Monday, July 27, 2009

Pesanan Imam Al-Ghazali



TEMPOH hari,Ina dan Kak Laha ke Maktabah Darul Salam yang bertempat di Hayyu Sabie’.Bila sudah sampai ke bookstore ni mesti ada saja yang dibeli.Kali ini, Ina ingin berkongsi salah satu buku yang Ina telah beli yang bertajuk ‘Letter from Imam Ghazali to One of His Students’.Sebelum kita mengamati setiap bait kata-kata dan nasihat beliau,adalah lebih baik rasanya kita berkenalan dahulu serba sedikit tentang syakhsiah diri beliau.

Imam Al Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal bukan sahaja di kalangan orang Islam malah di kalangan orang bukan Islam.
Nama penuh beliau adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al Ghazali Al Tusi As Syafie dan beliau lahir di kota Tus yang terletak di negeri Kurasan.
Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah,akidah,fiqh,ilmu kalam.Tasawwuf,pendidikan ,politik dan sebagainya.
Imam Al Ghazali lahir dalam keluarga yang miskin tetapi kuat pegangan agamanya.Semasa hayatnya Imam Al Ghazali banyak memperkatakan mengenai pendidikan,dalam konteks kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu.

Di antara pesanan beliau kepada anak muridnya :

  • ‘Wahai anak,adalah mudah untuk kita memberi nasihat.Tetapi sukar untuk menerimanya kerana ianya pahit.Terutamanya bagi mereka yang mengikut dorongan hati dan nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang.’

  • ‘Wahai anak,Janganlah berhenti dari melakukan amal-amal kebaikan,jagalah ibadahmu,dan pastikan ilmu yang engkau pelajari digunakan sebaiknya.’
    Imam Ghazali memberi perumpamaan,’Seorang pahlawan yang berhadapan dengan seekor singa dan dia membawa 10 pedang dan senjata lain.Persoalannya adakah senjata-senjata tadi akan dapat mengelakkan dirinya daripada ditimpa bahaya tanpa menggunakannya?’
    Jawapannya disini jelas.Ia tidak akan mampu melindungi pahlawan tadi tanpa menggunakan senjata tersebut.Begitulah juga halnya dengan ilmu.’

  • ‘Wahai anak,biarpun kau habiskan 100 tahun dengan menimba ilmu dan mengumpul ratusan kitab,engkau tidak akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah kecuali dengan engkau melakukan amalan-amalan kebaikan’.
    Allah berfirman mafhumnya : “dan bahwasanya seorang manusia tiada akan memperoleh selain daripada apa yang telah diusahakannya” (53 :39)

  • ‘Wahai anak,hiduplah sebagaimana hidup yang engkau mahu,tetapi ingat yang engkau tidak akan dapat mengelakkan mati.Sayangilah sesiapa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi ingat yang engkau akan dipisahkan dari mereka.Lakukanlah apa yang engkau mahu,tetapi ingatlah bahawa setiap tindak tandukmu akan dihitung kelak.’


  • 'Wahai anak,ingatlah sesungguhnya Luqmanul Hakim telah menasihati anaknya,'Wahai anakku,janganlah engkau biarkan ayam jantan itu lebih cerdik darimu.Di ketika ia berkokok tika dini hari,sedangkan engkau masih lagi tidur'.

  • ‘Wahai anak,apa yang engkau perolehi daripada ilmu falsafah,pertengkaran,ilmu perubatan,bait-bait sajak,ilmu angkasawan dan sebagainya,melainkan hanya membuang masa mu??Telah disebut di dalam kitab Injil yang telah diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s “Dari saat sesorang yang mati itu diletakkan di dalam keranda dan sehinggalah dia dibawa ke kuburnya,Allah swt akan menanyakannya 40 soalan.Dan yang pertama ‘Wahai hambaku,kau telah mengabdikan dirimu selama bertahun-tahun untuk meraih pujian dari manusia.Padahal engkau tidak pernah luangkan sejam pun untuk Ku,sedangkan setiap hari aku melihat ke dalam hatimu.Kenapa engkau boleh melakukan semua ini untuk manusia lain,tetapi tidak untuk Ku?Sedangkan engkau dilimpahi dengan rahmat dan kurniaan Ku?Adakah engkau tuli atau tidak berakal??’

  • ‘Wahai anak,berilmu tanpa beramal adalah satu kegilaan.Dan beramal tanpa ilmu adalah mustahil.Berilmu tentang sesuatu,tetapi ia tidak menghalangmu dari melakukan dosa,dan tidak menambahkan ketaatanmu,sesungguhnya ia tidak akan dapat menghalangmu dari api neraka.Dan sekiranya engkau tidak melakukan kebaikan pada hari ini dan menyesali masa lampaumu,maka kau akan menyesal di Hari Akhirat kelak.’

  • ‘Wahai anak,berapa malam telah kau luangkan masamu untuk membaca buku,dan ia menghalangmu dari tidur?Sesungguhnya aku tidak tahu apa alasan disebalik semua ini.Berdukacitalah ke atas dirimu jika ia adalah untuk meraih kesenangan di dunia,membuatmu bangga diri,berikutan kedudukan tinggi dan pangkatmu dan membuatmu bermegah-megah di hadapan temanmu.Semoga rahmat Allah bersamamu jika tujuanmu tadi adalah untuk menghidupkan agama yang dibawa oleh Muhammad saw,memperbaiki akhlakmu,dan menundukkan jiwamu yang mengajak kepada kejahatan’.

Wallahu Subhanahuwa Taala A'lam~

No comments:

Post a Comment