Thursday, June 2, 2011

Berilmu KeranaNya

Memasuki bulan Jun, bermakna melangkah ke bulan peperiksaan. Peperiksaan bukan sekadar untuk duduk,jawab dan lulus! Tetapi kelebihan orang yang berilmu di sisi Allah itulah,yang menjadi pemangkin semangat!

Bitaufiq Wannajah buat semua sahabat dan adik-adik yang tersayang~

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : [ Manusia yang utama adalah mukmin yang alim. Jika diperlukan dia memberi manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri] (Al Ghazali, Ihya Ulum ad Diin,jilid 1,halaman 11)

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud : [ Darjat manusia yang terdekat dengan nubuwah ialah orang yang ahli ilmu dan jihad. Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para Rasul.Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang dibawa oleh para Rasul dengan pedangnya] ( Al Zahabi, Syiar A’lam al Nubala’,jilid 18,halaman 524)

Berpesan lagi Rasulullah saw dengan sabdanya yang bermaksud : [Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang cintakan ilmu. Jangan jadi orang yang kelima iaitu orang yang benci kepada ilmu nescaya kamu akan binasa] (Riwayat At Tabrani no 5171)

Sayidina Ali bin Abi Talib berkata : ‘ Ilmu itu lebih baik daripada harta.Ilmu menjaga mu, sementara engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum, dan harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu akan bertambah apabila digunakan’

Sama-sama kita memperbaharui niat untuk menduduki peperiksaan kali ini. Semoga pertolongan Allah dan rahmatNya lebih hampir, tatkala niat itu berada pada tempat yang sewajarnya. Amin...

Salam Imtihan buat semua!

No comments:

Post a Comment