Tuesday, May 31, 2011

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Buku ini ternyata sudah lama wujud. Namun, jodohku untuk bertemu dengannya berlaku di sini, Bumi Mesir. Hati gadis ini terusik dengan buku nipis yang mempunyai tidak lebih dari seratus halaman.

Dari awal hingga ke akhir penceritaan, semuanya indah belaka. Namun, manik jernih itu gugur juga lantaran muhasabah ku sendiri. Watak wanita di dalam buku ini, ternyata sangat mengagumkan. Membuatkan si pembaca merenung jauh ke dalam diri.

' Betapa jauhnya jurang antara diriku dengan wanita solehah ini! '

Tidak kira lelaki mahupun perempuan, yang belum berkahwin, mereka yang berada di dalam tempoh pertunangan mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga, buku ini wajar di baca. Mungkin, ada sesuatu yang boleh mengusik dan menyedarkan kembali diri yang hampir terlupa.


' Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah swt memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadith :


( Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid) '
HR Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami dll

' Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia,kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan'.

Kembali sedar.. diri ini bukanlah sebaik itu. Namun, diri yang kerdil itu punya azam untuk menjadi sebaiknya untuk Allah, Rasul dan pemilik cinta ini setelah keduanya..
Janji Allah swt itu semakin meyakinkan..

[ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ] 24:26

p/s: Teringat kata-kata ust Syauqi, time-time exam beginilah suka baca kitab-kitab lain (selain kitab kuliah) Heee.. (^_^)

Thursday, May 26, 2011

Imam Muda : Hiburan Alternatif Buat Syabab

Sejujurnya, saya agak terlewat mengenali sebuah lagi program realiti ini. Musim pertama yang telah lalu hanya singgah sekadar di pendengaran saya tentang kehebatannya. Beberapa hari lepas, baru sempat 'berkenalan dan bertemu' dengan calon-calon Imam Muda musim kedua.

JATUH HATI.

Itu yang boleh saya katakan.
Dengan calon-calon imam mudanya,kah?
Dengan mudirnya,kah?
Atau dengan mursyidnya?

Hari ini kita terlalu disogokkan dengan hiburan yang tidak lain hanya menghibur dan melalaikan. Mengaku atau tidak,itu realitinya. Hedonisme. Suatu isu yang pernah WardatulAsfar perkatakan dahulu, lantaran kondisinya yang semakin membimbangkan. Benar, kita akan ketawa riang dan berasa terhibur. Dan lantas..?
Titik.
Kosong.

Namun, melihat kepada program hasil idea anak tempatan ini, ia bukan sekadar satu lagi program hiburan 'klise' yang disajikan kepada masyarakat kita. Matlamat program ini untuk mencari Imam Muda terunggul, meyakinkan saya bahawa ia boleh dan akan membawa satu impak yang baik kepada anak-anak muda hari ini untuk menurut jejak langkah dan berazam menjadi seorang syabab (pemuda/pemudi) Islam yang lebih baik. Yakin.

Syukran buat teman yang memperkenalkan 'Imam Muda'

Program Imam Muda, merupakan suatu hiburan alternatif buat golongan syabab hari ini.
' Kebahkan ' sahaja demam Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya yang semakin berjangkit hari demi hari.

Jelasnya, semua nilai dan input baik yang boleh dimanfaatkan oleh kesemua calon Imam Muda yang mengikuti program ini, tidak terhad kepada mereka. Semoga selaku penonton yang melihat dan mengikuti kisah perjalanan mereka ini juga turut sama menerima tempias manfaatnya.

Bukan hanya sekadar sebuah program realiti. Tetapi semoga ia benar-benar dapat melahirkan imam-imam muda yang berkaliber dan bersemangat juang dalam memartabatkan Islam di mata dunia dan Malaysia khususnya.

P/S : Minat OST Imam Muda, 'HambaMu' nyanyian Mawi feat Ust.Akil Hayy. Didedikasikan khas buat imam-imam muda Sabah. (^_^)

Tuesday, May 24, 2011

Sebenar Usaha!

Menjelang fatrah imtihan (musim peperiksaan), beginilah keadaan di notice board Universiti Al Azhar. Dari tahun satu hingga ke tahun empat, menghimpunkan kesemua syukbah (jurusan) yang diajarkan di Universiti tertua ini, carilah tarikh yang ada kena mengena dengan tahun dan syukbah anda! Satu demi satu harus diteliti, bimbang kalau-kalau ada yang terlepas pandang.

Jadual peperiksaan semester dua sesi 2010/201..
Haa..cari.. jangan tak cari...(^_^)

Semua berebut-rebut untuk mendapatkan tarikh imtihan yang akan dijalankan. Persiapan perlu dibuat secepat mungkin dan jadual perlu disusun semula mengikut prioriti agar tidak kelam-kabut menjelang hari peperikasaan. Tahun ini seperti biasa, ada dua madah takhaluf (ulangan) tahun tiga yang perlu dibawa dan tujuh madah baru bagi mahasiswi tahun empat. InsyaAllah kesemua 9 madah ini akan dimulakan dengan peperiksaan syafawi (oral) dan diikuti oleh peperiksaan tahriri (bertulis) seperti saban tahun.

Tersedar ada sesatu yang berbeza kali ni.. Mungkin.. Biiznillah, inilah peperiksaan yang terakhir yang akan diduduki selaku Azhariah. Debaran kali ini terasa seperti pertama kali menduduki peperiksaan ketika berada di tahun satu beberapa tahun lalu. Semoga diri dan sahabat-sahabat sekuliah semua diberi kekuatan dan dimudahkan untuk mengharungi study week yang mendatang.

Sebaik sahaja menerima tarikh imtihan masing-masing, biasanya ada dua golongan yang akan lahir. Kedua-duanya akan balik ke rumah, menulis atas kertas tarikh-tarikh tadi dan ditampal besar-besar agar tidak terlepas dari pandangan. Beza antara keduanya, segolongan akan watch it and relax.. Berharap agar tarikh yang ditunggu akan berlalu, kemudian bolehlah bersiap sedia untuk balik bercuti ke Malaysia. ‘Yahoooo..! ‘

Bunyi agak mustahil, tapi memang berlaku. Tanpa berbuat apa-apa, nantikan sahaja tarikh tadi untuk tiba, tanpa berusaha untuk menghadapi peperiksaan. Lantas, kesempatan yang berharga itu, terlepas begitu sahaja.

Golongan kedua pula, sementara menanti tarikh penting tadi segala seribu satu usaha dikerjakan. Daripada menghabiskan silibus kuliah, menghadiri kelas tuisyen, menyiapkan nota..semuanya dilakukan. Walaupun masa agak mampat, tetap berusaha selagi terdaya! Berusahalah untuk melakukan yang terbaik! Usahakan yang termampu! Seorang sahabat meminta kata-kata semangat pada malam itu. Katanya, semakin dekat imtihan,semakin malas pula jadinya. Bibir menguntum senyum. Begitulah lumrahnya, bukan senang untuk mencapai impian. Bukan mudah untuk meraih kejayaan.

‘Berusahalah sebaik mungkin! Yakinlah bahawa Allah swt itu Maha Melihat perihal hambanya. Segala susah payah,penat lelah kita untuk mencari ilmu pasti di dalam pemerhatianNya. Kemudian, yakinlah pula bahawa Allah swt itu juga Maha Adil! Setelah kita berhempas pulas dan bersungguh-sungguh dalam menelaah pelajaran, nescaya Allah swt akan memberi ganjaran yang setimpal buat kita. Sungguh, Allah lah juga yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi’. Begitu makna tersirat yang diberi kepadanya lewat sms yang dibalas.

Antara dua golongan tadi, semoga kita menjadi yang keduanya. Selagi ada masa yang berbaki, berusahalah! Bukan hanya menanti tetapi memberi! Memberi segala kesungguhan yang kita ada dan pastinya ia memerlukan kekuatan azam dan hati! Usah persiakan peluang dan kesempatan yang kita ada dengan cara menghargainya! Hargailah ia dengan mencuba yang terbaik dan usaha yang benar-benar usaha! Seterusnya, pastilah tawakkal itu menjadi solusi terakhir bagi seorang mukmin yang percaya.

Seorang teman berkongsi ,' Untuk mencapai sesuatu matlamat yg betul ,tiada halangan.. Yang ada hanya cabaran. Cabaran yang paling utama adalah cara kita berfikir, apabila kita dapat mengalahkan 70% negative thinking menggunakan 30% positive thinking yang ada pada otak kita, Insya Allah kejayaan tu akan kita capai.’

p/s: Jadual tahun 4 akan menyusul kemudian. Sahabat semua, selamat mengharungi fatrah study week! Together towards anNajah! Chaiyok2!

Monday, May 16, 2011

Srikandi WISA ke Gelanggang

Pelawaan sahabat dari BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) Negeri Sembilan untuk menyertai pertandingan bola jaring diantara mahasiswi-mahasiswi Mesir, kami sambut dengan baik. Walaupun fatrah imtihan bakal tiba tidak lama lagi, namun penyertaan kali pertama WISA (Mahasiswi Sabah) ini membuatkan kami berasa cukup teruja dan gembira.

Ketika kami hadir menghadiri mesyuarat bersama setiap wakil BKAN, kami dimaklumkan bahawa pertandingan ini pada mulanya disertai oleh tujuh buah BKAN dan sebuah persatuan. Tetapi pada hari pertandingan, kami diberitahu bahawa ada beberapa buah BKAN yang telah menarik diri dan hanya tinggal lima pasukan yang akan berentap pada hari itu untuk merebut piala pusingan.

Oleh kerana ini merupakan kali pertama team WISA menyertai pertandingan bola jaring, awal-awal kami telah mind-setkan untuk ‘just enjoy the game’ dan bukannya untuk merebut piala tersebut. Team ini masih terlalu muda kalau hendak dibandingkan dengan team-team yang mengambil bahagian dari segi kematangan dan pengalaman mereka dalam menyertai pertandingan sebegini.

Alhamdulillah, pertandingan yang bermula sejak jam 8.30 pagi hinggalah ke jam 5.00 petang itu, berlansung dengan baik dan tersusun sekali. Walaupun piala tersebut tidak berjaya dimiliki oleh WISA (sepertimana yang telah kami jangkakan (^_^)) namun, kami semua berasa sangat gembira. Semoga persahabatan yang terjalin pada hari pertandingan itu, akan mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah diantara WISA dan HEWI setiap BKAN.

Sepertimana yang disebutkan dalam 10 Muwasafat Tarbiyyah,
seorang daie juga amat perlu untuk sihat tubuh badan dalam usaha menjalankan tugasnya kelak! Fighting 2x!

Tahniah atas penganjuran oleh tuan rumah
Lain tahun,ada rezeki kita jumpa lagi..~

Aih.. yang hijau tu..? Wakil BKAN Sabah ka Selangor?
Hehehe..Maalisy la ya~ (^_^)

Sempat lagi aaa...
Dialaaaa..dialaaa..~ LOVE YOU!!!

1st game..Pertemuan diantara Srikandi WISA vs ISMA team

Siap sedia mengambil posisi masing-masing
Chaiyok chaiyok!!

2nd game..Bertemu dengan tuan rumah selaku penganjur,
Srikandi WISA vs BKAN Negeri Sembilan
This is our most fovorite team!

Perlawanan ketiga, Srikandi WISA vs BKAN Selangor

Srikandi WISA vs BKAN Melaka
Round ni time tengahari. Pemain pun dah penat,panas plak tu..so the supporters said..
'Jangan stress-stress...senyum..!' =)

Perlawanan yang tetap sengit dengan setiap team
walaupun kurang latihan..hehe

Final Game..BKAN Negeri Sembilan vs BKAN Selangor
And the winner is...N9!! Tahniah tahniah~~

Team Srikandi WISA & the supporters..Enjoy the day very much!

Selaku Ketua WISA, sekalung ucapan tahniah dan syabas diberikan kepada semua pemain dan penyokong-penyokong atas segala komitmen dan usaha gigih yang diberikan! Sejujurnya, sangat berbangga dengan permainan kalian sepanjang pertandingan yang ternyata turut memberikan saingan yang sengit kepada semua team yang bertanding. InsyaAllah, rancangan kita untuk melahirkan team bola jaring WISA akan diusahakan bersama-sama dengan izinNya juga.
Sayang Srikandi WISA!!!
Italic
P/S: Sesiapa yang sakit badan,lenguh-lenguh belakang tu didoakan semoga cepat sembuh,ya? Perjuangan sebenar bakal menemui kita bulan Jun nanti..Apapun, tuk semua...Chaiyok chaiyok!!

Thursday, May 12, 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa..

Kewujudan kita hari ini sesungguhnya satu nikmat yang amat besar dari Allah swt. Melalui dua orang insan mulia, satu ketika dahulu kitalah yang menjadi ‘sang juara’ mengatasi ribuan yang lain dalam sebuah perjuangan demi sebuah kehidupan.

Tanpa mereka, siapalah kita..? Tanpa mereka,akan lahirkah kita melihat dunia hari ini..?

AYAH dan IBU... BAPA dan EMAK...ABI dan UMMI..

Ya,merekalah dua orang insan yang mulia itu. Bertuahnya kita kerana dikurniakan mereka yang mana sejak lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yang benar-benar menyayangi kita tanpa memperoleh sebarang balasan pun. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya mereka dengan ikhlasnya menjaga dan membesarkan kita dengan penuh susah dan kepayahan.Dan bukan cuma seorang! Tetapi berlima,berenam malah mungkin berbelas adik-beradik yang lain.

Lihatlah garis-garis halus dan kedutan di wajah ayah dan ibu..Satu ketika dahulu,wajah yang tampan dan cantik itu kini berubah dek kerana usia yang kian dimamah waktu. Segala kekerutan di wajah mereka, segala kebimbangan mereka, tidak lain hanyalah kerana risau memikirkan hidup anak-anaknya.

Lihatlah pula rambut mereka yang dahulunya hitam kini berubah putih beruban. Ayah dan ibu pernah tidak mempedulikan diri mereka sendiri lantaran memikirkan untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi mereka, biar susah. Biar payah. Yang penting, anak-anak membesar bahagia tanpa merasa ada kukurangan sedikit pun berbanding insan lain.

Tanpa memikirkan kelelahan yang terpaksa dihadapi, ayah gigih dan tabah keluar berkerja saban hari untuk mencari rezeki buat keluarganya. Tidak cukup sekadar itu, ibu juga turut membantu ayah untuk meringankan beban yang ditanggungnya sendiri. Ya Allah..betapa besarnya pengorbanan insan ini. Sejak hari pertama kita lahir, hidup mereka seolah-olah sudah pasti akan dikorbankan demi kesejahteraan insan yang bernama anak-anak. Dengan belaian kasih sayang, sentuhan manja, keprihatinan, kerisauan mereka..semua itu pernah membuatkan kita merasa sangat bahagia kerna disayangi dan sentiasa berasa selamat lantaran ada yang menjaga dan melindungi kita.

Namun, tatkala usia si anak semakin menganjak dewasa, kita mula terlupa akan mereka.

Kita terlupa betapa satu ketika dahulu, mereka sangat menyayangi kita lebih dari nyawa mereka sendiri. Hari ini.. kasih sayang,keprihatinan dan kerisauan mereka terhadap kita membuatkan kita merasa bahawa hidup kita dikongkong dan disekat! Kita merasa bahawa dalam banyak hal kitalah yang benar, dan mereka hanyalah insan tua yang tidak tahu apa! Seandainya inilah yang berlaku, bayangkanlah perasaan mereka yang dulu pernah memanjai dan mendidik kita bagai menatang minyak yang penuh.

Wahai anak, sedarlah!

Insafilah..bahawa merekalah insan yang paling layak untuk kita patuhi dan sayangi selepas taat kita kepada Sang Khaliq. Kerana itulah, kita dapat lihat betapa Allah swt telah menyebut berulang kali, bahawa selepas ketaatan kita dipersembahkan kepada Allah swt,maka ayah dan ibulah yang keduanya.

Allah swt berfirman yang mafhumnya:

(Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa) An Nisa:36

( Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia) Al Isra’: 23

Hadith peninggalan Rasulullah saw juga banyak sekali menyebut tentang keutamaan untuk kita berbuat baik kepada ayah dan ibu selepas ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya. Di samping itu, Rasulullah saw juga ada mengingatkan tentang balasan buruk apabila kita menderhaka dan menyakiti mereka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:(Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.”
Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “
Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w
menjawab: “ Ayahmu.”) HR Bukhari

(Rasulullah saw bersabda, Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa,membunuh diri dan bersumpah dengan dusta) HR Bukhari

Hari ini kita dapat lihat, bagi mereka yang mempunyai kekasih hati, mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa. Ada masanya, kita lebih mengutamakan untuk bertanya khabar si kekasih, bertanya sakit peningnya, meminta pendapat, nasihat, doa dan sebagainya. Sedangkan kita terlupa bahawa ayah dan ibulah yang lebih berhak ke atas diri kita untuk mendahulukan mereka berbanding semua insan lain.

Ayuh, kita cakna semula diantara adab-adab yang perlu kita jaga selaku seorang anak kepada ibu bapa.Together towards anak soleh/solehah..!! (^_^)

1) Hendaklah kita memuliakan mereka

2) Bersalaman dan mencium tangan mereka sebagai tanda kasih dan hormat

3) Menjaga adab ketika bercakap dengan mereka

4) Menyahut panggilan mereka tanpa melengah-lengahkannya

5) Sentiasa berusaha menggembirakan mereka

6) Menjaga harta mereka

7) Tidak mencaci dan meninggikan suara terhadap mereka

8) Tidak mendahului mereka dalam segala hal

9) Tidak duduk di tempat tinggi daripada mereka

10) Sentiasa meminta izin dan pandangan mereka mengenai sesuatu hal

11) Menghormati sahabat-sahabat mereka

12) Tidak berlebih-lebih dalam memuliakan isteri (khusus bagi yang bergelar suami)

13) Memperbanyakkan doa kepada mereka

Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.

Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda: Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan ibu bapanya. Dan kemurkaan Allah adalah bergantung kepada kemurkaan ibu bapanya.” (Hadis al-Tirmizi).

‘Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku.. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil..’ Amin..~