Wednesday, August 29, 2012

'Kemerdekaan' Yang Menghampakan!


Penganjuran program yang diadakan diambang-ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-55 tahun. 'MERDEKA' kah kita?

Jujurlah bertanya kepada diri kita..Inikah kemerdekaan yang kita mahu?


Kecewa dan hampa.
Entah perkataan apa yang hendak diluahkan. Saya secara peribadi memohon agar pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab supaya mengambil berat akan isu sebegini. Apalah gunanya kemerdekaan saban tahun kita agung-agungkan, sedangkan dalam masa yang sama kita sebenarnya menghancurkan anak muda dan umat Islam sendiri.

Sangat menyetujui keterangan yang disuarakan oleh tokoh ini. Semoga Allah swt sentiasa membuka mata dan hati kita untuk membenci segala bentuk program dan acara yang berbau kemaksiatan. Wallahua'lam~

'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55,NEGARAKU  Malaysia...'

*****************

MENGUTUK PENGANJURAN PROGRAM MAKSIAT DI IBU NEGARA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penganjur yang menganjurkan program maksiat dan mungkar dengan menganjurkan pesta bikini bagi kaum wanita. Program yang dipromosikan secara terbuka ini dengan nama ‘Wet dan Mad Wednesday” akan diadakan pada 29 Ogos 2012, bermula jam 7 malam sehingga jam 2 pagi bertempat di The Pool, 347 Jalan Ampang Kuala Lumpur. Pihak penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang.

DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam. Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini. DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap seperti haiwan
yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Manusia sudah kembali ke alam jahiliyyah dimana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata.

DPPM mempersoalkan bagaimanakah penganjuran program seperti ini mendapat kelulusan daripada kerajaan mendapat publisiti meluas. Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini. Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, perzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

Sebuah negara Islam pasti tidak akan membenarkan aktiviti seperti ini mendapat tempat dan dianjurkan sewenang-wenanganya. DPPM merasa kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta suara para ulama’ yang bangkit menentang program seumpama ini. Lebih dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandaraya di negara ini tanpa usaha untuk menutupnya.

Justeru, DPPM mendesak Jabatan Agam Islam Wilayah Persektuuan (JAWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mufti Wilayah Persekutuan dan lain-lain agar segera bertindak dengan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur. DPPM bimbang kemurkaan Allah akan menimpa umat di negara ini sehingga didatangkan bala dan musibah yang memusnahkan negara ini akibat kemungkaran yang tiada ditegah.

NIK MOHD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment