Friday, April 22, 2011

Sepetang di Universiti Ain Syams

Universiti Ain Syams merupakan salah satu universiti yang menempatkan pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Mesir. Selain daripada Universiti Al Azhar,Universiti Kaherah dan Universiti Iskandariah, universiti ini juga menempatkan agak ramai daripada mahasiswa/wi Sabah yang mengambil jurusan kedoktoran.

Tahun ini, masuk tahun keempat keberadaanku berada di bumi Mesir. Alhamdulillah hajat yang telah lama bersarang di hati untuk menjejak universiti yang bakal melahirkan doktor-doktor anak Sabahan itu tercapai jua akhirnya dengan izinNya.

Pelawaan adik-adik untuk menghadiri program The Global Village yang dianjurkan oleh universiti mereka membuat hati teruja untuk melihat-lihat keadaan dan suasana universiti di sana.

Sungguh, tiada jurang yang wujud antara mereka yang bergelar pelajar pengajian Islam dan perubatan. Kerana sesungguhnya, kedua-duanya merupakan salah satu cabang dari ilmu Allah swt yang amat luas. Bagi kita yang bergelar manusia biasa, adalah mustahil untuk menguasai setiap satu cabang ilmu yang ada pada hari ini. Oleh sebab itulah, Allah swt memberikan kita keistimewaan dan kelebihan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Yang mana akhirnya, kita akan saling memerlukan antara satu sama lain dan menuju kepada matlamat yang satu.

MEMANFAATKAN ILMU YANG ADA UNTUK ISLAM.

The Global Village yang disertai oleh beberapa negara luar dengan memperkenalkan identiti dan budaya negara yang tersendiri

Sekitar suasana program The Global Village

Palestine..Will be Free

It's Malaysia!

Negara India turut menarik perhatian pengunjung yang datang

1st time tengok mayat yang of course sudah jadi satu kebiasaan bagi pelajar perubatan,
tapi bukan untuk pelajar pengajian..(t _ t)

Sepetang yang bermakna..Syukran untuk adik-adik kakak..=)

Semoga Allah swt memudahkan jalan ini untuk mencari ilmuNya dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan Islam khususnya. Kami sejujurnya, menanti dan mengharapkan doktor- doktor yang persis seorang ustaz dan ustazah bakal lahir dari bumi Anbiya ini untuk kembali berkhidmat di tanah air.

p/s : Syukran sudi bawa kami round2 Ain Syams..Zu,Ida.. mau jumpa kamu d wad sakit puan satu hari nanti yaa..=P

1 comment:

  1. insya Allah dgn para doktor2 ini akan kita manfaatkan untuk islam. sabah menanti kalian.

    ReplyDelete