Kenali Tentera Agama Allah!
Jom kenali Briged Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".
JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan
~ Israel dengan Shayetet 13,
Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang
berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai
Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam,
sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang
Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh
Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri
dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk
mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi
latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang
sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas
tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh
pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
"Objektif utama
penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada
penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh
tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad
dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila ditanya jumlah
tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya
enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan " Briged Al-Qassam ".
"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah
sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid.
Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi
menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka
berlakon keluar seperti orang biasa.
"Walaupun kami kehilangan
tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai
askar yang dapat diselamatkan," katanya.
Sudah menjadi perkara
biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana
serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
"Di
daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk
memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa
bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged
ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri
yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011.
Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat
sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki
Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu
demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai
peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang
sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai
pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan
daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan
peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad.
Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan
wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan
Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut
berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah
satu peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa
berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk
menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak
dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya
mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk
menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang
tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia,
beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati
syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada
peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.
SAVE GAZA, SAVE OUR PALESTINE !!!
No comments:
Post a Comment