Sunday, February 6, 2011

Diari Revolusi : Perjalanan Sebuah Pengalaman (5)

6 Februari 2011

Alhamdulillah, kami yang masih berada di Mesir telah mendapat khabar bahawa rombongan pertama yang berlepas ke tanah air kemarin telah selamat sampai ke Sabah. Pagi tadi, rombongan kedua pula telah bergerak dan akan berlepas petang ini. Seramai 9 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan akan menemui keluarga mereka tidak lama lagi. InsyaAllah..

Wajah-wajah ceria mereka yang bakal berlepas hari ini..

Sekali lagi, kami selaku anak-anak Sabah di Mesir mengucapkan terima kasih kepada AJK bilik gerakan BKPSM yang diketuai oleh Ust Sabli Aliju yang telah berusaha untuk mendapatkan tiket balik dengan bantuan besar daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Insyallah, semua pelajar Sabah Mesir akan balik ke tanah air selewat-lewatnya pada 10hb Februari ini.

4 comments:

  1. alhamdulillah, kak! kak minta bah nombor malaysia akak. ble contact2 nanti. kan3x?

    ReplyDelete
  2. Wsalam dik. Yaa tula tu,lupa mau tukar2 no tpon. Kak baru sampai td pagi tp ada sdah pngln2 program. Nah, so keep in touch ya? =)

    ReplyDelete
  3. Ni no kakak.. 010-8452100. Miskol2 kakak t ya? Jaga diri bbaik~

    ReplyDelete