Thursday, January 7, 2010

Mengajar dan Belajar

Al-ila' ialah sumpah si suami yang dia tidak akan mendekati-menyetubuhi isteri dalam tempoh waktu tertentu atau selama-lamanya.Sekiranya dia meyetubuhi isterinya sebelum berlalu empat bulan dari waktu dia bersumpah(untuk meninggalkan bersetubuh dengan isterinya) maka ia dikira sebagai rujuk dan suami diwajibkan untuk membayar kaffarah sumpah,yang mana ianya merupakan taubat daripadanya.’

Hukum Ila ini telah dinyatakan dalam Surah Al Baqarah,ayat 226 dan 227..

‘Kepada orang-orang yang meng-ilaa' isterinya diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada istrinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan jika mereka berazam (bertetap hati untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’
Wallahu Taala A'lam..

‘Ok,adik-adik kakak faham ka ni?’
‘Faham,kak.’
‘Alhamdulillah,ini baru pengenalan ja.Dalam kitab Juzuk thani nanti kita akan bincang dengan lebih mendalam.Mesyi?’
Syukran,kak.’
Afwan.


Madah Tafsir Ayat Ahkam,Sanah Uula Syariah Islamiah di taklifkan pada diri oleh adik-adik yang baru sampai pada sesi ini.Sebenar-benarnya belum terasa diri ini layak untuk mengajar.Terasa masih seperti ‘budak hingusan’ lagi.Tapi,Alhamdulillah kekuatan itu dari Allah.Apa yang mampu dibantu,akan dibantu.Rakan-rakan lain juga turut menerima pentaklifan yang sama seperti Ina dengan madah masing-masing.Di antara Azhar,Arif,Hairul Nizam dan Abdul Hakim ada yang sudah pun selesai menghabiskan ‘tugas’ mereka.Semalam Alhamdulillah kitab Tafsir Juzuk Awal telah selesai.

Ina yakin,kami-kami yang dianggap ‘mengajar’ ini juga sebenarnya pada masa yang sama turut ‘belajar’ dan ‘mengulang kaji’ bersama adik-adik baru.Tiada yang rugi.Sewaktu Ina berada di tahun satu dulu,bab Ila' ini malghi(bukan silibus).So,Alhamdulillah,kali ni dapat belajar sama.

Imtihan semakin hampir..
Seminggu lebih kurang.
Masih ada satu kitab lagi yang perlu ‘diselesaikan’. =)

No comments:

Post a Comment