Saturday, May 4, 2013

Saya gadis P.A.C.A!

Bagi mereka yang mengenali saya, mereka tahu saya adalah seorang gadis yang agak pasif. Kebanyakkan masa, saya lebih suka untuk diam melainkan ada orang lain yang membuka cerita dan mula menyapa saya. Sombong?
Tidak.
Jauh sekali berniat untuk menyombongkan diri, cuma itulah saya.

Esok merupakan satu tarikh penting bagi seluruh rakyat Malaysia.
5.05.2013

Satu lagi tarikh telah ditetapkan untuk diadakan Pilihan Raya Umum bagi kali yang ke-13.
Kali yang ketiga belas bagi Malaysia , namun pertama kali bagi saya.

Ya, tahun ini merupakan tahun pertama saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pengundi dan rakyat Malaysia. Belum pun sempat meraih dan merasai pengalaman pertama berada di bilik pembuangan undi, Allah swt juga telah menetapkan agar saya turut bertugas pada hari esok sebagai Polling Agent and Counting Agent (PACA).

Bagi yang belum tahu, ejen PACA adalah ejen yang dihantar bagi mewakili setiap parti yang bertanding bagi sesebuah kawasan. Tujuan dan tugasnya adalah jelas. Kami semua diamanahkan untuk menjaga dan memastikan agar sepanjang hari pembuangan undi esok adalah akan berjalan dengan telus dan berintegriti.

Mudah?

Tentu sekali tidak.

Sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin, kita akan sedar dan maklum bahawa selama ini pilihanraya yang dijalankan di negara kita adalah sangat diragui dan penuh dengan persoalan yang membutuhkan jawapan jelas.

Isu senarai nama pemilih yang tidak bersih, berulang-ulang, isu pengundi hantu, kertas undi yang sengaja dirosakkan dan sebagainya adalah sangat membimbangkan. Bukti?
Ya! Hari ini bukti menjadi satu keperluan yang sangat-sangat kita perlukan sebelum membuat apa-apa keputusan bukan sahaja untuk esok tetapi untuk tahun-tahun yang mendatang.

Manfaatkanlah media massa dan teknologi maklumat yang semakin canggih pada hari ini.
Hari ini, bukan seperti 25 tahun yang lalu. Kalau dahulu sumber maklumat hanya kita perolehi melalui media dan akhbar perdana, namun hari ini pelbagai berita dan maklumat boleh kita perolehi dari sumber lain yang boleh diyakini.

Ketirisan dalam pengurusan hal ehwal negara.
Rasuah dan korupsi yang semakin membarah.
Politik samseng dan lucah yang semakin disebarkan.
Golongan atasan yang menindas rakyat marhaen.
Rakusnya pemerintah yang gilakan kuasa dan harta.
Hukum-hakam Allah swt semakin hari dipertikai dan menjadi mainan.

Semua ini!

 Di sana. Saya akan duduk bersama mereka semua di dalam bilik itu.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..


Semua inilah yang memaksa saya untuk memberanikan diri untuk turun berjuang pada esok hari.
'Saya bantah!'
'Maaf Tuan, saya tidak setuju!'

Tegas dan berani.

Mungkin mudah bagi orang lain, tapi tidak bagi saya.

Saya akan belajar untuk menjadi seorang yang seolah-olah bukan diri saya sendiri. Sahabat-sahabat saya gigih ke sana ke mari untuk cuba memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya untuk kita berani membuat perubahan. Dan mungkin, di posisi ini sahajalah saya boleh membantu sekadar apa yang saya termampu.

'Biasalah tu... Dapat elaun kan.Aku pun sanggup berhujan berpanas!'

Tidak! Tidak sahabat!
Semua yang kami lakukan baik pergi mencula, berkempen, membuat kerja amal, flashmob dan sebagainya, kami bukan lakukan kerana wang! Percayalah bila saya katakan, kami tidak menerima walau sesen pun!
Dalam masa yang sama saya tahu, pihak di sebelah sana sangat mewah dan segala yang dilakukan adalah berbaloi kerana wang upahan tadi mungkin boleh menjadi penghilang penat dan lelah.

Jadi kenapa kami masih di sini?

Sengaja mencari penat.
Kami  rela dicemuh dan dihina sebagai orang yang tidak tahu bersyukur.
Kami membiarkan bila mereka mengatakan kami tidak pandai berterima kasih.


Biarlah..
Biar Allah swt dan RasulNya yang menjadi saksi untuk apa kami melakukan ini semua.
Kami telah berusaha dan mencuba segala apa yang terdaya. Dan bakinya, kami hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt untuk memberikan natijahnya.

Yang kami pasti.. 'Dan apabila Allah menginginkan sesuatu, maka ia akan berkata 'Jadi!' Maka akan terjadilah ia,,'

Hasbiallahu Wa Nik'mal Wakeel..




No comments:

Post a Comment