Tuesday, September 13, 2011

Jalinan Ukhuwah di Rumah Terbuka Aidilfitri WISA 2011

Rancangan awalnya, kami ingin mengadakan rumah terbuka Banat seperti tahun-tahun sebelum ini. Terlintas di benak fikiran. Banat itulah WISA! Tanpa golongan mahasiswi maka WISA, hanya nama. Lantas bersepakatlah semuanya untuk mengadakan 'Rumah Terbuka Aidilfitri WISA 2011'.

WISA amat menitikberatkan hubungan ukhuwah yang erat sesama ahli, dan begitu juga dengan hubungan luar bersama BKAN dan persatuan luar yang lain.

Jalinan hubungan yang baik sesama kita akan membawa banyak manfaat, samaada secara peribadi mahupun untuk persatuan kita (BKPSM). Apabila kembali ke tanah air kelak, usaha dakwah yang kita tumpukan pada bumi Sabah khususnya,sudah tentu memerlukan kerjasama dan bantuan daripada sahabat-sahabat dari tanah Semenanjung yang mana kita maklum sudah berada jauh di hadapan berbanding negeri kita di dalam medan dakwah. Insyallah, hubungan baik yang terjalin hari ini tentunya akan membuahkan hasilnya kelak, tanpa kita sedari.

Kami punyai cita-cita dan impian yang sama. Iaitu ingin menjadikan persatuan BKPSM yang disayangi ini setanding dengan persatuan-persatuan lain yang lebih matang dan mantap. Satu keperluan yang perlu kita ambil cakna bagi merealisasikan visi ini ialah dengan mewujudkan hubungan luar yang baik dengan persatuan lain. Bukan bertujuan untuk 'berpindah' tetapi sekadar untuk memerhati dan mengislah apa yang kurang. Dengan mengambil segala yang baik dan positif untuk persatuan kita, tidak mustahil BKPSM akan menjadi salah satu persatuan yang amat disegani di perlembahan Nil ini.

Optimis itu perlu!
Semoga dengan program yang dianjurkan kali ini dapat mencambahkan bibit-bibit ukhuwah yang berpanjangan antara kita, untuk kebaikan bersama pada hari ini dan esok.

Ahlan Wasahlan..! It's our plesure..

Antara juadah yang dihidangkan pada hari tersebut.. Semuanya hasil tangan mahasiswi Sabah (WISA)

Sangat gembira menyambut kehadiran sahabat-sahabat sekuliah dari BKAN Selangor

Kunjungan sahabat-sahabat daripada ARMA

Majlis lebih bermakna dengan kehadiran Pengawai Tadbir WYSK, Ust Sabli bin Aliju bersama isteri, Kak Yati dan hero-hero mereka..termasuk si comel ditengah tu!

Syukran buat kakak-kakak sekuliah yang sudi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka WISA!

Backdrop yang agak girly,kan..? Well..itulah WISA..(^-^)

Sesi sebelah malam khas buat sahabat-sahabat ikhwah BKPSM.. Bilangan yang lebih sedikit daripada tetamu akhawat siang tadi,tapi obviously lebih meriah dengan adanya mereka..=)

Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi hadir pada hari berkenaan bagi memeriahkan majlis tersebut. Kami dari WISA BKPSM dengan sukacitanya menyambut kehadiran sahabat-sahabat dari HEWI PMRAM,ISMA,BKAN di Mesir,juga tidak lupa kepada sahabat-sahabat dari negara jiran Indonesia,Singapura dan Thailand.

Segala kekurangan dan khilaf yang celik dimata kalian, kami mohon maaf seikhlasnya dan semoga apa yang baik itu kita dapat kongsikan bersama-sama.

Salam Aidilfitri dari seluruh ahli WISA buat semua..~

No comments:

Post a Comment