Tuesday, May 24, 2011

Sebenar Usaha!

Menjelang fatrah imtihan (musim peperiksaan), beginilah keadaan di notice board Universiti Al Azhar. Dari tahun satu hingga ke tahun empat, menghimpunkan kesemua syukbah (jurusan) yang diajarkan di Universiti tertua ini, carilah tarikh yang ada kena mengena dengan tahun dan syukbah anda! Satu demi satu harus diteliti, bimbang kalau-kalau ada yang terlepas pandang.

Jadual peperiksaan semester dua sesi 2010/201..
Haa..cari.. jangan tak cari...(^_^)

Semua berebut-rebut untuk mendapatkan tarikh imtihan yang akan dijalankan. Persiapan perlu dibuat secepat mungkin dan jadual perlu disusun semula mengikut prioriti agar tidak kelam-kabut menjelang hari peperikasaan. Tahun ini seperti biasa, ada dua madah takhaluf (ulangan) tahun tiga yang perlu dibawa dan tujuh madah baru bagi mahasiswi tahun empat. InsyaAllah kesemua 9 madah ini akan dimulakan dengan peperiksaan syafawi (oral) dan diikuti oleh peperiksaan tahriri (bertulis) seperti saban tahun.

Tersedar ada sesatu yang berbeza kali ni.. Mungkin.. Biiznillah, inilah peperiksaan yang terakhir yang akan diduduki selaku Azhariah. Debaran kali ini terasa seperti pertama kali menduduki peperiksaan ketika berada di tahun satu beberapa tahun lalu. Semoga diri dan sahabat-sahabat sekuliah semua diberi kekuatan dan dimudahkan untuk mengharungi study week yang mendatang.

Sebaik sahaja menerima tarikh imtihan masing-masing, biasanya ada dua golongan yang akan lahir. Kedua-duanya akan balik ke rumah, menulis atas kertas tarikh-tarikh tadi dan ditampal besar-besar agar tidak terlepas dari pandangan. Beza antara keduanya, segolongan akan watch it and relax.. Berharap agar tarikh yang ditunggu akan berlalu, kemudian bolehlah bersiap sedia untuk balik bercuti ke Malaysia. ‘Yahoooo..! ‘

Bunyi agak mustahil, tapi memang berlaku. Tanpa berbuat apa-apa, nantikan sahaja tarikh tadi untuk tiba, tanpa berusaha untuk menghadapi peperiksaan. Lantas, kesempatan yang berharga itu, terlepas begitu sahaja.

Golongan kedua pula, sementara menanti tarikh penting tadi segala seribu satu usaha dikerjakan. Daripada menghabiskan silibus kuliah, menghadiri kelas tuisyen, menyiapkan nota..semuanya dilakukan. Walaupun masa agak mampat, tetap berusaha selagi terdaya! Berusahalah untuk melakukan yang terbaik! Usahakan yang termampu! Seorang sahabat meminta kata-kata semangat pada malam itu. Katanya, semakin dekat imtihan,semakin malas pula jadinya. Bibir menguntum senyum. Begitulah lumrahnya, bukan senang untuk mencapai impian. Bukan mudah untuk meraih kejayaan.

‘Berusahalah sebaik mungkin! Yakinlah bahawa Allah swt itu Maha Melihat perihal hambanya. Segala susah payah,penat lelah kita untuk mencari ilmu pasti di dalam pemerhatianNya. Kemudian, yakinlah pula bahawa Allah swt itu juga Maha Adil! Setelah kita berhempas pulas dan bersungguh-sungguh dalam menelaah pelajaran, nescaya Allah swt akan memberi ganjaran yang setimpal buat kita. Sungguh, Allah lah juga yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi’. Begitu makna tersirat yang diberi kepadanya lewat sms yang dibalas.

Antara dua golongan tadi, semoga kita menjadi yang keduanya. Selagi ada masa yang berbaki, berusahalah! Bukan hanya menanti tetapi memberi! Memberi segala kesungguhan yang kita ada dan pastinya ia memerlukan kekuatan azam dan hati! Usah persiakan peluang dan kesempatan yang kita ada dengan cara menghargainya! Hargailah ia dengan mencuba yang terbaik dan usaha yang benar-benar usaha! Seterusnya, pastilah tawakkal itu menjadi solusi terakhir bagi seorang mukmin yang percaya.

Seorang teman berkongsi ,' Untuk mencapai sesuatu matlamat yg betul ,tiada halangan.. Yang ada hanya cabaran. Cabaran yang paling utama adalah cara kita berfikir, apabila kita dapat mengalahkan 70% negative thinking menggunakan 30% positive thinking yang ada pada otak kita, Insya Allah kejayaan tu akan kita capai.’

p/s: Jadual tahun 4 akan menyusul kemudian. Sahabat semua, selamat mengharungi fatrah study week! Together towards anNajah! Chaiyok2!

No comments:

Post a Comment