Tuesday, May 26, 2009

Sekalung Tahniah Buat Kakak


Ucapan Alfu Mabruk buat kakak tersayang,atas kejayaannya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Bussiness Studies yang akan diadakan pada 27 Mei 09 ini.Kenangan beberapa tahun lalu, apabila kami sekeluarga sama-sama menghadiri Majlis Konvokesyennya di UiTM,Shah Alam di peringkat Diploma mengusik hati yang dibebani rindu.Saat yang sungguh mengembirakan pabila dapat meraikan hari yang penting sebegini bersama keluarga tercinta.Walaupun tahun ini kami tidak dapat meraikannya bersama tetapi doa dan ingatan ini sentiasa bersama kalian.


Berbeza dari kakak,Ina seorang Mahasiswi Azhariah yang nun jauh dari keluarga.Jauh dari ayah dan ibu.Jauh dari adik-beradik yang lain.Diri pernah menyulam angan-angan..’Alangkah indahnya..jika saat Ina pula satu hari nanti,ayah ibu dan adik-beradik juga turut ada bersama di sisi.Sama-sama berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan di saat itu.’Indahnya..tapi its ok.Kalau ada rezeki,tiada yang mustahil walau jauh terpisah benua..InsyaAllah… Disebabkan angan-angan itulah yang terus meniup semangat dan menghidupkan cita-cita Ina hingga saat ini.Ayah Ibu, syukran atas segala pengorbanan selama ini dan kasih-sayang yang dicurahkan.Insyallah Ina akan belajar bersungguh-sungguh dan Ina mahu ayah dan ibu tahu,doa dan restu ayah ibu amat bermakna buat Ina.Sesungguhnya redha Allah itu juga datang daripada redha ayah dan ibu.

Pengembaraan dalam mencari ilmu itu bukanlah terhenti apabila Ijazah sudah berjaya digenggam.Sebaliknya, pegembaraan ini tidak akan pernah terhenti.Tidak akan ada noktah dan garis penamatnya.Ujian dan cabaran sudah tentu akan mengiringi tiap langkah yang diambil.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memegang title Azhari dan Azhariah,cabaran sebenar hanya akan bermula ketika kita sudah kembali ke Tanah Air.Cabaran untuk memulakan misi dakwah,tarbiyyah,taalim dan berhadapan dengan masyarakat sekeliling.Oleh itu,persiapkanlah diri sebaiknya untuk menghadapi hari mendatang. Semoga pengembaraan ini akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt,kerana melaluinya,kita akan sedar bahawa sesungguhnya kita hanya hambaNya yang lemah.Semakin banyak yang kita tahu,sebenarnya semakin banyak ilmuNya yang kita masih belum kita terokai.



Allah berfirman di dalam Kitabnya : { Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta,ditambahkan lagi tujuh lautan setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya kalimat Allah (ilmuNya dan hikmahNya).Sesungguhnya Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana} (Luqman : 27)


*Akhir kata,sekali lagi tahniah buat Kak Ieja!!Wish u all the best in your future..!!!(Ermm..Bila mau dapat abang ipar ni ar??Hehehe…)


With Love..Ur sister ^_^

1 comment:

  1. iya ba lina...nnt ko grade aku pon p sn klu aku ada peluang n kewangan yg mncukupi...

    ReplyDelete