Monday, April 19, 2010

Cinta Berbalas!

Beberapa hari yang lepas seorang exco PSS (Persatuan Siswazah Sabah) telah menghubungi saya, ekoran pertanyaan dan langkah awal saya untuk men’taqdim’ mereka.Lagaknya seperti seorang gadis yang diterima cintanya..saya berasa sangat gembira~ ^_^

Kepulangan saya ke tanah air pada tahun 2008 yang lalu,saya lebih banyak meluangkan masa di rumah dan membantu ayah di kedai.Kali ini,Insyallah kepulangan saya ingin saya manfaatkan sepenuhnya bukan semata-mata untuk melepaskan rindu kepada keluarga tercinta tetapi juga dengan memberi manfaat kepada orang lain.InsyaAllah kita bertemu di sana!

http://siswazabah.blogspot.com/

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..~ Laskar Pelangi 2008

2 comments:

  1. Salam chenta.. selamat pulang berkhidmat ^_^ andai rindu ukhwah itu bisa di hidu, pasti aku dan kamu sentiasa merindu dek kewangiannya.. oleh kerana ia tidak punya bau, kita akan lebih sering rindu untuk merindu, kerna baunya sampai ke Syurga ^_^

    ReplyDelete
  2. Ukhuwah itu indah bila didasari oleh iman dan semata-mata mencari redha ALLAH..kalau ada rezeki mungkin kita dapat bertemu~syukran..

    ReplyDelete