Menurut kata mereka, sudah lama sambutan ini tidak diadakan berikutan beberapa kekangan yang berlaku. Oleh sebab itu, saya selaku 'adik' yang paling bongsu dalam keluarga besar ini tentu sekali berasa sangat gembira dan teruja dengan sambutan yang diadakan.
Beberapa tahun yang lalu, saya menjadi warga TPHR sebagai seorang pelajar yang duduk menimba ilmu daripada guru-guru di sini. Dan hari ini Alhamdulillah, Allah swt menghantar saya kembali ke sini. Kali ini, bukan sebagai seorang pelajar tetapi sebagai salah seorang warga pendidik pula. Pada zahirnya, orang luar melihat saya dan mereka sebagai rakan sejawat ataupun rakan sekerja, namun bagi saya mereka masih kekal dan tetap akan menjadi guru dan murabbi yang banyak mendidik saya.
Kalau dahulu, BKPSM pernah menjadi keluarga kedua saya semasa hidup jauh di perantauan, namun hari ini merekalah penggantinya. 'Keluarga besar SMAN Toh Puan Hajah Rahmah'. Saya cukup gembira dan senang berkerja di sini.
Selama ini mungkin kita sering memandang nikmat yang Allah swt beri kepada hambaNya hanya berupa kekayaan, kemewahan, kesihatan dan kesejahteraan. Namun, sedarkah kita.. Apabila Allah menempatkan kita di kalangan orang-orang yang berilmu dan baik akhlaknya, sebenarnya ia merupakan satu nikmat yang seharusnya kita syukuri!
Ustazah saya pernah membawa saya bermuhasabah.. Bayangkan Allah swt menempatkan kita untuk berkerja di dalam persekitaran yang tidak Islami, ditambah pula dengan rakan-rakan sekerja yang mana pegangan dan amalan hidupnya sebagai seorang muslim agak kendur. Ia sememangnya suatu kondisi yang merbahaya bagi seorang mukmin. Hakikat yang kita seharusnya akui adalah kita ini hanya manusia biasa. Dengan persekitaran sedemikian, mungkin sahaja kita akan mudah berubah dan terjerumus. Pergaulan diantara guru lelaki dan perempuan yang tidak terbatas, kesibukan yang menghalang daripada kita menunaikan tanggungjawab individu muslim seperti solat, kefahaman mengenai batasan aurat (lebih-lebih lagi bagi permpuan) yang tidak terjaga dan sebagainya, dengan mudah akan membuatkan kita jauh daripada Allah dan syariatnya secara perlahan-lahan.
Memikirkan hal tersebut, saya benar-benar merasa bertuah kerana dapat duduk dan berkerja bersama-sama mereka. Apabila saya tidak tahu, mereka akan memberi tunjuk ajar. Apabila saya tersilap, mereka membetulkan dan menegur saya. Dan yang paling menggembirakan , bila ada sesuatu isu atau persoalan agama kami akan membahaskannya bersama.
Alhamdulillah!
( Maka nikmat Tuhan mu yang manakah Engkau dustakan? ) Ar-Rahman
Borneo Paradise, Kinarut
3 November 2012 ^_^
Cg. Dayang Jaudah Amit, di antara orang kuat yang berperanan dalam memastikan sambutan berjalan lancar
Sebahagian guru-guru perempuan yang turut sama hadir dan memeriahkan hari keluarga kami
Dari kiri : Ustazah Rukaiah, Cg,Noraida, Cg.Nisa dan Cg,Hirdawati
Kehadiran Tuan Pengetua amat kami hargai..
Dari kiri: Ust Khalid, Ust. Syahran, Ust. Azhar, Ust. Wahab, Ust. Junaidi, Ust.Ag.Omar Pg. Gana (Pengetua) , Cg. Kurnia, Cg.Musalleh dan Cg.Abu Bakar
Acara pertama kami, 'Si Comel..'
Ini diantara pesertanya Cg. Syahrizam bersama anak perempuannya
Pertandingan tiup belon bagi kategori kanak-kanak (Tadika)
Belon tu besar betul..Kalau pecah....Adedei~
Yang jauh didekatkan..Yang dekat dieratkan..
Mereka guru dan murabbi saya sehingga ke hari ini..
Dari kiri : Cg.Jonisah Harimin dan Ustazah Ngaisah Darmat
Acara untuk anak-anak sekolah menengah.. Makan telur
Haa, haa awas tersedak! ^_^
Aiseh, manis senyumannya.. Semua sudah berpunya kecuali yang di kanan masih available..^_^
Dari kiri: Balqis,Cg.Hasni, Cg.Hasimah dan Ustazah Filzah
Acara bagi guru-guru lelaki yang sengit.. 'Selipar Gergasi'
Selipar berpindah kepada guru-guru perempuan pula..
Kumpulan kami dapat nombor 1.. dari belakang.. Heee...^_^
Pertandingan tarik tali
Di antara pemain terbaik acara 'Baling Kelapa'.. Ustazah Idah
Usai sesi penyampaian hadiah bagi acara-acara yang dipertandingkan, kami sudahi majlis penutupan dengan sesi bertukar-tukar hadiah.. Dan nama saya tertulis pada bakul bear yang sangat comel ini.
Pemberinya masih menjadi misteri.. Jika dia ada membaca entri ini, saya mengucapkan terima kasih banyak atas pemberiannya..It's very lovely! ^_^
Semoga sambutan pada hari ini akan mengeratkan lagi hubungan kami dan
saya berdoa semoga Allah swt sentiasa mengikat hati-hati kami untuk terus istiqamah dalam usaha mencurahkan secebis ilmu yang ada untuk generasi yang
akan datang. Amin..
assalamualaikum. boleh berikan senarai guru tphr yang terkini? sebab dah banyak guru yang muda2 dan x dikenal. terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. Insyallah saya senaraikan nama guru-guru yang saya ingat ya..takut2 ada yang tertinggal pula =)
ReplyDeleteUst Ag.Omar Pg.Gana
Ust Abdul Wahab Sidek
Ustzh Ngaisah Darmat
Cg.Jonisah Harimin
Cg.Dyg Jaudah Amit
Cg.Fauziah
Ust.Auzani
Ustzh Ruqaiyah Baharom
Ustzh Salamah
Ustzh Idah
Ustzh Norhayati Basri
Ustzh Jaimah Binsin
Ustazah Azlinah
Ustazah Filzah Haziyah
Cg.Hasimah Jamangin
Cg.Intan Baizura
Cg.Hirdawati
Cg.Nonny
Cg.Hasni
Cg.Nurul Nisa Kaim
Cg.Noraidah
Cg.Ummu Hani
Cg.Fetriani
Cg.Anizah Matarsad
Ust.Ali Aero
Ust.Junaidi
Ust.Khalid
Ust.Nurhasan
Ust.Safri
Ust.Sahudin
Cg.Syahrizam
Cg.Kurnia
Cg.Abu Bakar Madiasin
Cg.Musalleh
Ust.Azhar Jismil
Rasanya xda yang miss kot..=)
Syukran sudi berziarah ke sini..kalau sudi,tinggalkanlah jejak ya~ wassalam..