudah saya anggap seperti adik-beradik saya sendiri..


Doa saya..
Semoga Allah menjadikan mereka semua segolongan muslimah yang solehah dan berjaya bukan sekadar dalam bidang akademik, tetapi juga cemerlang dari sudut syakhsiahnya. Amin~


 Setelah tentatif hari pertama diakhiri dengan slot muhasabah, hari kedua pula dimulakan dengan Qiammulail, dan solat Subuh yang mengambil tempat di surau sekolah bersama-sama pelajar putera.


 Riadah Muslimah : Dimulakan dengan sesi warming up dan jogging
Game pertama: '1..2.. Allahu Akbar!!'


Game 2: 'Di mana ia..??'
Setiap kumpulan perlu membahagikan kumpulan kepada dua bahagian. Sebahagiannya perlu berlari mencari klu dan lainnya perlu menjawab soalan kuiz 'Kenali Rasulullah saw!'


 Antara wakil-wakil peserta kuiz ^_^


Walaupun kesemuanya ada 12 kumpulan, tetapi para peserta perlu mencari hanya 3 klu sahaja yang telah disembunyikan. Kumpulan yang terpantas dan terhebat, telah pun menemuinya!
'Rasulullah saw idola dan mentor kami..!!'


Sesi penutupan diadakan setelah mereka penat beriadah.
Rata-rata mereka berasa gembira dengan penganjuran program sebegini. Dan harapan mereka supaya Puteriku Sayang diadakan dengan lebih kerap ataupun sebulan sekali. Di samping itu juga.. 
'Lain kali lama la sikit ustazah kita buat..3 hari 2 malam ka gitu.. =)'
Saya : 'Gulpp..InsyaAllah..InsyaAllah..' ^__^


Atas permintaan mereka, kami berqasidah lagi sebelum program melabuhkan tirainya.
Dan akhir sekali, kami sama-sama membaca doa Wehdah.
Ya Allah, semoga hati-hati para puteri ini saling bertaut dan mempunyai matlamat yang satu untuk Islam.


Kenangan..Program Puteriku Sayang bersama lebih kurang 120 orang pelajar puteri
SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut.
Alhamdulillah..~


Secara peribadinya, saya berterima kasih banyak kepada guru-guru yang memberikan sokongan kepada saya untuk menjayakan program baik untuk mereka-mereka ini. Tidak lupa, kepada ajk Kelab Halaqah Ilmiah dan pelajar senior puteri-puteri tingkatan 5 dan 6 yang sangat banyak membantu saya. Tanpa mereka, saya tidak akan mampu untuk merealisasikan program ini.

InsyaAllah, jika Allah swt memberikan kelapangan waktu dan kudrat, semoga kita akan ditemukan lagi di dalam program yang akan datang. Sesungguhnya segala yang baik itu semuanya datang dari DIA, Allah swt yang maha Pemurah.

Terima kasih, Allah!


No comments:

Post a Comment