Sekiranya kita mencari glamor, sebenarnya kita ada banyak pilihan! Kita ada rancangan Mentor, Vokal (bukan sekadar rupa), Superstar, Pilih Kasih, Gadis Melayu, Uda & Dara dan sebagainya. Yang perempuan, lelaki disolek cantik, dengan pakaian yang agak terdedah, masuk TV.. Yes,you are right! You'll find what you exactlly want!
Akan tetapi wahai sahabat, sedarilah. Medan dakwah ini tentu sekali tidak mampu menjanjikan 'ganjaran' sedemikian rupa. Bahkan, ia sebenarnya sebuah perjalanan panjang yang memerlukan pengorbanan jiwa, raga, masa, tenaga dan harta. Oleh kerana itulah, jumlah kita tidak seramai mereka di luar sana. Tetapi kita tetap bahagia,bukan?
Seandainya tiba suatu ketika terdetik di hati kita untuk mencari istilah famous dan glamour itu, mungkin kita boleh mengambil ibrah dari kisah seorang sahabat Nabi Muhammad saw ini. Bersamalah kita hayati dan berusaha untuk menanamkannya di dalam hati-hati kita.
Bukan rupa yang menjadi ukuran, tetapi iman dan taqwa sahajalah yang dipandang Allah swt
Beberapa orang nama sahabat Rasulullah saw adalah lazim pada pendengaran kita disebabkan ketinggian iman mereka, kemurahan hati ataupun kerana kisah pengorbanan agung mereka untuk Islam. Walaupun begitu, mungkin juga ada beberapa nama yang jarang menjadi sebutan makhluk di bumi tetapi disebut-sebut oleh makhluk-Nya di langit.
Julaibib RA ialah pemuda miskin yang tidak berharta dan rupa. Hidupnya merempat. Suatu hari dia lalu di hadapan baginda Rasulullah SAW lalu ditegur lembut oleh baginda SAW' "Apa kamu tidak ingin berkahwin wahai Julaibib?"
Lalu responnya ringkas.
"Dengan siapa ya Rasulullah SAW? Siapakah orang yang sanggup mengahwinkan puterinya pada saya?"
Ya,siapalah yang sanggup mengahwinkan anaknya dengan pemuda hodoh dan hitam? Tiba di Madinah pula tanpa diketahui nasab keturunannya. Sedangkan tidak tahu nasab keturunan itu adalah satu kecacatan sosial bagi masyarakat arab. Kainnya usang. Pakaiannya lusuh. Kakinya pecah-pecah tak beralas. Tak ada rumah untuk berteduh. Tidur pula merempat berbantalkan tangan, berkasutkan pasir dan kerikil. Tidak ada harta. Minum hanya dari kolam umum yang diceduk dengan tapak tangan yang hitam dan kasar.
Abu Barzah, pemimpin Bani Aslam, pernah berkata tentang Julaibib, “Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kamu! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang mengerikan padanya!”
"Dengan siapa ya Rasulullah SAW? Adakah orang yang sanggup mengahwinkan puterinya pada saya?"
Ya, itulah jawapan Julaibib dengan penuh ketenangan tanpa sedikitpun tanda-tanda kesal dan kecewa. Jawapan dari seorang yang jiwanya penuh keimanan. Dia sentiasa berada di soff hadapan ketika solat jemaah ataupun peperangan. Hatinya penuh ketaqwaan dan kepasrahan, jiwanya adalah sarang kebahagiaan dan qonaah (merasa cukup dengan apa yang ada).
Hari berikutnya, ketika bertemu dengan Julaibib, Rasulullah bertanya lagi. “Julaibib, tidakkah engkau mahu berkahwin?”.
Dan Julaibib menjawab dengan jawaban yang sama. Begitu, begitu, begitu. Tiga kali. Tiga hari berturut-turut. Dan dihari ketiga itulah, Nabi SAW memegang lengan Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Ansar.
“Aku ingin...”, kata Rasulullah pada si empunya rumah, “menikahkan puterimu..”
“Betapa indahnya dan betapa barakahnya”, begitu si wali menjawab berseri-seri, mengira bahawa Nabi lah calon menantunya.
“Ooh.. Ya Rasulullah, ini sungguh akan menjadi cahaya yang menyingkirkan kesuraman di rumah kami.”
“Tetapi bukan untuk ku”, kata Rasulullah, “ku pinang puterimu untuk Julaibib.”
“Julaibib..?!” Nyaris terpekik ayah si gadis jelita itu.
“Ya. Untuk Julaibib.”
“Ya Rasulullah..." Terdengar helaan nafas berat.
“Saya harus berbincang dengan isteri saya tentang hal ini.”
“Dengan Julaibib?”, isterinya berseru.
“Bagaimana mungkin? Julaibib berwajah hodoh, tak bernasab, tak berkabilah, tak berpangkat, dan tak berharta. Demi Allah, tidak! Tidak akan pernah puteri kita dikahwinkan dengan Julaibib.”
Perdebatan itu tidak berlangsung lama. Si puteri dari balik tirai berkata dengan nada lembut, “Siapa yang meminta?”
Si ayah dan si ibu lalu memberi penjelasan.
“Apakah ibu dan ayah hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, kerana Rasulullah yang meminta, maka takkan ia akan membawa kehancuran dan kerugian bagiku”.
Si gadis yang solehah lalu membaca ayat ini : “Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (Al Ahzab : 36)
Dan Nabi saw dengan tertunduk berdoa untuk gadis solehah, “Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah..”
Akhirnya terbinalah rumahtangga di atas dasar iman. Sehinggalah seruan jihad berkemundang, lalu Julaibib seperti biasa menyahutnya tanpa ragu-ragu dan berat. Dia membunuh 7 orang kafir hingga dirinya sendiri syahid. Setelah selesai peperangan datang sahabat melaporkan nama-nama yang syahid tetapi ia terlupa melaporkan kesyahidan Julaibib. Ya, mungkin nama Julaibib tidak sepenting pejuang lain.Namun Rasulullah SAW merasai sedikit keanehan.
"Tapi aku merasa kehilangan Julaibib." Kata Rasulullah SAW. Lalu dicari hingga mereka menemui jenazah Julaibib dalam keadaan tertutup pasir. Lalu Rasulullah SAW membersihkan pasir dari wajahnya dengan tangan baginda yang mulia sambil bersabda:
"Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuh, kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu. Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu. Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu."
Itulah nilai Julaibib di sisi Rasulullah SAW dan itulah caranya Rasulullah menghargainya. Adakah yang lebih berharga dari pengiktirafan itu 'Engkau termasuk golongan ku dan aku termasuk golongan mu.' Dan Rasulullah saw mengulangi kalimah ini sebanyak tiga kali, lantas bukankah kalimah ini lebih bernilai berbanding langit dan bumi serta seisinya bagi mukmin yang mengharapkan populariti di sisi Allah SWT?
Mungkin kematian kita suatu hari nanti akan disolatkan oleh ratusan bahkan ribuan orang, kalau kita seorang yang terkenal. Tetapi adakah ribuan bahkan puluhan ribuan itu boleh menandingi solat dan doa Rasulullah SAW..?
Apa yang sebenarnya lebih penting?
Kita dikenali di bumi tetapi tidak dikenali dilangit ataupun kita tidak dikenali oleh manusia di bumi tetapi dikasihi dan dikenali oleh Allah swt dan RasulNya?
Dipersada medan dakwah ini, bukan popular yang kita dapat, bahkan kita berasa penat, letih dan tertekan mungkin lebih dari orang lain. Tetapi, cubalah untuk istiqamah di jalan ini. Kerana kita tahu, Allah swt dan RasulNya redha dengan kerja dakwah ini walaupun akhirnya kita tidaklah sepopular mereka.
Qulilhamdulillah..
No comments:
Post a Comment