Wednesday, September 14, 2011

Selangkah Lagi..

Lumrah sebagai seorang manusia..
Kalau boleh..apa yang insan lain ada, kita juga ingin ada..!
Apa yang teman lain dapat, kita juga ingin mendapatkannya! Begitulah acapkali akan terjadi bilamana kita selalu membandingkan diri dengan insan yang 'lebih atas' daripada kita.

Kita akan sentiasa meminta.
Kita akan sentiasa mahukan yang lebih baik.
Kita akan sentiasa merasa tidak cukup.
Mahu..mahu dan mahu lagi..
Kita akan menjadi seorang yang kurang bersyukur lantaran 'merungut' itu sering kali lahir dari bibir.

'Allah swt memberikan apa yang kita perlu, dan bukan apa yang kita mahu.. Kerana sesungguhnya Allah swt lah yang maha mengetahui perihal hambaNya..'

Untuk segalanya yang berlaku hari ini..
Tentu sahaja ada hikmah dan rahsia Allah swt disebalik perancangannya.
Sia-sia..? Itu mustahil!
Berpegang teguhlah pada Allah swt! Yakini qada qadarNya itu adalah yang terbaik buat kita, cuma kita yang tidak menyedarinya.

Untuk segalanya yang berlaku hari ini..
Usahlah berputus asa. Jauh sekali berburuk sangka padaNya. Kekecewaan yang menduga, usah menghalang kita daripada menjadi hamba Allah swt yang berakal. Iaitu mereka yang sentiasa berbaik sangka dan sentiasa redha dengan ketentuanNya sambil menyebut..

{Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.}Al Imran:191

Selangkah lagi..
Selangkah ini menurutNya perlu..

Qodoya Fiqhiyah tahun 3..
21 September 2011

Di celah kesibukan, akan berusaha jua.
Mohon doa dan restu dari semua.
Buat semua teman-teman tersayang.. teruslah melangkah!

No comments:

Post a Comment