Monday, April 12, 2010

Berteduh Di Kebun Cinta

Sebuah buku keluaran terbaru PMRAM yang saya ‘temui’ semasa menghadiri Muktamar Hewi PMRAM sesi 2009 kemarin.Bukan sebuah novel mahupun cerpen tetapi isi kandungannya cukup menyoroti 3 tajuk utama.

Motivasi,Cinta,Dakwah.


‘Penjelajahan’ baru bermula.Namun sudah cukup menarik perhatian pembaca.
Di sini,Ina ingin berkongsi beberapa rangkap yang terdapat di dalam buku ini.

Hidup ini umpama roda,sebagaimana kita mahu ada seseorang untuk menunjukkan kita jalan dan memperingatkan kita setiap kali alpa,begitu juga dengan orang-orang lain akan mengharapkan perkara yang sama’.

‘Inilah sunnah jalan perjuangan kita,berusaha ke arah kebaikan adalah jihad,mengajak orang lain berubah dengan usaha dakwah kita adalah jihad,menyumbang idea-idea membangunkan modal insan adalah jihad,tarbiyyah adalah jihad kerana semua ini hanya orang mempunyai mujahadah tinggi bisa melakukan anjakan’.

‘Bila terasa ringan melakukan kebaikan,berat melakukan kejahatan.Mudah merendah diri.Mudah rasa berdosa dan segera bertaubat.Tutur kata menjadi lembut dan senang sekali untuk membuat kebaikan.Maka,dengan mudah seorang hamba jatuh cinta kepada Maha Pencinta.Mudahkan…tapi perlu sedikit mujahadah,kerana hidup seorang pejuang di dunia adalah pahit kerana mahar cintaNYA di Syurga adalah manis’.



‘Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman.Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.Terlalu sayang,sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan,sudah ketara,tapi buat-buat lupa.Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama menjadi buta,gelap gelita.Ya,bila ujian Allah Taala datang mendidik diri,baru tersedar,baru terngadah.Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha,terima hakikat’.

Wahai sahabatku,janganlah bermimpi untuk bercouple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala,Nabi dan keluarga.Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan,mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain.Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim’.

*Temui penulis buku ini di www.puteraazhari.blogspot.com

:: Baru melewati laman 58.Akan bersambung,Insyallah..
Bagi sahabat sahabiah yang berada di Perlembahan Nil ini mungkin bolehlah mendapatkan buku ini di markaz-markaz PMRAM yang terdekat.




No comments:

Post a Comment