Paderi itu menyapa mereka berdua.Setelah berkenalan,sangkaannya bahawa salah seorang daripada mereka berdua itu adalah penganut agama Islam adalah tepat.Dan paderi itu enggan membenarkan si pemuda Islam itu keluar dari gereja dengan syarat setelah dia menjawab kesemua soalan yang diajukan olehnya dengan niat untuk memalukan si pemuda di hadapan semua pegunjung gereja pada hari itu.
Tawakal si pemuda pada Tuhannya (ALLAH SWT) tinggi.
Dengan rendah diri,dia menerima.
Paderi tadi mula mengajukan soalan-soalannya dan dengan tenang si pemuda menjawab kesemua soalan tadi.
Sebanyak 22 soalan Paderi tadi ajukan kepada pemuda tersebut :
1)Katakan padaku,apakah yang hanya ada 1 tiada 2 nya?.....Tuhan(ALLAH SWT)(Al Ikhlas:1-4)2)Apakah yang ada 2 tiada 3?.....Kejadian siang dan malam.(Al Anbiya:33)
3)Apakah yang ada 3 tiada 4?....3 perkara yang ditegur Nabi Musa a.s ketika berjalan bersama Nabi Khaidir as.(Al Kahfi:60-82)
4)Apakah yang ada4 tiada 5 ?.....Empat buah kitab Samawi ( Taurat,Zabur,Injil,Al Quran)
5)Apakah yang ada 5 tiada 6?.....Solat 5 waktu sehari semalam.
6)Apakah yang ada 6 tiada 7?.....Jumlah hari dimana Allah menciptakan makhluknya.(Al A’raf:54)
7)Apakah yang ada 7 tiada 8?.....Tujuh lapisan langit (Al Mulk:3)
8)Apakah yang ada 8 tiada 9 ?.....Lapan malaikat pemikul Arasy (Al Haaqah:17)
9)Apakah yang ada 9 tiada 10 ?.....Sembilan mukjizat Nabi Musa as.
10)Apakah ada 10 tiada 11 ?.....Kebaikan yang dibalas sebagai ganjaran (Al An’am:160)
11)Apakahada 11 tiada 12 ?....Jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf as.
12) Apakah ada 12 tiada 13 ?.....Mukjizat Nabi Musa as (Al Baqarah:60)
13)Apakah yang ada 13 tiada 14?....Jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf bersama ayah dan ibunya.
14)Apakah sesuatu yang bernafas tapi punyai roh?.....Waktu Subuh (At Takwir:18)
15)Apakah kuburan yang membawa isinya?.....Ikan Nun yang menelan Nabi Yunus a.s
16)Siapakah mereka yang berdusta tapi boleh masuk Syurga?.....Saudara-saudara Nabi Yusuf as(Yusuf :92)
17)Apakah yang dicipta Allah swt tapi tidak ia sukai?.....Suara Keldai (Luqman:19)
18)Apakah makhluk yang dicipta Allah swt tanpa ayah dan ibu?.....Nabi Adam as,malaikat,Unta Nabi Salleh as,kambing Nabi Ibrahim as.
19)Apakah makhluk yang diciptakan daripada api?.....Iblis
Makhluk yang diazab dengan api?.....Abu Jahal
HambaNYA yang terpelihara daripada api?.....Nabi Ibrahim As
20)Apakah makhluk yang dicipta dari batu?.....Unta Nabi Salleh as.
Yang diazab dengan batu?.....Tentera bergajah(Al Fiil:1-5)
Yang terpelihara daripada batu?.....Ashabul Kahfi(Al Kahfi:9-14)
21)Apakah yang dicipta Allah dan dianggap besar?.....Tipu daya wanita.
22)Pohon yang memiliki 12 ranting,
Setiap ranting punyai 30 daun,
Tiap daun,punyai 5 buah,
3 dibawa teduhan,2 dibawa sinaran matahari.
Apakah ia??.....Pohon itu adalah tahun,rantingnya adalah bulan,daun adalah hari,buahnya merupakan solat 5 waktu,3 solat dimalam hari,dan 2 di siang hari.
Selesai.Pemuda tadi sudah berjaya menjawab kesemua soalan yang diajukan oleh paderi tadi.
Lantas,dia pula ingin mengajukan satu sahaja soalan kepada paderi tersebut.Dengan syarat dia hendaklah menjawabnya dengan jujur di hadapan pengunjung gereja pada hari tersebut.
Paderi tadi menerima syarat tersebut.Dengan yakin,lalu meminta untuk soalan dibacakan.
Soal pemuda Islam tadi kepada paderi ‘APAKAH KUNCI SYURGA??’
Tersenyum.
Paderi tadi terkedu.Terdiam seketika.
Sejujurnya,dia tahu akan jawapan bagi soalan pemuda tadi.Namun, enggan menjawab.
Diamnya membuatkan penganut-penganut Kristian yang hadir ke gereja pada hari tersebut marah.
‘Ayuh!Jawablah soalan pemuda itu!’
’22 soalan yang kau ajukan padanya berjaya dijawab.Inikan pula hanya 1 soalan kamu tidak menemui jawapannya?’
Lalu,si paderi tadi mengalah.
Dihadapan pemuda dan penganut-penganut Kristian itu tadi dia menjawab,’Kunci syurga ialah KALIMAH SYAHADAH iaitu ‘LAA ILAAHA ILLALLAH WA MUHAMMADAR RASULULLAH’.
Pemuda tadi tersenyum.Bersyukur.
Akhirnya paderi itu memeluk Islam dan diikuti oleh penganut-penganut yang menyaksikan peristiwa tadi.Dari hari itu,semakin bertambahlah mereka yang mengakui dengan hatinya bahawa sesungguhnya..Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah swt dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah…
Kesimpulan:
1)Tadabbur Al Quran sebaiknya.Padanya terdapat 1001 rahsia.
2) Pentingnya pengaruh seorang ketua terhadap pengikutnya.
3)Membaca jambatan ilmu.Banyakkan membaca dan cintai ilmu!! ^_^
No comments:
Post a Comment