Tuesday, January 5, 2010

Jadikan ia ilmu yang bermanfaat!

Sabda Rasulullah saw: ‘Bila Malaikat Maut datang menjemput,maka akan terputuslah segala amalan anak Adam kecuali ilmu yang bemanfaat,sedekah jariah dan doa seorang anak yang soleh’.

Bahang fatrah imtihan semakin dirasai semua Mahasiswa/wi yang menuntut di Mesir.
Siswa/wi Pengajian Islam dan Perubatan sama-sama merasakan kehangatan yang terselit di tengah musim Syita’ ini.Gementar,risau,gundah.
Kata orang,sampai makan tak lalu,mandi tak basah dan tidur pun tak lena.Perumpamaan yang lazimnya disandarkan pada seseorang yang bergelar kekasih dengan dunianya.Huh..Lucu!
Back to the point…~
Kerana apa kita merasai perasaan itu?
Kenapa tidak kita relax,take it easy dan stay cool?
Haaa..jawapannya sebab…
kita menganggapnya sebagai sesuatu yang penting dan perlu diambil perhatian.
Juga kerana kita inginkan natijah yang terbaik di penghujung ujian ini.
Kita ingin buat yang terbaik!
Kita ingin mencuba sedaya mungkin!


Tiada salahnya.Kerana sememangnya Islam juga mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

'Apabila kamu telah berazam,maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah!'
Sekadar peringatan kecil buat diri dan sahabat sahabiah yang sama-sama menuntut,semoga segala yang kita pelajari beberapa purnama ini,segala tiap ilmu yang kita hafal dan faham itu bukanlah semata-mata untuk dicurahkan di atas sekeping kertas putih kelak.Teringat kata-kata seorang abang senior ketika tahun pertama diri ini bergelar Azhariah…’Al-Ilm fi Sudur,laisa fis Sutur’.
YA..Semoga segala ilmu yang kita pelajari itu dapat kita manfaatkan untuk umat,membantu AgamaNya dan diamalkan apa yang patut.Amin~

SALAM BITAUFFIQ WAN NAJAH BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN..
DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL..
DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA…

No comments:

Post a Comment