Monday, June 8, 2009

Ruginya berdakwah tanpa hikmah


DUA orang jiran.Seorang Islam dan seorang lagi Kristian.Kedua-duanya sangat akrab.Masing-masing saling mengambil berat di antara satu sama lain.Jadi mereka saling bertanya khabar dan sering bertukar pandangan dari masa ke semasa.Jiran yang beragama Islam,sebagai seorang yang beragama dan warak menceritakan yang terbaik mengenai agama Islam sehingga akhirnya jiran Kristiannya memeluk Islam.Malam tersebut berlalu dan masuk ke dinihari.Jiran Kristian yang kini,adalah saudara baru terdengar ketukan kuat di pintu rumahnya.

Dalam nada yang terkejut dan resah,beliau bertanya dengan kuat :
‘Siapa itu?’

Dari arah belakang terdengar suara yang kuat, ‘Saya adalah si polan,si polan’ memperkenalkan dirinya.

Beliau adalah jiran Islam tadi yang mendapat penghormatan kerana mengislamkannya.

'Apakah yang awak kehendaki pada waktu lewat begini?’

‘’Cepat pakai baju dan ambil wudhuk,kita ke masjid sama-sama’.

Maka saudara baru pun mengambil wudhuk untuk pertama kali dalam hidupnya dan keluar ke masjid bersama-sama sahabat Islamnya.Mereka tiba awal,sebelum waktu solat.Ia adalah waktu bersembahyang sunat (selepas dua pertiga malam).Mereka bersembahyang sehingga waktu fajar,masa untuk bersembahyang solat wajib Subuh.Mereka bersembahyang Subuh dan kemudian berzikir dan berdoa sehinggalah siang hari.Apabila saudara baru bangun untuk balik,sahabatnya menahan :

‘Awak nak ke mana?’

‘Saya hendak balik.Saya sudah solat Subuh.jadi tak ada apa lagi yang hendak di buat.’

‘Tunggu sekejap dan berzikirlah sehingga matahari naik,’kata sahabatnya.

‘Baiklah,’kata saudara baru.

Dia pun duduk dan berzikir sehingga matahari naik.Apabila dia bangun untuk balik,kawannya meletakkan Al Quran di tangannya dan berkata,’Bacalah sehingga matahari naik lebih tinggi sedikit.Dan saya nasihatkan awak berpuasa hari ini.Tidakkah awak tahu betapa tingginya nilai dan banyaknya manfaat puasa?’

Maka saudara baru itu pun menurut seperti apa yang disarankan oleh kawannya, dan beliau pun terus menbaca Al Quran sehinggalah hampir tengahari.

Jiran yang Islam berkata,’Sekarang hampir tengahari,adalah lebih baik kita mendirikan solat Zohor di masjid.’

Mereka pun bersembahyang Zohor bersama-sama di masjid.Kemudian jiran Islam berkata,’Dalam sedikit masa lagi akan masuk waktu Asar.Kita mesti menunaikannya tepat pada masanya.’

Sembahyang itu pun di tunaikan.Kemudian katanya lagi ,’Hari telah hampir petang’ dan saudara baru itu ditahan pula untuk sembahnyang Maghrib.Apabila saudara baru bangun untuk berbuka puasa,jirannya berkata ,’Ada satu lagi solat untyuk kita dirikan sebelum kita tidur.Namanya solat Isyak atau solat waktu tidur.’Mereka menanti hampir sejam untuk waktu Isyak.Selepas itu saudara baru pun bangun dan terus balik.

Keesokan harinya,pada masa yang sama pada waktu malamnya ,dia sekali lagi terdengar ketukan pintu rumahnya.

‘Siapa di sana?’

‘Saya adalah si polan,si polan.. jiran awak.Cepat pakai baju dan ambil wudhuk untuk ke masjid bersama-sama’.

Saudara baru tadi menjawab ,’Sebaik sahaja saya balik dari masjid semalam,saya terus menarik diri dari agama awak’.Tolong pergi dari rumah saya dan cari lelaki lain yang sempurna dan tidak ada apa yang untuk dilakukan di dunia,supaya dia boleh menghabiskan masanya di masjid.Saya adalah lelaki yang miskin dan punya anak isteri untuk di tanggung.Saya terpaksa bekerja untuk menampung hidup.

Imam Jaafar Sadique menceritakan kisah ini kepada sahabat-sahabatnya lalu berkata ,’Daripada kisah tadi seorang lelaki yang warak setelah mengislamkan seorang saudara baru,beliau sendiri yang menendang lelaki itu keluar dari Islam.Anda mesti memikirkan perkara ini dan tidak menganggu orang lain sesuka hati.Anda sepatutnya mengukur kekuatan seseorang dan kemampuannya dan bertindak sewajarnya,supaya mereka boleh tertarik kepada agama dan tidak melarikan diri selepas itu.Tidakkah anda tahu bahawa polisi orang-orang Umayyah adalah berdasarkan keganasan,penindasan dan intimidasi.Sedangkan cara dan kaedah kita adalah berdasarkan kepada kelembutan,persaudaraaan dan pujukan.’

(Sumber : Berdasarkan petikan The Muslim Reader vol.16,No.2 April-Jun 1998)

No comments:

Post a Comment