Macam-macam yang dihadapi bulan ni.. Saturday, January 30, 2010
Berlalunya Januari
Macam-macam yang dihadapi bulan ni.. Tuesday, January 26, 2010
Hadith: Kebajikan dan Dosa

*Daripada An Nawaas bin Samaan ra daripada Nabi saw,baginda telah bersabda :
( Kebajikan itu adalah akhlak yang baik dan dosa itu sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya) H.R Muslim
*Daripada Waabisoh bin Ma’bad ra katanya,(Aku telah datang menemui Rasulullah saw,lantas baginda bersabda :’Engkau datang untuk bertanyakan tentang kebajikan?Aku menjawab :’Benar’.Maka baginda pun bersabda :’Mintalah fatwa(bertanyalah) kepada hatimu,kebajikan adalah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya,manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada,sekalipun pelbagai fatwa telah diberi oleh manusia (bahawa ia adalah halal atau haram).
*******************************************************
Hadith ke 27 dari kitab Hadith 40,Iman Nawawi..Menerangkan makna ‘Kebajikan’ dan ‘Dosa’ secara am.
Kalam Rasulullah saw agak ringkas tapi mudah difahami dan dicerna akal.
Dapat diambil kesimpulan dari hadith ini bahawa HATI juga berperanan untuk menentukan yang mana satu kebajikan dan mana satu ialah dosa.Namun..bertanyalah pada HATI yang bersih.
HATI yang berpegang teguh pada suruhan dan menjauhi laranganNYA.
HATI yang taqwanya hanya pada Allah swt.
Kerana jika ditanya pada HATI yang gelap,pada hati yang hilang Nur Hidayah itu..
Ya..ia juga lantas akan memberikan jawapan..
Namun..akibatnya..??
Kebajikan dirasa seakan-akan dosa..
Berbuat baik,beribadah,beramal,berakhlak mulia terasa pelik di zaman ini.
Adakalanya malu kerana dipandang 'lain dari yang lain'..
Niat ingin melakukan yang baik-baik..namun dicantas..sepi.
Sebaliknya dosa pula terasa seperti satu kebajikan..
Malu untuk melakukannya sudah lama hilang,lantaran kebiasaan.
Dosa disisiNYA bagai tiada apa..
Melakukannya begitu sahaja..
Moga-moga hati yang sentiasa berbolak-balik ini sentiasa takut dan taat kepada Allah swt dan dijauhi dari bisikan syaitan yang sentiasa bermain dengan hati.
*Hadith terakhir yang dibentangkan sebelum fatrah imtihan bermula tempoh hari.Majlis Tafaquh Fiddin ‘bercuti’ seketika dan akan bersambung semula kelak,InsyaAllah..
Saturday, January 23, 2010
Bukan Jalan Sehala

Qadar ialah perancangan dan ketentuan yang telah disusun oleh Allah swt keatas semua hambaNya.Segalanya telah ditetapkan dan tertulis di Lauh Mahfuz sejak sebelum kita lahir dan celik mata melihat dunia ini.Umur,rezeki,jodoh,nasib baik atau buruk..hanya tinggal untuk di qada’kan saja mengikut arahanNya.
Itulah yang dimaksudkan dengan Qada’.Iaitu pelaksanaan bagi setiap rancangan Allah swt tadi keatas hamba-hambaNya.
(Sesungguhnya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!" maka terjadilah ia) 36:82
Bila tiba masanya untuk ia dilaksanakan,maka sehebat dan berkuasa bagaimanapun , mustahil baginya untuk menolak dan menidakkan takdir Allah swt ini.Kita sebagai hambanya yang amat kerdil dan lemah ini perlu menerima semuanya dengan ikhlas dan redha bukti keimanan kita pada Dia yang Maha Berkuasa.
Namun..Allah itu sangatlah adil.
Maha Adil kepada hamba-hambanya.
Sesekali tidak pernah menzalimi hambaNya..Subhanallah..
Qadar yang Allah tetapkan ini sebenarnya ada juga terserah kepada kita untuk menentukannya. Rezeki dan masa depan misalnya..Amat jahillah bagi mereka yang mengatakan..
‘Macam mana juga?Bukan aku yang mahu jadi jahat?!’..kata seorang budak nakal.
Bukankah Allah swt telah mencipta kita sebaik-baik penciptaan??
(Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya) 95:4

Akal!That's the answer!!
Allah tidak memberi kita jalan sehala.
Bahkan Allah memberi kita banyak jalan..
Terserah kepada kitalah untuk memilih jalan mana yang ingin dilalui.
Dianugerahkan akal fikiran yang waras yang tiada pada makhluknya yang lain.Alhamdulillah..
Beruntunglah mereka yang menghargainya.
Akal yang diberi mengangkat darjat kita berbanding makhlukNya yang lain,seterusnya ditaklifkan pula untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini berbekalkan nikmat akal tadi.
Akal yang waras ditemani iman yang teguhlah yang akan memandu sesorang untuk menjalani hidupnya sebagai seorang insan..tetapi yang lebih muhim sebagai seorang Muslim.Dan yang tersangat penting sebagai seorang Mukmin.
Qada’ dan Qadar Allah..penuh dengan misteri.
Dengan Qada’ QadarNya,seketika ia membuat kita ketawa riang.Bahagia.
Selepas itu,didatangi pula dengan ujian yang membuat kita menangis,sedih.
Siapalah kita untuk menolaknya?
Bersabarlah duhai hati..Terima dengan redha.
Terimalah dengan penuh kesyukuran tanpa rungutan.Tanpa lelahan.
(Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku) 2:152
Walaupun hikmah yang tersimpan disebalik semua itu tidak kita ‘jumpai’ saat itu,tetapi yakinlah hikmahnya tetap ada.Hikmahnya akan muncul dan kita akan sedari kelak.Mungkin sebulan,mungkin setahun,mungkin juga berpuluh-puluh tahun yang mendatang.
(Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui) 2:216
Atas segala-segalanya yang berlaku…
Friday, January 15, 2010
Mutiara Iman

Iman umpama mutiara yang dianggap bernilai di sisi manusia.
Iman bagai mutiara yang tersimpan nun jauh di dasar laut membiru.
Semakin lama ia terpendam di dasar lautan,semakin tinggi nilainya.
Semakin menjadi rebutan insan.
Semakin ramai yang mendambakan.
Begitulah juga yang dinamakan IMAN.
Letaknya di satu sudut bernama hati seorang hamba lemah.
Percaya pada KhaliqNYA,membuatkan keraguan tidak sempat singgah menjenguknya.
Lidah kian lancar meratib Asma’NYA penuh rasa cinta.
Nikmat sihat yang dipunya bebas membiarkan diri mengabdi sepuasnya.
Musim silih berganti.
Menemankan insan,mewarnai sebuah kehidupan.
Bagai musim semi yang menggantikan kehangatan,bagai musim bunga yang bertukar kekuningan menunggu saatnya untuk gugur menyembah bumi,
Begitulah iman yang dipunyai manusia.
Adakalanya bertambah,ada waktu ia berkurang.

(Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal) 8:2
(Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal saleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya)19:76
Saban hari diri ini bernafas,menghirup udaranya.
Saban hari juga diri masih mampu melihat,mendengar,merasa,berkata-kata menyusan bicara..
Menyedari bahawa segala nikmat ini diberi tanpa ada tanda harga..
Manik jernih mengalir deras.Pemurahnya ALLAH SWT pada hambanya yang sering saja alpa. Lupa diri! Sombong!
Keinsafan dikala itu membaluti sekujur tubuh.
Kesyukuran di rafa’ tinggi tanpa ada satu pun yang layak selainNYA.
Keinsafan itu membuat diri bersyukur.Nikmat iman..manis sekali..
Mehna dan dugaan yang telah tertulis,acapkali membasahkan kelopak mata.
Bukan merungut..
Apa lagi tidak redha..Jauh sekali..
Segala kedukaan,kekecewaan hanya ingin diluah segala.
Hanya mahu diadukan semua.Pada Dia bernama ALLAH..
Sungguh lemah dia yang bernama diri!
Kesal..mengapa tidak sekuat insan lain?
Dimana letaknya iman ketika ini?
Istighfar..Istighfar lagi..lagi..
Iman itu umpama mutiara?
Tidak!Tidak sama sekali..Malah jauh lebih mahal dan bernilai dari itu.
Ketaqwaan itu menjadi maharnya.
Kalau pun iman itu bagai mutiara,pastikan bukan mutiara biasa.
Biar ia jadi mutiara yang bersendirian jauh di dasar lantai lautan.
Berdua bercinta dengan TuhanNYA.
Biar ombak deras memukul,semakin teguh ia bertahan..
Friday, January 8, 2010
Andai esok aku pergi..

OH GOD!OH GOD!
Last Breath – Ahmad Bukhatir
Andai esok aku pergi…Cukupkah bekalan untuk ku menempuh perjalanan di alam sana?
Andai esok aku pergi…Masih sempatkah untuk aku mengejar cita-cita dan impianku hari ini?
Andai esok aku pergi…Berpeluangkah untuk aku katakan pada mereka,betapa aku sayangkan mereka..?
Andai esok aku pergi…Relakanlah..Kerna ia pasti menemui ku..
*Insan ini dengan rendah diri memohon maaf kepada semua atas segala ketelanjuran kata atau perbuatan yang menguris hati..Maafkan Ina..
Isu Penggunaan Kalimah 'Allah'- Celikkan mata!
Sememangnya,kita sudah maa’ruf.Kalimah ‘Allah’ itu khusus disandarkan buat tuhan bagi umat Islam.
Adapun kalimah ‘Tuhan’ itu adalah bersifat am.Nama bagi tuhan-tuhan agama lain.
Tetapi ALLAH itu tuhan kita.
ALLAH itu tuhan bagi umat Islam.
Tuhan bagi satu-satunya agama yang diterima disisi Allah swt.
Sangat jelas.

Jadi apakah wajar kita membenarkan kalimah itu digunakan oleh mereka yang terang-terang kufur?
Mereka yang terang-terang terpesong dari agamaNya yang haqq?
Mereka yang terang-terang menyalahi aqidah yang dibawa Pesuruh Allah,Nabi Muhammad saw?
Selalu disebut-sebut..’masa depan sesebuah negara itu terletak di tangan pemuda-pemudinya(belia)’.
Jika benar begitu,maka dengarlah suara kami!
Dengarlah suara kami yang bergelar Mahasiswa/wi!
Dengarlah suara kami selaku pemuda pemudi Islam!
Cubitlah peha!Celikkan mata!
Sedar atau tidak,sudah tentu musuh-musuh Allah ini mempunyai agenda untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini.Untuk menghancurkan agama Allah yang mulia!Sudah tentu mereka punyai rancangan gerakan Kristianisasi yang bermula sedikit demi sedikit sepertimana yang berlaku ketika ini.Yang mungkin tidak kita sedari!Yang tidak kita sangka-sangka!
Amatlah menyedihkan sekiranya Islam itu hancur di tangan orang-orang Islam sendiri.Nauu’zubillahimin zaalik..
Kami dengan penuh harapan memohon agar pihak-pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab agar lebih peka dan tegas dalam menangani isu yang membimbangkan ini.
Wallahu Subhanahu Wa Taala A'lam..
*Ditengah-tengah kesibukan menelaah bagi menghadapi Imtihan yang mana akan menentukan masa depan seseorang yang bergelar manusia..
Timbul kerisauan dan kegusaran di hati..
Bagaimanakah pula masa depan ISLAM di Tanah Air sana…??
Thursday, January 7, 2010
Mengajar dan Belajar
Hukum Ila ini telah dinyatakan dalam Surah Al Baqarah,ayat 226 dan 227..
‘Kepada orang-orang yang meng-ilaa' isterinya diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada istrinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan jika mereka berazam (bertetap hati untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’
Wallahu Taala A'lam..
‘Ok,adik-adik kakak faham ka ni?’
‘Faham,kak.’
‘Alhamdulillah,ini baru pengenalan ja.Dalam kitab Juzuk thani nanti kita akan bincang dengan lebih mendalam.Mesyi?’
‘Syukran,kak.’
‘Afwan.’

Madah Tafsir Ayat Ahkam,Sanah Uula Syariah Islamiah di taklifkan pada diri oleh adik-adik yang baru sampai pada sesi ini.Sebenar-benarnya belum terasa diri ini layak untuk mengajar.Terasa masih seperti ‘budak hingusan’ lagi.Tapi,Alhamdulillah kekuatan itu dari Allah.Apa yang mampu dibantu,akan dibantu.Rakan-rakan lain juga turut menerima pentaklifan yang sama seperti Ina dengan madah masing-masing.Di antara Azhar,Arif,Hairul Nizam dan Abdul Hakim ada yang sudah pun selesai menghabiskan ‘tugas’ mereka.Semalam Alhamdulillah kitab Tafsir Juzuk Awal telah selesai.
Ina yakin,kami-kami yang dianggap ‘mengajar’ ini juga sebenarnya pada masa yang sama turut ‘belajar’ dan ‘mengulang kaji’ bersama adik-adik baru.Tiada yang rugi.Sewaktu Ina berada di tahun satu dulu,bab Ila' ini malghi(bukan silibus).So,Alhamdulillah,kali ni dapat belajar sama.
Imtihan semakin hampir..
Seminggu lebih kurang.
Masih ada satu kitab lagi yang perlu ‘diselesaikan’. =)
Wednesday, January 6, 2010
Jadual Imtihan Tahun 3,Syariah Islamiah
SYU’BAH SYARIAH ISLAMIAH,TAHUN 3
KULIAH BANAT,AL- AZHAR KAHERAH.
19.1.2010 ( SELASA ) – TAFSIR AYAT AHKAM
23.1.2010 ( SABTU) – ADAB/BALAGHAH
26.1.2010 ( SELASA) – USUL DAKWAH
30.1.2010 ( SABTU)- AHWAL SYAKHSIAH

P/S : Ayah Ibu..doakan Ina moga dipermudahkan..^_^
Tuesday, January 5, 2010
Jadikan ia ilmu yang bermanfaat!
Bahang fatrah imtihan semakin dirasai semua Mahasiswa/wi yang menuntut di Mesir.
Siswa/wi Pengajian Islam dan Perubatan sama-sama merasakan kehangatan yang terselit di tengah musim Syita’ ini.Gementar,risau,gundah.
Kata orang,sampai makan tak lalu,mandi tak basah dan tidur pun tak lena.Perumpamaan yang lazimnya disandarkan pada seseorang yang bergelar kekasih dengan dunianya.Huh..Lucu!
Back to the point…~
Kerana apa kita merasai perasaan itu?
Kenapa tidak kita relax,take it easy dan stay cool?
Haaa..jawapannya sebab…
kita menganggapnya sebagai sesuatu yang penting dan perlu diambil perhatian.
Juga kerana kita inginkan natijah yang terbaik di penghujung ujian ini.
Kita ingin buat yang terbaik!
Kita ingin mencuba sedaya mungkin!
Tiada salahnya.Kerana sememangnya Islam juga mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

'Apabila kamu telah berazam,maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah!'
Sekadar peringatan kecil buat diri dan sahabat sahabiah yang sama-sama menuntut,semoga segala yang kita pelajari beberapa purnama ini,segala tiap ilmu yang kita hafal dan faham itu bukanlah semata-mata untuk dicurahkan di atas sekeping kertas putih kelak.Teringat kata-kata seorang abang senior ketika tahun pertama diri ini bergelar Azhariah…’Al-Ilm fi Sudur,laisa fis Sutur’.
YA..Semoga segala ilmu yang kita pelajari itu dapat kita manfaatkan untuk umat,membantu AgamaNya dan diamalkan apa yang patut.Amin~
SALAM BITAUFFIQ WAN NAJAH BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN..
DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL..
DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA…
Saturday, January 2, 2010
Motivasikan Diri!
‘It Is All In The Mind’ merupakan tajuk motivasi yang telah disampaikan oleh Dr.Fatimah Zahara Binti Rosli,Graduan Perubatan dari Universiti Ain Shams,Kaherah.Sesi motivasi dibuka dengan mengumpamakan bahawa sesungguhnya hidup ini umpama Jigsaw Puzzle yang wujud tanpa gambaran yang ditentukan.Lansung tiada bayangan bagaimanakah rupanya,bentuknya dan susun aturnya.Begitulah hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.Segalanya telah tertulis di Lauh MahfuzNya yang tidak kita terbayangkan.Sebagai hambaNYA yang taat dan patuh sudah tentu kita seharusnya redha dengan segala yang tertulis.Namun kita juga mempunyai tanggungjawab untuk menentukan arah tuju hidup masing-masing.Baik,buruk,berjaya atau gagal terpulang pada diri sendiri.Jadi perlunya setiap dari kita mempunyai satu matlamat hidup yang jelas!Oleh yang demikian,untuk kita sampai ke titik penamat itu,kita harus mulakan dengan sebuah titik permulaan!
Selain itu,Dr.Fatimah turut menekankan betapa pentingnya untuk setiap orang mengenal pasti hala tuju hidupnya dan memerlukan bayangan positif terhadap diri sendiri!Yakin,percaya diri dan membayangkan bayangan-bayangan yang indah dan cemerlang ada kesannya terhadap diri.Itulah yang di sebut ‘Power Of Mind!’.Tiada yang mustahil apabila kita sudah meletakkan sesuatu sebagai target dan hadaf utama.Akhir sekali,rentetan daripada itu kita memerlukan kepada ‘planning’ yang tersusun agar dapat melicinkan, mengatur dan mengubah sesuatu yang dibayangkan tadi untuk direalisasikan menjadi sebuah realiti!
Salam Perjuangan buat semua!!
Friday, January 1, 2010
2010

Azam dan semangat dipasakkan ke dalam diri.
Masih banyak yang perlu dijuangkan.
Masih banyak perkara yang lebih muhim untuk difikirkan.
Tinggalkan kisah semalam.
Atur langkahmu!
Tidak salah menyulam mimpi,tiada salahnya berangan-angan.
Kerana dengan mimpi dan angan-angan itulah yang membuat kita lebih
berusaha dan menghargai peluang hidup yang sekali ini.
‘Maka apabila kamu telah berazam,maka bertawakkal-lah kepada Allah swt’.
Kullu Aam Wa Antum Bikhair..Insyallah ^_^
