Sunday, June 19, 2011

'Semoga Panjang Umur'

Saban tahun, ucapan yang diterima tidak lari daripada ayat tersebut.
‘Semoga dipanjangkan umur..'

Apalah ertinya mempunyai umur yang panjang??

Seandainya umur tersebut tidak lain hanya menambahkan dosa dan mengurangkan pahala seorang hamba? Seandainya umur tersebut hanya membuatkan kita lalai dan alpa dengan keduniaan? Seandainya kita gagal memanfaatkannya dengan menambahkan amal ibadat untuk mencapai redha dan berkat pada usia tersebut?

Kalaulah umur yang panjang itu hanya membuatkan kita semakin jauh dari Allah swt, hanya membuatkan kita menambah saham dosa berbanding pahala, lantas pendek umur itulah yang terbaik!

Sangat teringin makan kek..but it's ok..halawah ni pun sedap juga..~

‘Semoga dipanjangkan umur dengan keberkatan’..

'Panjang' bukan sekadar dipanjangkan, tetapi dipenuhi keberkatan dan disulami bersama ketaatan. Manifestasi rasa syukur seorang hamba di atas satu lagi nikmat TuhanNya yang besar.

Dipanjangkan usia tadi yakni dengan ditambah kualitinya. Usia masih sama, tetapi pengisiannya padat dengan amalan-amalan yang menjana pahala berganda. Sehingga dengan itu, seolah-olah umur tadi telah dipanjangkan.

TIP-TIP PANJANG UMUR

1) Amal Jariah

Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya: ( Apabila meninggal anak cucu Adam,maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak soleh yang berdoa untuknya) HR Ahmad

2) LailatulQadr

Hidup umat Muhammad tidaklah panjang sangat berbanding dengan umat terdahulu. Tetapi usia yang singkat ini merupakan satu rahmat, jika berhasil menemui malam LailatulQadr. Apa tidaknya, beribadah pada malam tersebut seumpama beribadah seribu tahun. Jadi, hidup kejap amalan berganda.

3) Silaturrahmi

Orang yang menyambung silaturrahmi akan dipanjangkan umurnya,InsyaAllah. Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya : ( Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi) HR Bukhari dan Muslim

Hakikat sebenar manyambung tali silaturrahmi ini ialah bukan sahaja berhubung dengan orang yang mempunyai hubungan baik dengan kita, tetapi yang paling utama adalah menyambung persaudaraan dengan orang yang memutuskan tali persaudaraan dengan kita.Inilah yang lebih utama dan berharga di sisi Allah.

4) Jiran Tetangga

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : ( Sesiapa yang diberi sifat lemah lembut,maka bahagiannya di dunia dan akhirat telah diberikan kepadanya. Silaturrahmi dan akhlak yang baik serta berbuat baik kepada jiran tetangga dapat meramaikan perkampungan dan memanjangkan umur) HR Ahmad dan Al Baihaqi

5) Berbuat Kebaikan

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : (Tidak ditolak qadak kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan) HR At Tirmidzi

Pemberian istimewa dari insan-insan tersayang.. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.. Syukran untuk semuanya...

6) Doa

Lastly,panjatkalah doa kepada Allah swt agar umur anda dipanjangkan. Bukan dengan lamanya hidup, tetapi dengan kualiti hidup. Apalah gunanya hayat yang panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Ada yang umurnya pendek tetapi pencapaiannya memberangsangkan! Yang mana mungkin menyamai orang yang telah hidup lama.

'Teringinnyaaa mau makan kek..p beli la kejap'..Belum sempat berdiri...Tingggggg~ Magic!! Syukran adik-adik 'YB' kakak..=P

Semoga kita semua dipanjangkan umur dengan keberkatan itu..Amin~

No comments:

Post a Comment