Thursday, January 24, 2013

Qiamullail Januari : 'Demi mu Rasulullah..'

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, terisi lagi hujung minggu saya ini dengan program Qiamulail bulanan anjuran PSS dan KRU Putatan. Walaubagaimana pun, tidak banyak yang mampu dicoretkan di dalam entri kali ini kerana kesibukan saya yang menghimpit dibelakang tabir itu.

Adik-adik KRU Putatan pula, nampaknya sudah semakin gagah untuk berdiri sendiri dalam menganjurkan program-program sebegini. Walaupun masih ada kekurangan dari beberapa sudut, tetapi kami yakin mereka akan mampu mempelajari dan memahami cara untuk mengendalikan program tarbiyah sebegini sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan merekalah yang akan menjadi harapan ummah di kawasan kami ini dan seterusnya menjadi pemuda-pemudi yang dibanggakan oleh Rasulullah saw.

Allahumma Aamin..

Sesi penutupan yang sentiasa menceriakan setiap peserta ^_^ 


 Golongan muslimin dan muslimat yang menjadi peserta Qiamulail Januari 2013 : 'Demi mu Rasulullah'.


 Kami juga dihiburkan dengan persembahan selawat dan burdah dari kumpulan Non-Stop Daie Anthem yang sangat mengharukan. Tahniah, adik-adik KRU! ^_^


 QIAMULLAIL PERDANA PSS & KRU PUTATAN
19-20 Januari 2013
SMK. Tansau, Putatan


Kenangan pertama di tahun 2013..
Mudah-mudahan saya berkesempatan untuk menyertai lagi 11 program Qiam yang akan datang.. Amin...


Taqabballahu minna wa minkum..



No comments:

Post a Comment