Saturday, June 25, 2011

Anaaqatun Nafsiah

Buku kecil ini pemberiannya sebagai hadiah bersempena ulangtahun kelahiranku minggu lepas. Annaqatun Nafsiah (Keanggunan Peribadi). Begitu tajuk buku ini.


Awal-awal lagi, penulis buku ini menegur sifat kita (perempuan khususnya), yang mana tatkala ingin menghadiri majlis atau keraian tertentu, seringkali kita akan memilih pakaian,perhiasan dan wangian terbaik bagi menyerlahkan keperibadian kita dihadapan orang ramai. Tetapi menurutnya, sebenarnya kita lupa. Kita lupa bahawa 'keanggunan dalaman' itulah yang lebih utama untuk kita perhatikan. Ini kerana, keanggunan luaran hanya bersandarkan waktu semata yang tentunya akan berlalu pergi, sedangkan keanggunan dalaman/peribadi/akhlak itulah yang lebih kekal bersama kita.

Menyoroti buku ini, penulis menyatakan langkah-langkah awal dan basic untuk mencantikkan lagi kepribadian seorang gadis. Diselangi dengan potongan ayat Al Quran dan Hadith, menjadikan buku ini akan membuatkan para pembaca kembali menyelusuri topik ini dari sudut pandangan agama.

Kata-kata mutiara dan famous quotes dari individu tertentu yang menghiasi buku ini sejak awal hinggalah ke akhirnya juga amat menarik perhatian saya. Antaranya ialah ungkapan yang berbunyi..

'Orang yang hidup untuk dirinya sendiri sesungguhnya akan hidup dalam keadaan senang lenang, tetapi kelak hidup dan matinya adalah kecil (nilainya).. Tetapi orang yang hidup untuk berbakti pada orang lain sesungguhnya dia akan hidup dalam keadaan yang memenatkan, tetapi kelak hidup dan matinya itu adalah besar (nilainya)'.

'Kitab ini hanya untuk kamu (gadis)!', begitu ujar penulis buku ini.

p/s: Buku kedua itu akan diulas kemudian..selepas imtihan,Insyallah =)

No comments:

Post a Comment