Tuesday, May 26, 2009

'Aku Pun Tahu'

HARI tu merupakan hari kedua Ina selesai menduduki Imtihan madah kedua.Perjalanan pulang dari kuliah seperti biasa.Berjalan kaki.Entah kenapa Ina agak penat hari itu.Mungkin kerana cuaca panas sudah mula merasakan bahangnya.Niat hati,sesampai saja di rumah mahu merehatkan diri.Tidur.Tika berbaring, terpandang sebuah novel yang tersusun kemas diatas meja yang sudah agak lama dibeli.Tapi belum sempat Ina baca.Bak kata seorang senior disini,’Time-time imtihan ni lah baru rasa mau baca buku-buku lain yang tiada kaitan dengan imtihan’..heheh.Ina tersenyum sendiri mengingat kata-kata itu.

'Aku Pun Tahu’ dicapai.Sebuah antologi cerpen yang memuatkan 13 karya penulis.

Petang itu Ina cuma membaca 4 karya.Tetapi kesannya agak dalam terhadap diri Ina.Salah satunya membuatkan air mata ini menitis tanpa disedari.Kisah yang menyentuh tentang kasih sayang seorang abang kepada adiknya meruntun jiwa.Selesai.


Beralih ke cerpen yang lain.Berbeza dari yang sebelumnya,kali ini Ina merasa seolah-olah diri ini menjadi watak utama dalam kisah tersebut.Sesungguhnya…Ina berada dalam situasi tersebut pada ketika itu.Air mata mengalir deras tanpa dipinta.Seusai menghabiskan cerpen tadi,diri berasa tidak tenang.Risau.Sedih.Gusar.Bingung.Sepanjang petang.Diri tidak putus-putus melafaz Istighfar.


Malam itu,diri bertekad.Berusaha memujuk diri.Haqq itu Haqq.Dan yang Batil adalah Batil.Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui akan perihal hambanya.Diri diberi kekuatan.Kekuatan untuk menyuarakan apa yang terpendam di hati.Walaupun diri ini mengerti dan menyedari bahawa natijah kemudiannya mungkin tidak seperti yang diinginkan,namun ingin tetap diluahkan juga.Kata-kata seorang Ustazah ketika menghadiri sebuah majlis ilmu satu ketika dulu,terngiang-ngiang di telinga.’Utamakan kebenaran dan keikhlasan berbanding kemaslahatan’.Manik jernih di hujung mata mengalir lagi.Alhamdulillah,pada malam itu diri cuba memulakan semula sesuatu yang telah pun bermula.Tetapi kali ini, ada landasan yang wajib diikuti sepanjang perjalanan tersebut.Diri mengakui,mungkin Ina tidak sekuat insan lain,namun padaNya dimohon diberi kekuatan dan kesabaran.

Sebenarnya daripada cerpen itu,ia mengajar dan menginsafi diri Ina sendiri.Memang benar.Diri ini bukan sebaik mana.Bukan sewarak mana.Dan bukan juga sethiqah mana.Tetapi apabila harapan dan keimanan itu diletakkan setingginya kepada Azza Wajalla,Insyallah Ina percaya, DIA tidak akan menghampakan hamba-hambaNya.Sedarilah bahawasanya memang kita selalu berusaha untuk menjaga diri ini daripada melakukan dosa-dosa yang akan mengundang kemurkaan Allah.Tetapi sebagai insan yang lemah,adakalanya diri terlupa,terleka dan tanpa disedari telah melakukan dosa yang tidak terniat.Oleh itu,bermuhasabahlah selalu.Moga kita sentiasa berada di atas landasan Syariatnya yang benar.

Pada dia,
Ucapan terima kasih lahir dari hati,
Harapan diri,
Pimpinlah tika aku terbuai mimpi..

Kepada Mu Rabbi,
Ampunkan dosa yang tidak ku sedari,
Tiada apa yang mampu ku lafazkan lagi,
Kerana Sesungguhnya,
Engkaulah Yang Maha Mengetahui...

3 comments:

  1. belum beli lagi...cam malas plak suda mau baca genre gitu...hehe...ada belek2 sket la...not bad...
    kasi pinjam nanti aaa....jgn lokek...^_^

    ReplyDelete
  2. smart gambar novel 2..xsia2 usaha kn..pujian harus dberikan pd tukang snap..kn?kn?kn?

    ReplyDelete