Wednesday, May 1, 2013

Warna-warni Majlis Ihtifal 2013

Alhamdulillah.
Selesai satu lagi program tahunan terbesar sekolah kami siang tadi.
Majlis Ihtifal bagi sesi 2012,  telah diadakan di tempat yang sama iaitu dewan Saa'dah , Wisma Muis pada 30 April 2013 yang lalu.
Di tengah-tengah kesibukan, hanya beberapa gambar ini yang sempat diambil untuk dikongsikan bersama.

Usai ucapan perasmian oleh Pengarah JHEAINS, persembahan nasyid dipersembahkan.


Diantara penerima hadiah bagi pelajar cemerlang tingkatan 1,2 dan 3. 


Anak-anak kami yang paling 'bongsu' mempersembahkan dikir barat mereka. 


Dif-dif kehormat kami yang turut hadir pada majlis Ihtifal tahun ini. 


Sebahagian daripada pelajar puteri yang merupakan penerima-penerima sijil STAM dan SMU sesi 2012


Guru-guru dan juga merangkap rakan sekerja saya; cikgu Hasni, ustazah Idah dan cikgu Hirdawati
Cantik-cantik semuanya.. ^_^


Anugerah tokoh pelajar cemerlang dianugerahkan kepada Nazira Shamad,
 dan diwakili oleh ibu dan bapa beliau. Tahniah!


Warga pendidik SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang saya hormati.
Dari kiri : Cikgu Musalleh, ustaz Auzani, ustaz Sahuddin, dan ustaz Safri.


Semoga kejayaan mereka semua diberkati Allah swt. Amin! Tahniah!

No comments:

Post a Comment