Sedih, kecewa dan hampa.
Ya!
Tapi berhenti belum lagi.
InsyaAllah kami akan terus thabat pada jalan dan perjuangan yang sama.
Kerana perjalanan ini didasari dan dipandu oleh Kitabullah dan Sunnah para kekasihNya.
Aku yakin pada itu.
Kepada semua sahabat-sahabiah, tahniah!
Usaha dan kesungguhan kalian, bukanlah percuma.
Ada 'harga' yang mahal telah Allah sediakan, andai kita benar-benar ikhlas.
Senyumlah!
Esok masih ada.
Sama-sama kita meneruskan langkah dengan penuh keyakinan dan semangat demi menegakkan agama Allah di bumi Malaysia!
TAKBIR!!
TAKBIR!!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
'" Kalam taujihat dari TGHA:
Dalam satu kezaliman yang dahsyat,sehingga rakyat menjadi bodoh,inilah zaman yang disebut oleh Rasulullah S.A.W :
ستأتي على الناس سنوات خداعة يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق. ويخان فيها الأمين ويؤتمن فيها الخائن ويتكلم الرويبضة.....
maksudnya: "Akan datang kpd manusia,tahun2 yang menggoda (tahun2 yg
menipu) tahun2 yang keliru, orang yang benar dikatakan bohong,orang
yang bohong dikatakan benar,orang yang amanah dikhianat dan golongan
pengkhianat diberi amanah.. dan golongan ruwaibidoh bercakap besar. dan
para sahabat bertanya,apa ruwaibidoh itu ya rasulullah? jwb rasulullah:
al ammatu tatakallamu bi amril khossoh.. iaitu orang awam yang tidak
tahu apa,tapi bercakap berkenaan perkara-perkara khusus yang besar dalam
bidang agama.
Inilah zaman yang kita hadapi hari ini,walaupun
demikian,Allah S.W.T memelihara agama islam,cahaya agama islam tak
boleh di padamakan walaupun di seluruh dunia hari ini, musuh-musuh islam
berusaha untuk memadamkan cahaya agama islam. Di Mesir, banyak
penangkapan, pemimpin2 islam bukan sahaja di tangkap, tapi di bicarakan
di mahkamah tentera,bukan mahakamah biasa,di Pakistan, kumpulan islam di
tekan dan di tindas, seluruh dunia,termasuk di negara kita juga sedang
di tekan dan di tindas,kita merasakan seolah-olah tidak boleh menang.
Bila lagi nak menang? Persoalan ini di sebut oleh Allah Taala dalam
quran yang bermaksud.. Adakah kamu mengira kamu boleh masuk syurga tuhan
dgn mudah padahal belum lagi datang kepada kamu ujian yang di hadapi
oleh mereka yang berjuang islam di zaman dulu.. Mereka menghadapi ujian
kesusahan dan kesengsaraan ada di antara mereka yang di bakar api,yang
di bunuh,yang dikambus hidup-hidup ,yang di belah dengan gergaji,ada di
antara mereka yang di penjara, dan lain-lain lagi.. Mereka di goncang
sehebat-hebatnya,sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman
bersama dengannya,bilakah datangnya pertolongan Allah.,? Bila lagi nk
menang? Maka Allah Taala menjawab,ingatlah pertolongan Allah itu
hampir..
Pertolongan Allah dekat,bila banyaknya ujian,itu
menandakan kemenangan dekat, itu tanda kemenangan dekat,akan banyaknya
ujian dan cubaan.. Seperti perempuan yang nak melahirkan anak. Sebelum
melahirkan anak, perempuan itu sakit,mengeluarkan darah, sakit, dan
mengeluarkan darah , selepas itu melahirkan anak.. Anak-anak yg nk
tumbuh gigi,dia demam, demam dulu,sakit,pastu tumbuh gigi.. Allah Taala
nak jadikn pohon getah,proses dia akan keluar susu selepas itu., Akan
brlakunya musim luruh,dilanda oleh ribut,oleh cuaca, sehingga luruh
daunnya,selepas itu, ia akan tumbuh keras dan akan mengeluarkan getah yg
banyak.
Ini peraturan yang Allah Taala jadikn. Begitulah
perjuangan islam. Apa yg kita alami, kesusahan, kepayahan,
berbagai-bagai perkara pada hari ini, bukan bermakna islam akan di
hapuskan, tapi maknanya islam akan menang.
HANYA MEREKA YANG SABAR DENGAN ISLAM,DIA BOLEH MENANG..!! TAKBIR...!!!
Petikan kalam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.."
ALLAHU AKBAR!
No comments:
Post a Comment