Thursday, May 26, 2011

Imam Muda : Hiburan Alternatif Buat Syabab

Sejujurnya, saya agak terlewat mengenali sebuah lagi program realiti ini. Musim pertama yang telah lalu hanya singgah sekadar di pendengaran saya tentang kehebatannya. Beberapa hari lepas, baru sempat 'berkenalan dan bertemu' dengan calon-calon Imam Muda musim kedua.

JATUH HATI.

Itu yang boleh saya katakan.
Dengan calon-calon imam mudanya,kah?
Dengan mudirnya,kah?
Atau dengan mursyidnya?

Hari ini kita terlalu disogokkan dengan hiburan yang tidak lain hanya menghibur dan melalaikan. Mengaku atau tidak,itu realitinya. Hedonisme. Suatu isu yang pernah WardatulAsfar perkatakan dahulu, lantaran kondisinya yang semakin membimbangkan. Benar, kita akan ketawa riang dan berasa terhibur. Dan lantas..?
Titik.
Kosong.

Namun, melihat kepada program hasil idea anak tempatan ini, ia bukan sekadar satu lagi program hiburan 'klise' yang disajikan kepada masyarakat kita. Matlamat program ini untuk mencari Imam Muda terunggul, meyakinkan saya bahawa ia boleh dan akan membawa satu impak yang baik kepada anak-anak muda hari ini untuk menurut jejak langkah dan berazam menjadi seorang syabab (pemuda/pemudi) Islam yang lebih baik. Yakin.

Syukran buat teman yang memperkenalkan 'Imam Muda'

Program Imam Muda, merupakan suatu hiburan alternatif buat golongan syabab hari ini.
' Kebahkan ' sahaja demam Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya yang semakin berjangkit hari demi hari.

Jelasnya, semua nilai dan input baik yang boleh dimanfaatkan oleh kesemua calon Imam Muda yang mengikuti program ini, tidak terhad kepada mereka. Semoga selaku penonton yang melihat dan mengikuti kisah perjalanan mereka ini juga turut sama menerima tempias manfaatnya.

Bukan hanya sekadar sebuah program realiti. Tetapi semoga ia benar-benar dapat melahirkan imam-imam muda yang berkaliber dan bersemangat juang dalam memartabatkan Islam di mata dunia dan Malaysia khususnya.

P/S : Minat OST Imam Muda, 'HambaMu' nyanyian Mawi feat Ust.Akil Hayy. Didedikasikan khas buat imam-imam muda Sabah. (^_^)

No comments:

Post a Comment