Monday, December 19, 2011

Akhirnya..

19.12.2011
Kebiasaanya tidak selewat ini. Masa semakin berlalu dan sahabat-sahabat ada yang telah lama menjejakkan kaki di tanah air. Cuak, gementar dan kerisauan bermain-main dengan emosi selalu. Namun mereka selalu menguatkan. Bersabar itu sememangnya pahit, tetapi hasilnya membahagiakan juga dengan izinNya.

Sudah dua hari badan merasa kurang sihat. Deman selesma membuatkan diri terlantar tidak bermaya. Mungkin juga kerana cuaca yang semakin sejuk di bumi padang pasir ini. Suara gembiranya pagi itu membuatku tersenyum gembira. Rancangan awal untuk ke kuliah yang dibatalkan awal-awal tadi ditekadkan kembali. Kaki yang mengatur langkah ku gagahi. Kepala yang berdenyut kuat, tidak mampu mengalahkan kekuatan keinginan ku untuk melihatnya sendiri. Tidak sabar rasanya untuk memberitakan khabar tersebut pada ayah dan ibu yang sudah lama menanti.

Sikit lagi~ ^____^


Akhirnya..'Alhamdulillah'..
Tiada lafaz lain yang terucap. 'Haaza min fadli Rabbi'..
Kini kegembiraan dan kerisauan pula berkongsi tempat.
Kerna sebenarnya 'perjalanan' itu baru saja hendak bermula. Ku pasti 'dunia' yang menanti di sebelah sana pastinya menjanjikan seribu satu ujian dan pengalaman.

2 comments:

  1. semua tempat adalah sekolah dan semua orang adalah guru.
    Ulul albaab, bukan sijil jadi igauan!
    Mabruk!

    ReplyDelete
  2. Tempat ini banyak mengajar, begitu juga dengan teman2 sekeliling.Doakan semoga semuanya dimudahkan berkat inayahNya.Syukran sahabat..=)

    ReplyDelete