Sunday, November 28, 2010

Seminggu Berkampung di Iskandariah

Alhamdulillah..selamat kembali ke Kaherah semalam.
Selama seminggu diri ini berkampung di Iskandariah atas urusan persatuan.


Singgah sebentar ke rumah terbuka Aidil Adha sahabat-sahabat Rabaah sebelum bertolak ke Iskandariah

Buat pertama kalinya..menjejakkan kaki ke Kuliah Banat Al Azhar,Iskandariah


Program Kelas Tutorial anjuran BAHEP (22.11.2010-25.11.2010)
Ust Arif Hairal merupakan salah seorang tenaga pengajar yang ditaklifkan

Mahasiswi Al Azhar,tahun 2 kuliah Syariah Islamiah,Iskandariah


Lawatan Mahabbah AJKT BKPSM (26.11.2010)
Sesi pagi - Majlis ramah mesra bersama Pengerusi Persatuan Perubatan Iskandariah

Wakil daripada DPMI juga tidak ketinggalan.
Mengharapkan agar perjumpaan yang seketika,mampu menjalinkan ukhuwah dan kerjasama di antara kedua-dua pihak


Sesi Petang - Sesi AJKT sesi 2010/2011 bersama ahli-ahli DMSI
dan pelancaran Usrah BKPSM



Barisan Kepimpinan BKPSM bersama ahli-ahli DMSI

Sesi praktikal Usrah BKPSM bagi mahasiswa
Jutaan terima kasih buat semua ahli DMSI yang telah menyambut dan memberikan kerjasama yang amat baik untuk menjalankan kesemua program yang telah berlansung. Semoga program yang telah dan akan dijalankan dapat memberi seribu satu manfaat buat semua ahli BKPSM.
Melalui segala susah payah,penah lelah dan kesulitan seminggu ini membawa diri sendiri bermuhasabah.
'Sejauh mana kita memberi untuk kepentingan umum berbanding kita menerima?'

Ketahuilah...di saat kita berniat untuk melakukan suatu kebaikan atau amal..di situlah juga rasa was-was dan bisikan jahat syaitan akan cuba menjadi penghalang! Moga semua diberi kekuatan!

Saturday, November 20, 2010

Berkorban Ertinya Terkorban


Allah swt telah berfirman di dalam kitabNya yang bermaksud :

(Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu)
Surah At ThalaQ : 2-3

Ayat ini lebih dikenali dengan nama 'Ayat Seribu Dinar'. Mungkin kerana nilai ayat ini yang sangat tinggi, agakkan ku sendiri.Bukan pada harga, bukan juga pada kedudukannya. Namun kerana pesanan yang dibawa.
Subhanallah..Benarlah, kalam Allah itu sebesar-besar mukjizat!
Menjadi penenang hati yang gundah, mengembirakan jiwa yang sedih dan hampir-hampir berputus asa.
Seterusnya memberikan harapan dan sinar bagi hati-hati yang sememangnya lemah.

Terlalu banyak perkara yang terjadi sekaligus pada ketika ini.
Taklifan yang datang satu persatu tanpa henti sememangnya menguji.
Diuji pula tatkala disapa oleh kerunsingan masalah teman lain. Benar,masalah itu masalahnya. Sebetulnya diri tiada kaitan pun. Jadi untuk apa berfikir dan memberatkan kepala dengan masalah saudara lain? ..... 'Pentingkan diri sendiri dahulu!'
Tidak!
Diri sejujurnya tidak mampu berlakon, membutakan mata seolah tidak mengetahui apa.
Lantas manik jernih gugur juga tanpa sesiapa yang meminta.

Pengisian pertama pada malam itu terlaksana tanpa dirancang.
Namun ringan saja hati dan jemari ini mencari dan membuka helaian tafsir Al Quran pada surah Al Hujrat. Peringatan Allah swt itu umpama panahan kilat!! Dan aku..sejujurnya terpanah!
Hati itu bergetar. Bibir yang membacakan kalam Illahi ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan hiba dan sedih. Dan..akhirnya,diri tewas dengan deraian air mata yang mengalir deras.

FirmanNya yang bermaksud:

( Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat)

(Hai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim ) Surah Al Hujrat : 10,11

Tangisan di hadapan sahabat-sahabat pada malam itu bukanlah suatu lakonan, jauh sekali untuk meminta simpati. Namun, nawaitu hati hanya untuk saling ingat-mengingati dan menghayati setiap patah kalam Rabbi agar menjadi panduan bagi diri.

Rancangan untuk mengadakan rumah terbuka hari ini sebenarnya bagi meraikan ulangtahun keberadaan kami,batch 2007/2008 di bumi Mesir . Tiga tahun kami bersama. Alhamdulillah~
Tatkala melihat mereka berusaha untuk menjayakannya, aku hanya mampu melihat.
Sekali lagi…rasa itu datang lagi! Aku menyalahkan diri. Selama ini,mereka sentiasa ada di sisi menemani. Saat suka mahupun duka, mereka ada di situ!
Sahabat, terimalah kasih yang tulus dari hati. Juga..walaupun ‘tidak mengapa’ yang akan menjadi jawapan kalian, diri tetap ingin memohon maaf. Semoga hati-hati ini terikat Lillahi Taala dan akan berpanjangan.

Petang ini, akan berangkat ke Iskandariah. InsyaAllah~
Taklifan seterusnya ialah untuk membantu adik-adik tahun dua syu’bah Syariah di sana. Kemudian, akan disusuli pula dengan lawatan AJKT untuk bertemu ahli Delegasi Muhafazah Sabah Iskandariah (DMSI).
Semua ini bukan suatu keterpaksaaan!
Kerana diri sememangnya maklum, untuk mencapai redha Illahi bukanlah mudah.
Pengorbanan perlu dibuat, maka bersedialah untuk terkorban!
Itulah satu pentarbiyahan yang diperoleh kali ini. 'Berkorban ertinya terkorban!'
Bukan terkorban yang sia-sia, namun terkorban untuk kepentingan agama dan ummah.
Diri ini bukan hak milik hakiki..sebaliknya hak milik mutlak Allah swt dan umat manusia. Oleh itu, seandainyalah ada manfaat yang bisa diperolehi dari diri yang kerdil ini, maka ambillah!
Dan semoga balasan di sisi Allah sahaja yang diimpi!

Untuk segala yang berlaku tika ini, Alhamdulillah~
Ayat seribu dinar tadi umpama menjadi suatu penyelesaian.
Terasa ringan dalam kesempitan.
Terasa bahagia dalam keperitan.
Ada senyuman di balik tangisan.
Buat dia...terima kasih kerana mengingatkan!

Friday, November 19, 2010

Hepi Anniversary!

18.11.2007 – 18.11.2010
‘Happy Anniversary!
Kaki yang sama menjejak bumi barakah itu masih mampu berdiri di sini. Cuba mengejar sebuah mimpi, dan mengapai redha Illahi.
Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari.
Tarbiyah,teguran dan nasihat sangat ingin didengari.
Bukan untuk sempurna diri, namun sekadar memperbaiki.
Kerna DIA, sepanjang tempoh ini terasa indah sekali.
Disebalik manik jernih yang gugur acapkali, namun masih jua mampu tersenyum sendiri.
Ya Rabbi..permudahkan jalan ini dan tuntunilah diri..
ALHAMDULILLAH..Atas segala yang terjadi untuk semalam dan hari ini..

Wednesday, November 17, 2010

Sambutan EidulAdha BKPSM '10

Alhamdulillah..
Berkesempatan merayakan Eidul Adha bersama-sama anak-anak Sabah Mesir sekali lagi.
Keluarga besar ini cukup gembira~


Solat Sunat Aidil Adha di pagi hari


Jamuan bersama - sama


Seperti lazimnya, banin...fighting!!


Kerjasama semua membuahkan hasil

Ucapan perasmian oleh Ust. Sabli Aliju,Pegawai WYSK

Persembahan banin menceriakan suasana sambutan

Ukhuwah perlu dijaga sebaiknya,itu mesej yang mereka sampaikan!(^_^)

Hayati erti pengorbanan sebaiknya. Hari ini, ketika ini, saat ini kita perlu membuat pengorbanan! Dahulu..kini.. dan selamanya.

Untuk melihat senyuman-senyuman itu, kita membutuhkan pengorbanan! KERJASAMA.

Untuk meraih kejayaan, kita memerlukan pengorbanan! USAHA.

Untuk melihat Islam kembali gemilang kita perlukan pengorbanan! DAKWAH.

Sunday, November 14, 2010

Kisah Pengorbanan Agung

Dia utusan Allah swt untuk menyampaikan agamaNya yang mulia..namun dia juga seorang lelaki bernama AYAH.Mengharapkan adanya zuriat yang akan meneruskan perjuangannya.

[ Dan Ibrahim berkata: "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku]

[ Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh]

[ Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar]

Kelahiran seorang anak lelaki yang ditunggu-tunggu membawa seribu satu kesyukuran.
Sayangnya bukan kepalang. Ditengah-tengah kebahagiaan terselit satu ujian besar. Betapa Allah swt ingin agar hambanya Nabi Ibrahim as mencintaiNya lebih daripada apa-apa pun yang ada di dunia, hatta seorang anak yang sangat di kasihi. Akur, redha…itulah hambaNya yang selalu bersabar. Perit tapi tetap taat.

[Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar"]


Seorang anak yang taat.
Andai itu takdirnya, dia redha. Besarnya pengorbanan itu!

[Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).]

[Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim]

[Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik]

[Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata]

[Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar]

[ Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".]

[Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik]

[ Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman]
(Surah As Saffat:99-111)

Begitulah kisah sebuah pengorbanan yang agung seorang ayah dan anak. Rela berkorban apa sahaja demi mengharapkan redha dan rahmat Allah swt.
Dan kita..?Sejauh mana kita sanggup berkorban semata-mata untuk lebih dekat kepadaNya??

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat islam dan selamat menghayati erti sebenar sebuah pengorbanan. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk sentiasa berkorban demi agamaNYA. Allahu Akbar!

Thursday, November 11, 2010

Sayang Similey

Sayangilah haiwan.. Ianya termasuk dalam kategori amal soleh dan mendapat pahala...InsyaAllah.


“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.

“Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

“Siapa yang tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” Muttafaqun ‘Alaih

Iklan : Ibadah Korban BKPSM '10

Assalammualaikum wbt..
Seperti tahun-tahun sebelumnya BKPSM ingin mengajak ahli BKPSM yang ingin melakukan ibadah korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha tahun ini. Mereka-mereka yang berada di Tanah Air juga turut dialu-alukan. Selamat Berkorban!


* Ralat : Harga bagi khoruf meningkat kepada LE1200 mengikut harga semasa pasaran.
p/s : Maaf atas keterlewatan iklan ini di laman Wardatul Asfar..Sibuk (>_<) hehehe..

Monday, November 8, 2010

Taklifan Adalah Amanah

Taklifan yang diberikan satu amanah.
Mereka memilih sedemikian kerana percaya. Percaya bahawa kita boleh memimpin dan melaksanakan tugas-tugas yang sememangnya tidak mudah. Walaupun diri tidak seyakin mereka yang memberi kepercayaan, namun tanggungjawab itu harus di galas! Pasti di situ ada seribu satu hikmah buat diri sendiri.

BELAJAR.
TARBIYAH.
SABAR.

Semua yang berlaku di langit ataupun di bumi tidak akan terjadi kecuali hanya pabila Allah swt juga yang mengizinkan. Taklifan ini bukan sekadar memegang jawatan. Tapi sebuah tugasan yang akan dipersoalkan kelak.

Allah berfirman : (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui) (8 : 27)

Tatkala berada di atas ingatlah..berapa ramai yang ada di bawah tanggungjawab kita.
Andai kesilapan yang mereka lakukan, samalah seperti kita yang melakukan.
Namun, bila mereka melakukan kebaikan kita juga akan mendapat sahamnya.
Lantas, sementara peluang ini diberikan oleh Allah swt..rebutlah! Gunakan ia sebaiknya!
Usah gentar melakukan perubahan! Yang buruk kepada yang baik..dan yang baik kepada yang lebih baik! Andai yang maaruf ingin ditegakkan dan yang batil ingin dihapuskan, yakinlah Allah sentiasa bersama!

(Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ) (47:7)

Wahai mereka yang bergelar pemimpin.. usahlah gembira dengan jawatan yang disandang!
Kurangkan ketawa maka banyakkanlah menangis. Risau andai kita terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan ketika ini. Pesanan Rasulullah saw jadikan panduan dan medan muhasabah.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah) (Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."(Riwayat Muslim)

Teman..tolong sentiasa ingatkan daku..
Untuk apa taklifan ini diterima!!

Sunday, November 7, 2010

Exco BKPSM 2010/2011


Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir sesi 2010/2011

Yang Di Pertua : Ust Azhar Hj Jismil
Timbalan Yang Di Pertua I : Ust Lasafarudi Lahadi
Timbalan Yang Di Pertua II : Ustzh Azlinah Abdul Gani
Setiausaha : Ust Pg.Mohd Faezul Fikri bin Ag.Omar
DEMMAS : Ust Abdul Haiyee bin Abdul Salleh
Bendahari : Ust Mohd Syahruzzaman Abu Mos Onn
Timbalan Bendahari : Ustzh Siti Farhanah Bte Ali Rahman
BPP : Dr Syahrul Nizam bin Ag Lamat
BDAT : Ust Khairil Izhar Muhajeng
BAHEP : Dr Mohd.Syamir Darman Shah
BSUK : Ust Ajrul Mu'min Awang
BKER : Ust Zikri Auliyanashihin bin Amral Gumanty
Selamat menjaga amanah!
Selamat menjalankan tugas yang telah diberikan sebaik mungkin!
Selamat berkerja sebagai satu pasukan!
** Carta organisasi BKPSM sesi 2010/2011 akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. Sebarang urusan persatuan bolehlah berhubung dengan biro yang berkenaan. SYUKRAN ..

Friday, November 5, 2010

MAT BKPSM Kali ke-28


Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT )BKPSM kali ke28 telah selamat dijalankan pada 5 November 2010 yang lalu.Pertambahan ahli yang semakin ramai menyebabkan korum ahli sidang yang lebih besar diperlukan bagi menjalankan mesyuarat.

7.30 pagi..
8.30 pagi..
9.30 pagi..
Hingga menjangkau ke 10 pagi.. mesyuarat belum juga boleh dimulakan memandangkan 2/3 ahli sidang belum mencukupi. Hampir sahaja mesyuarat pada hari itu di tangguhkan. Alhamdulillah.. lebih kurang jam 10 pagi, walaupun agak lewat mesyuarat tetap dijalankan.

Pelbagai teguran, cadangan dan kritikan telah dikemukakan oleh ahli sidang kepada barisan kepimpinan sesi 2009/2010.



Semoga MAT kali ini akan menguatkan lagi jentera penggerak BKPSM dalam menggalas misi dan visi yang telah ditaklifankan ke atas barisan kepimpinan yang terpilih bagi sesi 2010/2011.
Di antara yang memimpin dan yang dipimpin..Kita harus bekerjasama!
KITA adalah BKPSM!

Thursday, November 4, 2010

Bahang Pilihanraya BKPSM 2010

Bahang pilihanraya BKPSM tahun ini semakin terasa. Barisan kepimpinan sesi lepas akan di turunkan dan muka-muka baru pula akan mengantikkan. Semoga barisan kepimpinan yang akan datang lebih matang,bijaksana dan amanah dalam menjalankan amanah yang telah ditaklifkan.

3 November 2010 - Malam Dialog dan Manifesto
4 November 2010 - Hari Pembuangan Undi.
Selamat mengundi kepada seluruh ahli BKPSM !

Fenomena yang tidak dijangka-jangka. Pilihanraya BKPSM bagi tahun 2010 mempunyai 8 Dream Team! Boleh difahami..'masih ada yang sayang' dengan BKPSM.. dan barisan pelapis sudah sedia menanti untuk mengalas tanggungjawab!


Calon ketua DEMMAS menyampaikan manifesto dan 'janji-janji manis'.


Calon bagi jawatan TYDP 1, Ust Suhaidi Kuanting dan Ust Lasafarudi Lahadi.


Calon bagi jawatan Yang Di Pertua BKPSM sesi 2010/2011..Ust Suhaidi Kuanting,Ust Lasafarudi Lahadi dan Ust Azhar Jismil.

Sesi dialog bersama ahli BKPSM.

** Persediaan dan permulaan yang baik bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk memahami proses dan cara sebuah pilihanraya dijalankan. Tanggungjawab sebenar kita nun di Malaysia kelak! Selamat mengundi!

Wednesday, November 3, 2010

Akan ku rindui

Barisan Kepimpinan BKPSM sesi 2009/2010
Malam Pembubaran dan Post Mortem WiSa

Ahli Jawatankuasa WiSa sesi 2009/2010


Waktu itu berlalu sudah
Suka duka,riang tawa dirasai bersama
Syukran jazilan tidak terkata
Ampun dan maaf diri meminta..


** Sedih,hiba..Akan sangat merindui 'team' ini. SAYANG SEMUA~

Tuesday, November 2, 2010

Sejauh ini

Terbang sejauh ini
Bermonolog sendiri lagi..muhasabah kembali
Bimbang kalau-kalau tersasar mimpi
Dingin Kota Kaherah menjenguk lagi
Menggigit tulang- tulang seawal dini hari
Sejuk..damai..selesa.. namun sebenarnya menguji diri
Begitulah kehidupan ini
Berputar pada rodanya yang tersendiri
Meninggalkan yang telah berlari
Menanti pula seterusnya yang akan ditemui
Semoga kekuatan dan ketabahan wujud dalam diri
Suatu nikmat Ilahi yang amat disyukuri..