Monday, September 3, 2012

Charity de Tour : Rumah Putera Harapan, Ranau

Sepertimana yang telah sedia maklum (bagi pembaca dan follower setia WardatulAsfar) , sebelum-sebelum ini Mahasiswi Mesir (WiSa), BKPSM telah mengadakan program Charity de Tour sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah pada kali ini pula,  kami berpeluang untuk menyambung lagi siri lawatan program ini dengan melawat sebuah lagi rumah anak yatim yang terletak di daerah Ranau, Sabah.

Rumah Putera Harapan ini menempatkan lebih kurang 26 orang kanak-kanak lelaki yang berumur di dalam lingkungan lapan hingga tiga belas tahun. Hasil daripada post-mortem kami terhadap siri-siri program yang lepas, tentu sekali kami ingin memperbaiki dan memperbaharui pengisian di dalam program ini agar lebih sesuai dan boleh diterima oleh kanak-kanak seperti mereka.


Wajah-wajah mereka..Putera Harapan..



Kali ini, setelah sesi Ice-Breaking disempurnakan oleh Saudari Siti Maryam Dicky, kami mula membahagikan mereka kepada tiga buah kumpulan dan dipasang-pasangkan bersama kakak-kakak dan abang-abang fasilitator mereka. Di dalam LDK pada kali ini, setelah kami menjalankan sesi taaruf secara ringkas bersama mereka, kami mula mengadakan sesi bercerita kepada anak-anak kecil ini tentang sirah para Nabi dan Rasul terdahulu. Kami telah memilih kisah Nabi Adam as, Nabi Ayub as dan Nabi Yunus as untuk diceritakan kepada mereka dan seterusnya menyebutkan beberapa iktibar dan pengajaran yang boleh diambil disebalik cerita-cerita tadi.


Kumpulan Al-Majid bersama fasilitator mereka Saudara Lasafarudi dan  Saudara Haris yang sangat bersemangat sejak dari awal program.. Hmm..Bolehlah tahan..~~ (Jeles..=p)


 Saudara Ajrul Mu'min dan Munzir pula mengendalikan adik-adik yang berbaju merah ini dengan nama kumpulan mereka Al-Malik..^_^


 Kumpulan  Ar-Rahman  ini dikendalikan oleh kami berempat, saya, saudari Itriah, Athirah dan Atikah..
'Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'.. Alhamdulillah, doa yang mahsyur dari kisah Nabi Yunus ini berjaya kami hafal bersama-sama mereka..^_^


 Ini pula kumpulan khas.. Tiga orang pelajar tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dikendalikan oleh Saudari Siti Maryam Dicky.. Bitaufiq adik-adik semua..!


  Ini diantara masa yang ditunggu-tunggu..Pertandingan Kuiz Adik Pintar..! 
Saingan yang cukup sengit menandakan mereka cukup mengambil perhatian semasa sesi LDK tadi diadakan..Gelagat mereka mencuit hati-hati kami. Ada satu kumpulan yang nampaknya tidak puas hati dengan kekalahan mereka, lantas menyalahkan pula abang fasilitator kumpulan mereka..' Naaaa, abang tiada cakap pun tadi Nabi Yunus pergi pantai!!' Aduhai..~~ ^_^


 Dato' Dr, Razak merupakan penaung bagi Rumah Putera Harapan, Ranau dan merupakan salah seorang tokoh Maal Hijrah pada tahun 2010. 
Beliau memberikan sedikit nasihat dan kata-kata perangsang bagi kami. Dan seperti kelazimannya, saya terkesan. 'Kita buat kerja-kerja kebajikan macam ni, sebenarnya bukan untuk budak-budak ni, tapi untuk diri kita sendiri. Kebaikannya tu nanti akan datang untuk kita sendiri!'


Semoga kanak-kanak ini membesar dengan pendidikan berteraskan dunia dan akhirat yang akan membimbing mereka menuju kejayaan di dunia dan akhirat kelak.. Allahumma Aamin~


Alhamdulillah selesai satu lagi program kemasyarakatan.
Tiada apa lagi yang perlu diungkapkan melainkan..'Penat tetapi membahagiakan..'  That's it!



No comments:

Post a Comment