Buku ini dibeli pada hujung bulan Mei yang lalu. Sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca mengenai seorang pemimpin yang kita selalu dengar bahawa dialah orangnya yang menyebabkan pemerintahan Islam secara khilafah mula runtuh.
Novel ini menceritakan perihal hidupnya sejak sebelum dia lahir sehinggalah disaat kematiannya. Sungguh, ada banyak perkara yang kita tidak tahu mengenai pemimpin ini boleh kita temui di dalam novel sejarah ini.
Novelnya agak tebal..400++ halaman.
Tetapi sangat berbaloi untuk dibaca. Dan kami tidak kisah.. Kalau novel fiksyen yang beratus halaman sanggup dihabiskan dalam satu malam, apatah lagi mengenai sebuah sejarah penting yang harus kita semua maklumi.
Lagipun, kami kan GENERASI CINTAKAN BUKU! ^_^
Antara babak yang saya highlightkan dalam novel ini..
'Orang kita perlu bekerja dengan pemerintah Uthmaniah supaya dapat membantu menumbangkan mereka dari dalam.Saya harap anak saya ini yang akan menjadi penggeraknya.',kata Ali Reza Affendi sambil menimang anaknya itu.
'Saya tidak mahu menjadi Sultan kerana Perdana Menteri yang lebih berkuasa. Saya mahu menjadi Presiden yang tidak ada siapa pun yang boleh menggugat kedudukan saya',kata Mustafa.
Mungkin kita tertanya-tanya..
Bagaimana mungkin seorang muslim boleh menjadi penyebab utama runtuhnya Khilafah Uthmaniah?
Persoalannya, adakah benar dia seorang yang beragama Islam?
Bagaimana dia boleh menyusup masuk dalam pemerintahan Uthmaniah dan seterusnya diberikan jawatan-jawatan penting di dalam negara Turki seperti Ketua Tentera..?
Apakah yang menyebabkan dia rela untuk menjadi boneka dan penegak agenda Yahudi..?
Novel ini akan memberikan anda jawapannya..
No comments:
Post a Comment