Monday, November 8, 2010

Taklifan Adalah Amanah

Taklifan yang diberikan satu amanah.
Mereka memilih sedemikian kerana percaya. Percaya bahawa kita boleh memimpin dan melaksanakan tugas-tugas yang sememangnya tidak mudah. Walaupun diri tidak seyakin mereka yang memberi kepercayaan, namun tanggungjawab itu harus di galas! Pasti di situ ada seribu satu hikmah buat diri sendiri.

BELAJAR.
TARBIYAH.
SABAR.

Semua yang berlaku di langit ataupun di bumi tidak akan terjadi kecuali hanya pabila Allah swt juga yang mengizinkan. Taklifan ini bukan sekadar memegang jawatan. Tapi sebuah tugasan yang akan dipersoalkan kelak.

Allah berfirman : (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui) (8 : 27)

Tatkala berada di atas ingatlah..berapa ramai yang ada di bawah tanggungjawab kita.
Andai kesilapan yang mereka lakukan, samalah seperti kita yang melakukan.
Namun, bila mereka melakukan kebaikan kita juga akan mendapat sahamnya.
Lantas, sementara peluang ini diberikan oleh Allah swt..rebutlah! Gunakan ia sebaiknya!
Usah gentar melakukan perubahan! Yang buruk kepada yang baik..dan yang baik kepada yang lebih baik! Andai yang maaruf ingin ditegakkan dan yang batil ingin dihapuskan, yakinlah Allah sentiasa bersama!

(Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ) (47:7)

Wahai mereka yang bergelar pemimpin.. usahlah gembira dengan jawatan yang disandang!
Kurangkan ketawa maka banyakkanlah menangis. Risau andai kita terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan ketika ini. Pesanan Rasulullah saw jadikan panduan dan medan muhasabah.

Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah) (Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."(Riwayat Muslim)

Teman..tolong sentiasa ingatkan daku..
Untuk apa taklifan ini diterima!!

No comments:

Post a Comment